BAB 30

Romance Completed 26341

" Woii ! Lepaskan dia "

" Abang tolong " jerit Widya. Hatinya lega melihat Arief muncul.

" Kau siapa ha ? " soal lelaki itu.

" Aku suami dia " Arief terus menumbuk tepat perut lelaki itu.

" Jom Dya " Arief terus menarik tangan Widya berlalu dari situ.

Lelaki-lelaki itu terus memecut motorsikal mereka.

Arief mengelap sisa air mata Widya. Widya memeluk erat Arief. Dia masih lagi fobia. Mujur sahaja Arief lalu di kawasan itu, jika tidak pasti nasib Widya malang.

" Dya jangan ya. Abang ada dengan Dya. Tak ada siapa boleh sentuh Dya " pujuknya.

" Dya ta..takut..tt " suaranya jelas menunjukkan dia benar-benar ketakutan.

" Abang ada dengan Dya. Jangan takut. Dya pergi mana tadi ? Kenapa jalan sorang-sorang ? Bahaya tau ".

" Dya pergi kedai. Nak beli top-up. Masa nak balik tadi tiba-tiba jer diorang tahan Dya " .

" Ya Allah kenapa tak kirim dekat abang jer. Lepas ni abang tak nak dah Dya jalan sorang - sorang ok. Kalau apa-apa jadi macam mana. Nasib baik tadi tergerak hati abang nak lalu sini, kalau tak.. " .

" Dya minta maaf. Dya janji tak buat lagi " air matanya dikesat.

" Abang bukan nak marah Dya saja-saja tau. Abang marah sebab abang risau. Lain kali nak pergi mana-mana bagi tahu abang, abang boleh bawakkan " .

Widya mengangguk faham.

" Dah kita balik ea " Arief memakaikan Widya tali pinggang keselamatan.

********************************************************

" Assalamualaikum " Arief dan Widya beriringan masuk ke dalam rumah.

" Waalaikumsalam " .

Intan, Puan Fadzilah, Ayu dan Puan Fatimah berkumpul di ruang tamu.

" Awal alang balik hari ni ? " soal Puan Fatimah.

" Ha'ah mak. Rindu kat Dya ni tu yang balik " Arief ketawa kecil.

Ayu dan Intan menjeling tajam ke arah Widya.

" Dya ok ? " soal Puan Fatimah. Sejak Widya masuk ke dalam rumah wajah menantunya itu sugul sahaja.

" Dya kena ganggu dengan budak-budak kampung ni masa nak balik kedai tadi " cerita Arief.

" Dah pakaian pun macam tu mana orang tak ganggu. Cuba tutup aurat, takda lah orang nak ganggu " perli Ayu.

Intan tersenyum sinis memandang Widya.

" Angah ni kenapa, dah kalau budak-budak tu nak ganggu diorang ganggu jugak. Lagipun bukannya Dya pakai seksi-seksi pun. Elok jer tutup. Cuma tak pakai tudung. Lainlah kalau pakai ' skirt pendek ' atas peha " sengaja Puan Fatimah menekankan perkataan skirt pendek.

Senyuman Intan mati apabila mendengar perlian ibu saudaranya itu.

" Dya minta diri dulu mak " Widya terus masuk ke dalam bilik.

Arief memandang wajah Puan Fatimah sekejap lalu terus mengikut langkah Widya.

********************************************************

" Malam ni ada ceramah dekat surau, ada ustaz jemputan. Kita satu keluarga pergi nak tak ? " cadang Puan Fatimah.

" Boleh jugak mak. Dya tak kisah " jawab Widya.

" Haa baguslah. Maghrib nanti kita pergi " .

" Intan cuti " jawab Intan tiba-tiba.

" Haa takpalah kalau macam tu " kata Puan Fatimah.

" Lagipun mak ngah malam ni ada drama best, sayanglah kalau Intan tak tengok " .

" Tak kemana pun drama tu Intan. Ilmu akhirat tu lagi penting " .

Intan terdiam mendengar jawapan Puan Fatimah.

" Mak ngah pun pelik dengan kamu ni. Banyak sangat dah berubah. Dulu elok jer. Manis bertudung semua, kenapa bukak tudung tu ? "

" Alah ni zaman moden lah mak ngah. Ni lagi satu mak ngah tengok menantu kesayangan mak ngah ni, dia pun tak bertudung. Jangan nak cari salah Intan jer lah " jari telunjuknya diarahkan pada Widya.

Intan terus berlalu meninggalkan Puan Fatimah dan Widya.

Widya mengangkat bahu memandang Puan Fatimah. Puan Fatimah hanya tersenyum kelat.

********************************************************

" Seorang isteri yang meninggikan suara pada suami, mengingkari perintah suami, tidak melayan suami adalah seorang isteri yang derhaka.. " terang Ustaz Hairi.

Kata-kata ustaz itu menusuk ke hati Widya.

" Syurga seorang isteri ada pada suami. Rasa-rasanya kalau suami tak redha dengan apa yang seorang isteri lakukan, dapat ke seorang isteri itu masuk ke dalam syurga ?.. " .

" Taat pada suami tu yang paling penting. Hormat suami walau siapa pun dia, kaya ke miskin ke, isteri wajib hormat suami.. " .

Widya terus tunduk. Ditahan air matanya. Terlalu banyak dosanya pada Arief.

" Suami yang baik bukan suami yang menuruti semua permintaan isteri tetapi suami yang membimbing isteri ke jalan Allah. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Kebahagiaan yang sebenar bukan terletak pada banyaknya harta tetapi kebahagiaan yang sebenar ialah suami dan isteri bersama - sama mengejar redha Allah, Insya Allah rumah tangga akan bahagia.. " .

Puan Fatimah perasan menantunya itu menangis.

' Mudah-mudahan rumah tangga Arief dan Widya kekal hingga ke syurga Ya Allah ' Doa Puan Fatimah.

********************************************************

Widya menunggu Arief pulang dari surau. Widya dan Puan Fatimah pulang terlebih dahulu dari Arief kerana Arief ingin membantu mengemas surau.

Arief menguak perlahan pintu bilik.

" Dya tak tidur lagi ke ? " soal Arief. Dia duduk di sebelah Widya.

Widya mengesot sedikit untuk memberi ruang pada Arief.

" Dya tunggu abang " jawabnya.

" Lah kenapa tunggu abang. Tidur jer lah dulu. Kesian Dya " rambut Widya di selak ke belakang.

Widya mencapai tangan Arief. Arief hanya membiarkan.

" Abang, Dya minta maaf. Dya minta maaf sangat. Dya bukan isteri yang baik. Dya derhaka dengan abang. Dya hina abang macam-macam. Dya tak bersyukur dengan apa yang ada. Dya minta maaf abang. Banyak dosa Dya dengan abang. Dya selalu marah-marah abang. Abang maafkan Dya " tangan Arief dicium. Air matanya mengalir laju.

Arief terkejut dengan kelakuan Widya. Namun dia bersyukur Allah telah membukakan hati Widya untuk menerimanya.

" Dya, setiap hari abang maafkan Dya. Abang tak pernah marahkan Dya pun " rambut Widya di usap perlahan.

" Abang bagi peluang untuk Dya jadi isteri yang baik untuk abang ? " .

" Ya sayang. Kita sama-sama jaga rumah tangga kita " Arief tersenyum gembira. Allah sahaja yang tau betapa bahagia nya ketika itu.

" Dah lewat ni, Dya mengantuk " .

" Sekejap abang nak bentang toto dulu " Arief bingkas bangun.

Widya menarik tangan Arief.

" Kenapa ? " soal Arief hairan.

" Abang tidur dekat atas katil dengan Dya " muka Widya merah menahan malu.

Arief tersenyum nakal.

********************************************************

" Selamat pagi mak " sapa Widya.

" Selamat pagi. Kenapa Dya nampak lain ea hari ni " Puan Fatimah tersenyum kecil memandang menantunya itu.

" Tak adalah mak. Biasa jer. Dya nampak makin cantik ea ? " Widya ketawa kecil.

" Menantu mak ni hari-hari cantik. Tak pernah tak cantik " .

" Mak ni ada-ada jer lah " Widya membantu Puan Fatimah memotong bawang.

" Makk..alang lapar " rengek Arief yang baru sahaja muncul di dapur.

" Mengada lah alang ni. Tunggu sekejap. Dah nak siap ni " jawab Puan Fatimah.

Widya ketawa kecil. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang. Mati terus tawanya.

" I love you " bisik Arief di telinga Widya. Pinggang Widya dirangkul erat.

" Ishh abang, malu lah mak nampak tu " wajah Widya sudah merah.

" Biar jer lah mak tengok pun " jawab Arief selamba.

" Ehem ehem " Puan Fatimah sengaja berdehem.

Widya dengan pantas menepis tangan Arief.

Arief ketawa melihat wajah merah Widya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience