BAB 27

Romance Completed 26341

" Suka lah awak kan Intan tinggal dekat sini " perli Widya sebaik masuk di dalam bilik.

" Dya cakap apa ni ? Abang rimas adalah. Nanti hari - hari Dya bergaduh dengan dia " jawab Arief.

" Siapa suruh dia yang cari pasal dengan saya dulu. Kalau dia tak sentuh saya, saya takkan sentuh dia. Jijik tahu " Widya merengus kasar.

" Dya, tak baik tau cakap macam tu. Abang tahu Dya tak suka dia, tapi jangan cakap macam tu. Dia tu bukan orang lain, sepupu abang. Sepupu Dya jugak kan " .

" Awak suka lah kan bela dia. Kalau awak suka sangat dekat dia, sayang sangat dekat dia kenapa tak kahwin jer dengan dia dulu ? " .

" Sudah lah Dya. Abang malas nak gaduh dengan Dya. Dah malam ni. Pergi tidur " .

Widya menjeling tajam pada Arief. Dia terus baring di atas katil.

*******************************************************

Pagi-pagi lagi Widya sudah membantu Puan Fatimah di dapur.

" Alang mana Dya ? " soal Puan Fatimah.

" Lepas subuh tadi abang tidur sekejap " jawab Widya. Dia mencapai sebilah pisau lalu memotong bawang.

" Mak nak keluar sekejap dengan along. Nanti Dya tolong mak hidangkan bihun goreng dengan jemput-jemput ni ya " .

" Oh ok boleh. Mak dengan along tak sarapan dulu ke ? " .

" Takpalah Dya. Balik nanti mak dengan along sarapan. Korang sarapan dulu ya " .

" Ha yela mak. Hati-hati " Widya mencium tangan ibu mertuanya itu.

" Mak pergi dulu ya " Puan Fatimah terus berlalu dari dapur.

Tangan Widya pantas mencapai mangkuk lalu mengisikan bihun goreng di dalam kuali ke dalam mangkuk yang dicapai.

" Nak tunjuk baik lah tu " Intan tiba-tiba muncul.

Widya berpaling mengadap Intan. Dia tersenyum sinis.

" Memanglah kena tunjuk baik. Takkan nak tunjuk perangai perempuan meroyan macam kau pulak kan " Widya terus menyambung membuat kerja.

" Kau ni memang suka sakitkan hati aku kan ?! Entah-entah kau upah abang Arief kahwin dengan kau sebab kau dah terlanjur dengan jantan lain kan. Lepas tu kau jadikan abang Arief pak sanggup kau. Aku tahulah semua rancangan jahat kau. Kau ni memang perempuan murah " bertubi-tubi Intan bersuara.

Panggg ! Widya pantas menampar pipi Intan. Kali ini dia tidak dapat menahan amarahnya. Dadanya turun naik.

" Heyy ! Apa masalah kau ni haa ? " teriak Intan. Pipinya yang ditampar Widya dipegang.

" Kau jangan nak tuduh aku bukan-bukan ea. Kau tak kenal aku, tu baru sikit. Aku boleh buat lebih dari tu lah " jari tunjuknya tepat di muka Intan. Ikutkan hatinya mahu sahaja di cakar wajah Intan.

" Kau tu memang perempuan murah pun. Dah lah rampas hak orang ! Dasar perampas. Mesti mak bapak kau tak pandai didik kau kan " .

Widya pantas mengangkat tangannya, sekali lagi ingin menampar pipi Intan tapi di halang oleh seseorang.

" Hey betina ! Kau jangan nak sentuh anak aku ea. Aku sendiri tak pernah tampar dia ! " Puan Fadzilah menahan tangan Widya.

Widya menarik tangannya.

" Sebab tu lah Intan ni biadap kan. Tuduh orang sesuka hati " sinis Widya menuturkan kata.

Panggg ! Satu tamparan hinggap di pipi Widya.

" Padan muka kau. Kau ingat ea. Jangan pernah sentuh anak aku " Puan Fadzilah tersenyum puas dapat menampar pipi Widya.

Intan juga begitu. Dia memberikan pandangan mengejek kepada Widya.

" Dah jom Intan. Jangan layan perempuan gila ni " Puan Fadzilah terus berlalu.

Intan menjelir lidah kepada Widya sebelum berlalu mengikut langkah Puan Fadzilah.

Widya memegang pipinya. Sakit, tapi tak sesakit hatinya. Air matanya ditahan. Digenggam kedua tangannya.

" Baru permulaan Dya, kau tak boleh menangis lagi. Kau kena kuat " bicaranya sendiri.

Widya terus menyambung kerjanya yang tertangguh akibat Intan dan Puan Fadzilah.

********************************************************

" Dya, jom kita pergi jalan-jalan pusing kampung ni. Naik motor ok ? " ajak Arief.

" Motor siapa ? " soal Widya.

" Motor achik. Abang dah cakap nak pinjam tadi. Jom lah. Amik angin petang-petang macam ni " ajak Arief sekali lagi.

Widya berfikir sebentar.

' Baik aku ikut Arief, daripada duduk rumah ni. Kena menghadap perempuan gila tu ' .

" Ermm, jom lah. Sekejap saya amik phone dalam bilik " Widya terus masuk ke dalam bilik.

" Abang, bawak Intan pergi beli barang dekat kedai depan tu boleh tak ? " soal Intan yang muncul dari dapur.

Arief tersentak.

" Kan dekat jer. Intan jalan lah kaki. Abang nak keluar dengan Dya " jawab Arief.

" Tapi lepas tu Intan nak balik rumah Intan sekejap. Nak tengok kot-kot ada barang yang selamat lagi " .

" Tak boleh lah Intan. Abang nak bawak Dya jalan " .

" Alang, boleh lah. Sekejap jer bawak Intan. Apa lah salahnya kan kalau tolong. Dya tu bila-bila boleh bawak jalan " sampuk Puan Fadzilah pula.

Widya terdengar perbualan mereka. Dia meluru ke arah Arief. Arief mati kutu. Dia tidak tahu harus mengikut yang mana satu.

" Dya, kau tak kisah kan kalau abang Arief bawak aku pergi kedai ? " Soal Intan.

" Er..tak..tak kisah pun. Pergilah " jawab Widya. Padahal hatinya sudah panas membahang.

" Haa dengar tu alang, bini kau pun tak kisah " kata Puan Fadzilah.

Arief memandang wajah Widya seketika. Widya terus melarikan pandangan matanya saat matanya bertentangan dengan Arief.

" Dah jom lah abang " Intan terus menarik tangan Arief.

Widya hanya memerhatikan Intan membonceng motosikal bersama dengan Arief. Hatinya pedih melihat kegedikan Intan memeluk pinggang Arief. Widya terus masuk ke dalam bilik. Dia tidak sanggup lagi melihat kemesraan antara Intan dan Arief.

Air matanya tumpah. Tidak sanggup lagi dia menahan.

" Dia tak cintakan kau pun Widya ! Tak ! Dia terpaksa jer kahwin dengan kau ! Dia tak cintakan kau ! " Widya berteriak seorang diri di hadapan cermin.

Barang-barang di atas almari soleknya dibaling ke bawah sehingga berterabur.

Prangg ! Serpihan kaca cermin berterabur. Tangan kanan Widya dibasahi darah. Dia menumbuk cermin itu sehingga hancur berderai.

Tidak dipedulikan darah yang mengalir di tangannya. Tangisannya semakin kuat. Rambutnya yang lurus sudah berserabai.

" Aku benci kau..benci.. " rintih Widya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience