BAB 6

Romance Completed 26350

" Min, I nak bagi tahu you something " ujar Tengku Amsyar.

" Apa dia ? " balas Widya.

" I nak kita putus. Bukan sebab I dah tak sayang you tapi mummy I tak restu hubungan kita. Hubungan tanpa restu parents tak akan bahagia Jasmine. I harap you faham. Next month, I akan kahwin. Dengan perempuan pilihan mummy I " jelas Tengku Amsyar.

" Apa semua ni Am ? Ini tak adil. I sayangkan you sangat-sangat. I tak nak kita putus " kesedihan jelas terpancar di wajah Widya.

Hubungan mereka yang sudah terjalin 2 tahun itu membuatkan Widya terlalu sayangkan Tengku Amsyar. Baginya lelaki itu begitu sempurna dan tiada cacat celanya.

" I'm so sorry Jasmine. I love you but I love my mom more " ungkap Tengku Amsyar.

" Fine ! You dengar sini, I takkan sesekali lagi terima you. Walau you menangis air mata darah sekalipun. I hate you so much Tengku Amsyar " Widya mengelap kasar air mata nya lalu terus meninggalkan Tengku Amsyar.

Widya mengeluh perlahan. Kenangan 2 tahun lepas terimbas kembali di ingatannya. ' Ahh, kenapa lah aku ingat dekatlelaki tak guna tu ' . Widya bingkas bangun dari katilnya lalu menjengket kan sedikit kakinya di almari. Widya segera mengambil sebuah kotak besar berwarna biru bercorak hati di atas almarinya itu. Dia mengelap sedikit habuk di atas kotak itu. Di atas kotak itu tertulis ' AM ? MIN ' . Widya membuka perlahan kotak itu. Terdapat beberapa helaian sampul surat, seutas rantai berloketkan huruf A?M, sebentuk cincin permata, beberapa helai tudung dan baju, sekeping gambar Amsyar dan Widya dan pendrive. Widya perlahan-lahan mengambil rantai itu. Masih terasa lagi ketika Tengku Amsyar memakaikannya rantai itu ketika hari jadinya.

Air mata Widya perlahan-lahan menitis. Allah sahaja tahu perasaannya ketika itu. Melupakan cinta pertama tidak semudah yang disangka. Kerana Tengku Amsyar juga Widya berubah menjadi liar. Tudungnya entah kemana. Baju yang dipakainya mendedahkan separuh tubuhnya. Tiada lagi baju yang menutup aurat nya. Solatnya juga sudah tidak dijaga.

" Tak..tak..aku tak boleh menangis lagi. Come on Widya, ramai lagi lelaki yang baik " Widya mengelap kasar air matanya.


" Rief " panggil Zaqif.

" Haa apa dia ? " soal Arief ringkas.

" Ada benda penting aku nak bincang dengan kau " .

" Hamboii. Apa yang penting sangat tu ? " Arief melabuhkan punggungnya di sofa sebelah Zaqif.

" Widya " .

" Kenapa dengan dia ? " .

" Dia ada mintak tolong Laura. Laura pulak mintak tolong aku. Parents dia nak jodohkan dia dengan lelaki tua yang dah ada 3 orang isteri. Tu pun kalau dia tak jumpa calon suami dalam masa terdekat ni " terang Zaqif.

" Then ? " .

" Kau jadi suami dia please. Arief, aku percaya yang kau jer boleh ubah dia " pujuk Zaqif.

" Haa ? Kau dah gila ke ? Aku dengan dia tu tak serasi langsung. Macam mana pulak nak bina masjid sama-sama ? " riak wajah Arief jelas terkejut.

" Rief, kau nak ke masa depan Widya musnah macam tu jer ? " Zaqif memujuk lagi.

" Masa depan dia, bukan aku " .

" Khairul Arief, sejak bila kau pentingkan diri pulak nie ? " Zaqif kenal benar dengan sikap Arief yang tidak pernah mementingkan diri dan sentiasa membantu orang di sekelilingnya.

" Sejak aku kenal Widya. Dia tu berlagak. Aku nie dihina macam-macam. Lagi satu, aku ni orang miskin. Harta takda. Aku tak sedarjat dengan dia " .

" Ya Allah, sebab tu aku nak kau kahwin dengan dia. Kau boleh didik dia, ubah dia jadi lebih baik. Widya tu baik sebenarnya, cuma keadaan yang buat dia jadi macam tu. Kau fikirlah baik-baik. Buat solat istikarah. Ni tengok ni " Zaqif menghulurkan sekeping gambar.

Arief menyambut huluran Zaqif.

" Aku masuk bilik dulu. Fikir baik-baik ya " Zaqif menepuk perlahan bahu Arief lalu berlalu masuk ke bilik nya.

Arief melihat gambar yang diberi oleh Zaqif sebentar tadi. Gambar Widya bertudung dan memakai baju kurung. Terserlah kecantikannya apabila bertudung.

' Ya Allah, kau bantulah hambamu ini membuat pilihan yang tepat ' .

" Macam mana ? " soal Laura.

" Arief tengah fikirkan lagi " balas Zaqif.

" Oh. Takpalah. Lagi pun kita tak boleh paksa dia. Tapi Ara harap Arief akan terima. Ara takut kalau Widya tu buat kerja gila nanti. Ara kenal sangat dengan Widya tu " ujar Laura.

" Ara, tak payah risau ea sayang. Saya tahu Arief takkan tergamak nak tolak. Lagipun Arief tu memang suka dekat Widya pun " Zaqif ketawa kecil.

" Yeke ? Kalau macam tu baguslah. Lega sikit hati Ara " .

" Dah Ara tak payah fikirkan sangat ea. Minggu depan majlis perkahwinan kita. Ara fikirkan saya jer " usik Zaqif.

" Apalah awak ni. Cepat jer masa berlalu kan. Macam tak percaya pulak saya dah nak jadi isteri orang " .

" Haa tahu pun. Lepas nie dah tak boleh manja-manja lagi " .

" Yelah Ara tahu. Siapa jadi pengapit awak ? " soal Laura.

" Mestilah Arief. Saya kan rapat dengan dia jer. Kawan dunia akhirat saya tu " .

" Haa baguslah tuh. Pengapit saya Widya. Harap sangat dapat tengok diorang naik pelamin nanti " .

" Insya Allah mana lah tahu kan jodoh pengapit pengantin. Nanti diorang kahwin, kita pulak jadi pengapitnya " .

" Ha'ah mesti best kan. Ishh tak sabar nya " .

" Ha ? Dah tak sabar nak kahwin dengan saya ? Gatal nya awak sayang " usik Zaqif lagi.

Itulah hobinya Zaqif, gemar mengusik Laura. Usikan nya itu menambahkan lagi kemesraan mereka berdua.

" Awak niee.. jahat kan " Laura mencubit perlahan lengan Zaqif.

" Aww.. sakit lah sayang. Ganasnya awak ni " Zaqif terus berlari meninggalkan Laura. Bimbang akan dikerjakan lebih teruk lagi. Laura segera mengejar Zaqif. Mereka berdua saling berkejaran.

Selesai membaca Al-quran, Arief baring di atas katil. Gambar Widya di atas meja di tepinya dicapai.

Arief merenung lagi gambar itu. Dia sudah membuat keputusan untuk menerima Widya menjadi isterinya. Mungkin ini adalah perancangan Allah dan takdir untuknya. Siapa tahu mungkin dia akan lebih bahagia apabila bersama Widya.

Arief bingkas bangun dari katil. Dia harus memberitahu Zaqif tentang persetujuannya. Arief segera pergi ke bilik Zaqif.

Pintu bilik Zaqif diketuk.

" Masuk..masuk " jerit Zaqif dari dalam bilik.

Arief membuka pintu bilik Zaqif lalu masuk ke dalam.

" Haa Arief. Ada apa ? " soal Zaqif. Zaqif mengalihkan baju pengantinnya itu ketepi. Memberi ruang untuk Arief duduk.

" Ermm..aku nak bagitahu yang aku setuju nak jadi suami Widya " ujar Arief.

" Yeke ? Alhamdulillah. Terima kasih Rief. Aku yakin kau boleh ubah Widya tu. Terima kasih tau. Laura kalau tahu ni mesti dia happy sangat " terpancar wajah kegembiraan Zaqif.

" Doakan aku tau. Minggu depan kau dah nak jadi suami orang. Tinggallah aku seorang-seorang " .

" Ehh kau jangan risau lah. Tak lama lagi kau pulak jadi suami orang " .

Arief ketawa kecil.

" Kau tu jangan gelojoh sangat nanti " usik Arief.

" Hamboii kau, pandai dah ea nak mengusik aku " .

Mereka berdua ketawa serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience