Selepas 3 jam memandu, Widya tiba juga di rumahnya. Langkahnya longlai sebaik turun dari kereta.
Sebaik pintu dibuka, Puan Sri Nora terus memeluk Widya.
" Dya pergi mana ? Mama dengan papa risau tahu " .
Widya senyap seketika. Dia cuba mengumpul kembali kekuatannya.
" Dya ada benda nak beritahu mama dengan papa. Kita duduk dulu ya " Widya menarik Puan Sri Nora duduk di sofa.
Tan Sri Hashim juga mengikuti langkah dua beranak itu.
" Ada apa ni Dya ? " soal Tan Sri Hashim.
" Dya daripada rumah mak. Dya tidur sana semalam " .
" Kenapa tak beritahu papa yang Dya balik sana ? Papa call banyak kali tapi Dya off handphone " .
" Dya terlupa nak beritahu " .
" Takpalah. Benda pun dah jadi. Lagipun Dya dah ada dekat depan mata mama dengan papa. Papa dah tak risau lagi " .
" Dya nak beritahu apa tadi ? " soal Puan Sri Nora. Sejak dari tadi dia menunggu.
" Abang Arief dah.." kata-kata nya mati di situ.
" Dah apa Dya ? Kenapa dengan Arief ? " soal Tan Sri Hashim. Dia sudah tidak sabar mendengar kata-kata yang keluar dari bibir anaknya itu.
" Dia dah kahwin dengan Intan " matanya berair. Bila-bila saja akan menitis.
" Tak guna punya jantan ! " jerit Shafiq yang baru sahaja turun dari tingkat atas.
Tan Sri Hashim dan Puan Sri Nora terkedu. Seakan tidak percaya apa yang di dengarnya.
Shafiq meluru ke arah Widya.
" Adik tengok dia buat apa ? Lebih baik adik cerai jer dengan lelaki tak guna macam tu. Depan kita macam malaikat. Lagipun Am tu sentiasa tunggu adik " .
" Shafiq ! Merepek apa ni ? " tengking Tan Sri Hashim.
" Papa, betul lah apa yang Fiq cakap. Papa sanggup ke tengok jantan tak guna tu siksa adik ? " .
" Abang Fiq, Papa dah lah tu. Ini rumah tangga Dya, biar Dya yang selesaikan sendiri. Dya taknak sebab Dya papa dengan Abang Fiq pulak bergaduh " Widya terus menghentikan pergaduhan ayah dan abangnya.
Puan Sri Nora mengusap perlahan bahu suaminya.
" Dya naik dulu " Widya terus berlalu.
Shafiq mengeluh kasar.
**********
Arief termenung sendirian di birai katil. Fikirannya terbayangkan Widya. Saat-saat terindahnya bersama Widya bermain di fikiran.
" Abang nak tahu tak ? " Widya menggenggam erat tangan Arief.
" Taknak tahu lah " sakat Arief.
Widya pantas mencubit bahu Arief.
" Abang ni, ishh Dya series ni " .
" Iya sayang, ada apa ? " .
" Jujur kan, Dya tak pernah terfikir abang akan jadi suami Dya. Dya benci sangat kat abang. Abang suka perli-perli Dya dulu, suka buat Dya sakit hati " .
Arief ketawa kecil.
" Habis tu sekarang ni sayang rasa apa ? " Arief mencuit sedikit dagu Widya.
" Sekarang ni, perasaan benci tu dah bertukar sayang pulang. Hebat kan kuasa Allah abang. Sekelip mata jer dia ubah hati kita " .
" Betul tu sayang. Allah memang hebat. Hati kita Allah yang pegang, sebab tu sekelip mata jer boleh berubah. Macam orang tua-tua cakap, bila benci jangan benci sangat nanti Allah balikkan hati kita " .
" Sebab tu hati manusia cepat berubah kan bang. Dya harap hati abang tak berubah pada perempuan lain " .
" Macam abang cakap tadi, hati manusia Allah yang pegang. Kalau sayang taknak hati abang berubah, sayang mintaklah pada Allah supaya abang tak berubah hati " .
Widya terus terdiam. Dia menundukkan kepalanya.
" Sayang, kenapa ni ? " soal Arief bimbang.
" Dya takut..Dya..." air matanya perlahan-lahan menitis.
" Sayang kenapa, jangan buat abang takut please " .
" Dya takut Allah tak makbulkan doa Dya. Dya banyak dosa. Banyak kali Dya ingkar perintah Allah. Macam mana Allah nak makbulkan doa Dya ? " Widya menangis teresak-esak.
" Sayang, jangan lah macam ni. Allah tu maha pengampun. Luas lautan pun dosa kita, luas lagi pengampunan Allah. Setiap yang jadi semua Allah dah aturkan " .
Widya memandang tepat pada mata Arief.
" Demi Allah, Dya cintakan abang. Terima kasih sebab bimbing Dya. Maafkan semua salah silap Dya selama ni " serentak dengan itu Widya terus memeluk Arief.
Arief membalas pelukan Widya. Dahi Widya dikucup seketika.
" Kita sama-sama kejar redha Allah ya sayang " .
" Abang ! " jerit Intan. Serentak dengan itu Arief tersedar dari lamunan panjangnya.
Arief terus menoleh ke arah Intan. Dia mengeluh perlahan.
" Abang ni kenapa ? " soal Intan geram.
" Awak tanya saya kenapa ? Awak tu yang kenapa ? Dah lah main terjah jer masuk bilik orang " Arief tidak lagi membahasakan dirinya abang. Namun dia masih lagi berlembut.
Memang itu sikap Arief, pesan arwah abahnya sentiasa diingatan. Arwah selalu berpesan agar tidak berkasar dengan perempuan.
" Abang suami Intan. Abang sepatutnya tidur dalam bilik Intan. Sepatutnya abang layan Intan baik-baik, bukannya macam nak tak nak jer " luah Intan.
" Kenapa awak perangkap saya ? Anak dalam kandungan awak tu bukan anak saya kan ? Tergamak kan awak fitnah saya sampai macam tu sekali ? " .
Intan terkaku seketika, bagai ada batu besar yang menghempapnya.
" Abang, abang tolonglah faham Intan cintakan abang. Intan taknak lelaki lain selain abang. Intan terlalu cintakan abang. Abang tahu kan Intan dah lama tunggu abang " .
" Cinta ? " Arief ketawa sinis.
" Cintakan aku sampai huru hara kan rumah tangga aku. Fitnah aku sampai menjatuhkan maruah aku ? Itu kau panggil cinta ? Itu ke?!! " suara Arief mula bernada tinggi. Dadanya turun naik menahan marah.
" Abang..susah sangat ke nak cintakan Intan ? Apa yang lebihnya Widya dan apa kurangnya Intan ? " .
" Widya terlalu sempurna kalau nak dibandingkan dengan kau. Macam langit dengan bumi bezanya " .
" Abang ! Abang ingat Widya tu baik sangat ke ? Dia tu berpura-pura jer. Abang tahu tak dia tu perempuan murah. Entah-entah anak yang dalam kandungan dia sekarang ni bukan anak abang. Tapi anak lelaki simpanan dia " .
" Diam !!! Sekali lagi aku dengar kau burukkan Widya, siaplah kau " Arief terus berlalu. Amarahnya semakin membara. Bagai gunung berapi , bila-bila masa sahaja boleh meletus.
" Sial ! Arghh ! " titisan hangat mengalir di pipinya.
*********
" Cerai ?! " .
Widya mengangguk perlahan.
" Dya, kau dah gila ke ? Takkanlah kau nak bercerai dengan Arief tu. Korang kahwin tak sampai setahun pun tau " marah Laura.
" Ara, aku taknak bermadu. Apa nak jadi, jadilah. Aku dah tak peduli " .
" Habis tu macam mana dengan anak kau nanti ? " .
" Aku boleh jaga dia. Aku boleh membesarkan dia seorang diri. Aku tak perlukan Arief pun " .
" Dya, kau fikir baik-baik. Bagi aku, ni bukan keputusan yang baik. Takkan kau senang-senang nak lepaskan Arief macam tu ? Takkan kau nak bagi perempuan tu menang ? Dan aku tak rasa Arief akan ceraikan kau " .
" Aku dah tak peduli Ara. Lepas aku bersalin nanti aku nak dia ceraikan aku " .
" Kau nak anak kau membesar tanpa seorang ayah ? " .
" Kalau itu lebih baik, aku terpaksa " .
Kening Laura berkerut-kerut menahan kesakitan. Tangan kirinya menggenggam kuat tangan Widya manakala tangan kanannya memegang perutnya.
" Ara, kau ok ? " soal Widya cemas.
" Dya sakit..arhh..cepat Dya baby dah nak keluar ni " semakin kuat genggaman tangannya.
" Ya Allah. Kejap-kejap aku call Zaqif " Widya mendail pantas nombor Zaqif.
Share this novel