BAB 43

Romance Completed 26341

" Kau ni memang tak guna kan. Dasar perempuan murahan " bentak Ayu.

" Hey kak, apa masalah kau lagi ha? Apa lagi yang kau tak puas? " marah Intan kembali.

Hati Ayu bagaikan ingin meletup ketika melihat Intan dan seorang lelaki.

" Kau sedar tak yang kau tu bini orang? Tu yang dalam perut kau tu, bukan anak alang kan? Tapi kau yang perangkap dia. Betina jenis apa ha kau ni? " .

Intan ketawa sinis.

" Hey, dengar sini. Ini semua idea gila akak jugak kan. Akak yang tak suka sangat dengan Widya tu. Kenapa sekarang dah boleh terima dia jadi adik ipar akak? " .

" Walaupun aku tak suka dengan dia tu, tapi dia tu taklah sejijik kau. Bila alang sakit, dia sanggup jaga. Kau tu? Aku menyesal buat semua ni kau tahu tak " .

" Kak Ayu sayang, dah tak guna nak menyesal. Semua benda dah jadi. Selama ni saya cintakan Arief. Tapi dia langsung tak pandang saya. Yang dia tahu Widya, Widya, Widya!!! " Intan bagaikan orang tidak waras.

" Aku akan pastikan alang ceraikan kau! Biar lepas ni dia bahagia dengan Widya. Dan anak dalam perut kau tu, aku akan bagitahu semua orang yang dia bukan anak kau pun " .

" Bagi lah tahu, tu pun kalau ada yang percaya lah kan. Akak jangan cuba-cuba nak ugut saya. Saya boleh buat apa yang saya suka. Jangan sampai akak melutut dekat depan saya nanti " Intan terus berlalu meninggalkan Ayu.

*****

" Cepat, sikit lagi. Abang cuba perlahan-lahan ya " Widya memimpin perlahan tangan Arief.

" Aku tak boleh, aku takut " dia duduk semula di atas kerusi roda nya.

" Abang, janganlah mengalah dulu. Takpa Dya ada, abang jangan takut " pujuk Widya.

" Kalau aku jatuh macam mana? " soalnya.

Widya ketawa kecil.

" Tak. Abang takkan jatuh. Dya pegang abang. Jangan risau. Kita cuba ya " .

Arief perlahan-lahan bangun sambil berpaut pada tangan Walaupun Widya. Dia hampir terjatuh, namun sempat dipegang oleh Widya.

Widya memimpin tangan Arief. Mereka berdua perlahan-lahan berjalan.

" Haa boleh dah. Abang kena banyak kan jalan lagi, lepas ni Dya yakin abang boleh jalan sendiri " .

Arief menatap wajah bersih Widya. Wanita itu benar-benar mahukannya sembuh.

" Kenapa abang tengok Dya macam tu? " soalnya hairan.

" Kenapa kau buat semua ni? " soalnya.

" Abang, semua isteri nak tengok suami dia sembuh. Dya nak kita bahagia macam dulu. Dya takkan paksa abang ingat semua benda. Dya cuma nak abang tahu, abang lelaki yang paling Dya cintakan. Dya tak marah pun bila abang tak ingat Dya. Dya yakin lepas hujan ada pelangi. Jadi dia perlu sabar bila Allah uji Dya. Lepasni mungkin Allah akan bagi Dya bahagia sampai dia taktahu macam mana lagi nak bersyukur. Kesabaran Dya tak sehebat abang. Kadang-kadang Dya rapuh jugak. Kalau orang tanya kenapa Dya masih bersabar dengan abang, Dya akan jawab kenapa Dya tak boleh bersabar sedikit padahal selama ni abang tak pernah berhenti bersabar dengan Dya. Macam-macam Dya buat, tapi abang tak pernah marah. Abang cuma nasihat, dan abang tak pernah paksa dia berubah secara drastik. Dya tak pernah rasa sia-sia pun hidup dengan abang " air matanya mengalir perlahan.

Arief perlahan-lahan mengelap titisan jernih dari mata Widya.

" Terima kasih " .

*****

" Kau cerai jer dengan dia " .

" Danny aku sayang dia. Anak ni macam mana? " Intan mengusap perlahan perutnya.

" Kau gugurkan jer lah. Kau nak tak kahwin dengan aku ni? " dia mengusap perlahan pipi Intan.

" Nak.. Aku nak " .

" Habistu, dengarlah cakap aku Intan " .

" Danny, aku takut " .

" Tak payah takut lah Intan. Aku akan kahwin dengan kau. Kau cuma perlu gugurkan kandungan kau tu jer. Aku janji aku kahwin dengan kau " .

Danial tersenyum sinis apabila Intan sudah masuk perangkapnya. Niatnya hanya ingin mempermainkan Intan dan merosakkan hidupnya.

******

Widya melihat Arief dan Intan bersama anak mereka. Hatinya bagai disiat-siat.

Kebahagian mereka umpama panah yang menusuk hati Widya. Tidak betah lagi dia melihat kebahagian keluarga kecil itu.

" Abang, jangan tinggalkan Dya. Abang jangan. Dya sayang abang! Abang tolong jangan buat Dya macam ni " Widya meracau-racau.

Arief disebelah nya tersedar dari tidur melihat Widya.

" Dya, Dya bangun " Arief mengejutkan Widya.

Widya terjaga dari mimpi ngerinya itu. Dia melihat Arief di sebelah. Air matanya mengalir tanpa dipinta.

" Hey kenapa ni? " soal Arief terkejut.

" Dya mimpi abang tinggalkan Dya. Dya takut. Dya tak nak hilang abang " ujarnya dalam tangis.

" Aku takkan tinggalkan kau. Walaupun aku masih tak ingat siapa kau, aku rasa aku dah mula sayangkan kau " Arief menarik Widya dalam pelukannya.

Tenang. Itulah yang Widya rasakan saat di dalam dakapan Arief. Dia terlalu rindukan detik itu.

Mujur itu hanya mimpi sahaja. Dia tidak mampu bayangkan jika Arief benar-benar meninggalkannya.

*****

" Mine, suami you dah takda apa-apa. I janji kalau you kahwin dengan I, I akan jaga you. Bahagiakan you " .

" Hey Am, kita dah tamat. Cerita kita dah tamat. Dah takda makna semua ni lagi. You balik lah. You ingat bila hari-hari you datang jumpa I, I akan patah balik dekat you? You silap. I cintakan Arief. Lebih dari I pernah cintakan you. Tolonglah jangan cuba ganggu kebahagiaan I " .

" Tak. I masih anggap you kekasih I Mine. Cinta I untuk you jer Mine. Please lah faham yang I terlalu sayangkan you. I sanggup buat apa sahaja. Please Mine bagi I peluang kedua " .

" I tak pernah bahagia bila takda you. Trust me Mine " rayu Amshar lagi. Dia masih belum mengalah.

" Nak bahagia mudah jer. Cari Allah, terima takdir Allah dan ikut jer apa yang Dia rancang. Insya Allah akan bahagia " Widya terus berlalu. Tidak betah lagi untuk dia ada di situ.

Amshar meraup rambutnya kasar. Kata-kata Widya kini semakin matang. Widya bukan mudah untuk dipujuk. Hatinya terlalu keras. Tidak seperti dahulu.

*****

" Danny you dah janji kan nak kahwin dengan I? Kenapa tou buat I macam ni? " .

Danial ketawa sinis.

" Hey bitch! Tengok diri kau lah. Dah kotor. Berapa ramai lelaki yang dah tidur dengan kau? Takkan perempuan murah macam kau ni nak jadi bini aku " .

" Tapi kau suruh aku gugurkan kandungan aku. Dan aku dah gugurkan pun. Apa motif kau ni? Ha? " Intan menolak Danial.

Danial baran dengan perbuatan Intan itu lalu menampar pipinya kuat.

" Aku buat semua ni sebab dendam! Kau lupa apa kau buat? Kau hasut Haira tinggal kan aku dulu, sampai dia jadi pelacur macam kau ni! Kau ajar dia buat benda tak senonoh! " .

Intan tersedu-sedu menangis. Memori dia bersama Haira bermain kembali di fikirannya.

Intan pernah menghasut Haira untuk meninggalkan Danial dan menjadi pelayan di kelab malam. Akibat mahukan duit, Haira menuruti Intan. Sehinggalah dia menjadi seorang pelacur, kehidupannya juga hancur.

Beberapa bulan kemudian Haira ditemui meninggal akibat terlebih dos dadah.

Intan menangis mengenangkan silapnya. Dia tahu walau air mata darah dia menangis, semua ini tidak akan kembali. Anak di dalam kandungannya juga sudah tiada. Hanya Arief sahaja yang dia ada sekarang. Dia harus menemui Arief agar Arief juga tidak meninggalkan nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience