BAB 17

Romance Completed 26350

Arief terus berlalu ke dapur. Hatinya sakit mendengar luahan Widya. Jika dia terusan ada di dalam bilik itu pasti pergaduhan mereka semakin berlarutan.

Dia ingin memasakkan Widya bubur. Kali terakhir Widya makan tengah hari tadi. Arief bimbang perut Widya masuk angin.

Sementara bubur masak, Arief duduk di kerusi meja makan. Fikirannya melayang memikirkan Widya. Sampling bila gadis itu harus bersikap dingin dengannya.

" Alang " tegur Puan Fatimah yang baru sahaja muncul.

" Eh mak. Tak tidur lagi ke ? Dah pukul 1 pagi dah ni " .

Puan Fatimah menarik kerusi di sebelah Arief lalu melabuhkan punggungnya di kerusi itu.

" Mak tak mengantuk lagi. Dya dah ok ? " .

" Dya dah sedar. Alang masakkan bubur untuk dia " .

" Oh. Iyalah. Alang, jangan terasa ea dengan angah. Mak minta maaf juga bagi pihak mak long " .

Arief tersenyum memandang Puan Fatimah.

" Mak, mak tak perlu minta maaf ok. Bukan salah mak pun. Alang kenal sangat dengan angah tu. Alang tak kisah pun " .

Arief bangun dari kerusi dan pergi ke arah dapur gas. Dia mengacau sedikit bubur yang sudah siap dimasak. Arief mencedok bubur itu ke dalam mangkuk.

" Mak masuk tidur dulu ya alang. Tengok-tengokkan Dya tu " .

" Ok mak " .

Arief membawa dulang yang terisi dengan satu mangkuk bubur, segelas air masak dan panadol.

Dia melihat Widya sudah pun lena semula. Arief mendekati Widya.

" Dya, bangun sekejap. Makan dulu " kata Arief lembut.

Widya bangun dari perbaringannya.

" Saya masakkan awak bubur. Mesti awak lapar kan ? " .

" Tak nak. Saya tak lapar " jawab Widya dingin.

" Makan lah sikit. Nanti perut awak masuk angin " Arief menyuakan sesudu bubur pada Widya.

" Awak tak faham bahasa ke ? Saya cakap taknak, taknak lah " Widya menepis tangan Arief. Mujur sahaja bubur itu tidak tumpah.

Arief meletakkan semula bubur itu ke dalam dulang.

" Dya, saya risaukan awak. Saya tak tahu apa yang jadi dekat awak tadi tapi saya tahu Dya, awak terasa dengan mak long. Saya cuba jadi suami yang terbaik buat awak. Saya cuba jadi pelindung awak. Tapi awak selalu ungkit perkahwinan kita bukannya sebab cinta. Saya dah lupakan semua tu. Saya anggap perkahwinan kita ni macam perkahwinan orang lain. Saya terima awak Dya. Saya terima semua kekurangan awak. Saya tahu saya tak kaya. Saya tak boleh bagi awak kehidupan yang mewah. Tapi saya sedar, saya cuma bertepuk sebelah tangan. Awak tak pedulikan langsung semua tu. Dya, bila saya lafaz akad nikah, tanggungjawab saya sepenuhnya dekat awak. Saya buka hati saya untuk terima awak dan sekarang saya mula sayangkan awak. Sayangnya seorang suami dekat isteri. Itu yang rasa. Saya mintak Dya, hargai apa yang saya buat. Saya tak mintak awak balas apa-apa pun. Cuma hargai saya " panjang lebar Arief meluahkan isi hatinya.

Widya hanya diam. Titisan jernih dari matanya mula mengalir. Arief bingkas bangun keluar dari bilik.

Sayup-sayup kedengaran azan subuh telah menyedarkan Widya dari lenanya. Dia sendiri tidak tahu bila dia terlelap.

Widya menoleh ke sisi, dia melihat Arief sedang lena tertidur sambil duduk di sisi katil. Hatinya jatuh kasihan pada lelaki itu.

Kain tuala masih ada di dahi Widya. Pasti Arief yang meletakannya. Tebak hati Widya.

Widya perlahan-lahan mendekati Arief. Wajah suaminya itu di tenung sebentar.

Arief seorang yang penyabar. Tidak pernah sekalipun dia meninggi suara terhadap Widya. Tiap kali dia marah pasti dia akan menjauh dari Widya, bimbang jika mulutnya menuturkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

" Hensem jugak kan Arief ni " Widya ketawa kecil.

Arief tersedar sebaik mendengar seseorang ketawa. Matanya yang tadi tertutup terus celik.

" Dya " tutur Arief sebaik melihat wajah gadis itu.

Widya tersenyum manis kepada Arief.

' Hey dia ni, bukan semalam dia marah aku ke ? Hari ni ok pulak. Haish tak faham aku dengan cik Enon ni ' .

" Dah subuh " kata Widya.

" Yeke ? Kita solat jemaah ? Demam awak dah ok ? " .

" Dah. Saya dah sihat dah " .

Lega hati Arief melihat perubahan Widya.

" Awak pergi lah mandi dulu. Lepas tu kita solat sama-sama " arah Widya.

Arief hanya menurut. Dia bingkas bangun dari katil dan terus ke bilik air.

" Dya kejap " panggil Arief sebalik melihat Widya ingin keluar dari bilik.

" Apa dia ? Saya nak tolong mak buat sarapan lah " .

" Sinilah dulu sekejap " Arief menepuk tilam di sebelahnya.

Widya terus ke arah Arief.

" Apa dia ? " soal Widya.

" Saya mintak maaf kalau apa yang saya cakap semalam buat awak terasa atau lukakan hati awak. Saya takda niat " Arief merenung anak mata Widya.

" Takpa. Saya ok jer " .

" Tangan awak sakit lagi ? " .

Widya menggelengkan kepalanya.

" Janji dengan saya awak takkan hilang tiba-tiba macam semalam " .

Widya ketawa kecil.

" Ya saya janji " .

" Siapa yang hantar awak balik semalam ? " .

" Abang sado hensem " .

Arief menjenggilkan matanya.

" Siapa tu ? Suka-suka jer hantar isteri orang " .

Widya ketawa melihat wajah Arief yang masam mencuka.

" Bukan lah. Kak Sal yang hantar. Dia cakap pak long dia ketua kampung dekat sini sebab tu dia tahu jalan kampung ni. Nasib baik dia ada " .

Widya juga menceritakan semua yang terjadi padanya dari A-Z kepada Arief.

" Dya awak tahu tak, kalau apa-apa jadi dekat awak semalam. Saya takkan maafkan diri saya. Saya sepatutnya jadi pelindung awak. Tapi saya gagal " Arief tunduk.

" Arief, bukan salah awak. Salah saya jugak. Kalau saya tak tinggalkan awak macam tu jer, semua ni takkan jadi. Sekarang ni saya dah ada dekat depan mata awak, awak jangan risau ok " Widya mengusap perlahan bahu Arief.

" Dah saya nak pergi tolong mak kat dapur " Widya terus bangun untuk keluar.

" Dya " panggil Arief.

Widya berpaling.

" I love you " ucap Arief.

" Mengada " Widya terus keluar dari bilik. Hatinya berbunga riang.

" Mak " panggil Widya. Namun tiada sahutan.

" Mak takda " jawab Ayu kasar.

" Oh. Sarapan dah siap ? Dya baru ingat nak tolong " .

" Kau tak payah lah nak berpura-pura baik. Kau ingat aku tak tahu perangai sebenar kau ? Kau tau tak, aku ni benci tengok muka kau. Aku tak hingin ada adik ipar macam kau. Sepatutnya alang tu kahwin dengan Intan, bukan dengan kau. Perempuan macam kau ni tak layak jadi isteri alang " .

Senyuman Widya mati sebaik mendengar kata-kata kakak iparnya itu.

" Saya hormat akak sebagai kakak ipar saya. Saya pun tak tahu apa yang buatkan akak benci sangat dengan saya. Akak kena tahu, Arief yang pilih saya jadi isteri dia. Jodoh tu ketentuan Allah, akak tak boleh lawan takdir Allah dan akak tak berhak nak tentukan saya layak atau tak jadi isteri Arief " Widya membidas kembali kata-kata kakak iparnya itu.

" Kau ni memang biadab kan. Tak reti hormat orang " marah Ayu semula.

" Kalau akak sendiri tak respect orang, macam mana orang nak respect akak " Widya terus berlalu. Semakin lama dia disitu semakin panas hatinya.

" Tak guna punya betina. Berlagak kau ea. Siap lah kau nanti. Baru kau tahu siapa Ayu " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience