BAB 40

Romance Completed 26341

Widya memandang tajam susuk tubuh dihadapannya intu. Perasaan geram dan benci menyelubungi dirinya tika melihat lelaki itu.

" Jasmine " .

Diam.

" Jasmine " .

Masih tiada sahutan. Wajahnya di toleh ke arah lain.

" Widya Jasmine, please " rayu lelaki itu.

" Nak apa? Jangan ganggu I boleh tak? " marah Widya.

Jika tidak kerana abangnya, pasti Widya tidak mahu berjumpa lelaki itu. Shafiq merayu kepadanya agar menggantikan nya.

" Mine you dah tak sayang I lagi ke ? " tangan Widya cuba diraih.

Widya pantas mengelak.

" Jangan cuba-cuba nak sentuh aku. Kau dengan aku dah takda apa-apa Am. Kau tinggalkan aku dulu, kau hancurkan harapan aku, ada kau fikir perasaan aku ? " Widya menahan sebak di dadanya.

Tengku Amshar terkedu seketika. Perasaan bersalah menerjah hatinya.

" Bagi I satu peluang lagi, I merayu Mine " .

" Aku dah kahwin. Aku dah ada kebahagiaan aku sendiri. Jangan muncul lagi depan aku " Widya terus berlalu.

Dia tidak mahu Tengku Amshar melihatnya menangis. Dia tidak mahu kelihatan lemah di depan lelaki itu.

" Jasmine " Tengku Amshar mengeluh perlahan. Nafasnya ditarik.

" Aku takkan mengalah " dia menggenggam tangannya.

*****

Telefon bimbit Widya berdering menandakan ada panggilan masuk.

Pantas telefonnya dicapai.

" Assalamualaikum Dya " .

" Waalaikumsalam mak. Ada apa mak? " .

Widya hairan. Tiba-tiba sahaja ibu mertuanya menelefon nya.

" Dya, alang... " tersedu-sedu dia menahan tangis.

Widya sudah mulai panik. Ya Allah apa yang dah jadi dengan Arief.

" Kenapa mak? Kenapa dengan abang? " soalnya panik. Tambahan bila ibu mertuanya itu menangis.

" Alang kemalangan. Datang sekarang Dya " Aishah terus menjawab. Puan Fatimah tidak dapat meneruskan. Hatinya terlalu sebak.

" Ya Allah kak. Dya datang sekarang " jantungnya bagai terhenti seketika mendengar khabaran itu.

Panggilan terus ditamatkan. Widya terus bergegas.

*****

Perjalanan mengambil masa selama 2 jam, dalam fikiran Widya hanya memikirkan keadaan Arief.

" Mak " Widya terus meluru ke arah Puan Fatimah. Dipeluk ibu mertuanya itu.

" Mak macam mana dengan abang mak? Macam mana dia boleh kemalangan? " soal Widya berterusan.

" Kereta yang alang pandu terbabas. Masa tu dia nak pergi rumah Dya " terang Puan Fatimah.

Widya terkedu seketika. Terbabas? Pasti keadaan Arief teruk.

Air matanya jatuh tanpa dipinta. Hampir sahaja dia pengsan. Aishah segera menahan Widya. Bahu Widya dipaut lalu membawanya duduk di kerusi.

" Dya rehat dulu ya sayang. Kita sama-sama doakan Arief " pujuk Aishah. Bahu Widya diusap perlahan.

Ayu memandang tajam ke arah Widya. Meluat melihat gadis itu.

Intan dan ibunya muncul. Intan yang baru sahaja keluar dari hospital terkejut mendengar khabaran buruk itu.

" Mana Arief? Mana dia? " dia meracau-racau.

Ayu menariknya.

" Intan, Alang kat dalam. Doktor tengah rawat dia. Sabar ya " pujuk nya. Sesekali dia menjeling tajam ke arah Widya.

" Abang... " Intan terus menangis.

" Ini semua sebab perempuan tak guna ni, kalau tak sebab alang nak pergi rumah kau, dia takkan kemalangan " marah Ayu.

Widya hanya berdiam diri. Tiada masa dia ingin membalas.

" Angah. Bukan salah Dya. Ni semua takdir Allah " Puan Fatimah mengeluh perlahan.

Intan terus menyerang Widya. Bahu Widya ditarik kasar.

Widya tersentak. Dia mengaduh perlahan. Bahunya sakit ditarik kasar.

" Kau! Tak guna " Intan cuba menampar Widya namun pantas ditahan Puan Fatimah.

" Sudah! Arief kat dalam tu tengah bertarung nyawa, korang pulak nak bergaduh kat sini! " .

Seorang doktor keluar dari bilik yang dirawat Arief.

Semua pantas menuju ke arah doktor itu.

" Keluarga Arief? " soal doktor yang bernama Amir itu.

Puan Fatimah mengangguk

" Jangan risau, Arief selamat. Cuma berkemungkinan dia akan hilang ingatan. Hentakan kuat di kepalanya semasa kejadian. Kakinya juga kedua-dua patah. Tapi jangan risau, dalam beberapa bulan lagi dia akan sembuh dan boleh berjalan seperti biasa, cuma perlu lakukan terapi " terang doktor Amir.

Widya Agak kecewa mendengarnya. Dia risau jika Arief tidak mengenalinya. Dia tidak mahu begitu.

Setelah itu, doktor Amir meminta diri.

" Kau dengar tu, tak pasal-pasal Arief dah cacat " marah Ayu.

" Angah, kan doktor cakap untuk sementara jer. Bila kaki dia dah sembuh, dia akan dapat berjalan balik " marah Aishah.

Widya terus masuk ke dalam bilik Arief. Pantas dikunci pintu bilik itu. Dia tidak mahu sesiapa menganggunya dengan Arief. Lagipun itu adalah cadangan ibu mertuanya. Puan Fatimah yakin Intan tidak akan membenarkan Widya melawat Arief.

Intan yang melihat terus mengetuk pintu itu sekuat hati.

" Hoii betina! Bukak lah. Aku nak tengok laki aku " .

Dua orang nurse menghalau Intan kerana membuat bising. Akhirnya Intan akur. Dia terus berlalu. Yang lain juga mengikuti jejaknya.

Puan Fatimah mahu memberi masa pada Widya. Dia tahu pasti Widya sedih melihat keadaan Arief.

*****

Widya sebak melihat Arief. Kepalanya berbalut. Dan mukanya terdapat banyak lebam.

" Abang " tangan Arief diraih lalu dikucup seketika.

" Dya minta maaf abang, dia dah banyak buat abang terluka. Abang bangunlah, Dya rindu abang " wajah Arief yang masih lelap ditatap.

Dalam hatinya tidak berhenti berdoa agar Arief segera sedar. Akibat keletihan, Widya terus terlena di sisi Arief. Tangannya masih mengenggam tangan Arief.

Arief perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Dilihat gadis yang sedang lena di sebelahnya. Wajah itu tidak dikenali. Ah namanya sendiri dia tidak ingat. Arief memegang kepalanya yang sakit.

" Arghh " dia mengerang perlahan. Tetapi cukup menyedarkan Widya dari lenanya.

" Abang dah bangun, Alhamdulillah " ucapnya syukur.

" Siapa awak? " Widya terpempan mendengar soalan Arief.

Jadi benarlah apa yang dikatakan doktor Amir, Arief hilang ingatannya.

Widya kelu. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience