BAB 19

Romance Completed 26341

" Intan.. "

" Ya mak. Intan lah ni " Intan memeluk Puan Fadzilah.

" Mana pergi tudung kau ? " soal Puan Fadzilah.

Intan yang dahulu seorang gadis kampung yang hanya memakai baju kurung dan tudung sentiasa di kepalanya kini tiada lagi yang ada ialah Intan yang rambutnya sudah diwarnakan blonde dan memakai skirt pendek paras peha.

" Mak, Intan bosan lah. Kat sana tu Intan sorang jer pakai tudung, pakai baju kurung kolot tau tak tak " .

" Astagfirullah Intan ! Kamu ingat Allah tak ? Sah ke solat kamu kalau rambut tu dah karat macam ni " .

" Ishh mak ni bising lah. Intan tahu lah apa yang Intan buat. Intan balik sini bukan nak dengar mak membebel lah " .

" Dah. Mari masuk " ajak Puan Fadzilah.

Intan hanya menurut ibunya.

" Kenapa tiba-tiba jer balik ? " .

" Mak tak suka ke Intan balik ? Bila Intan tak balik, mak sibuk call pujuk ajak balik " .

" Bukan tak suka. Tapi tiba-tiba jer " .

" Intan nak rebut balik hak Intan yang orang rampas " .

" Hak apa ? Kau merepek apa ni Intan ? " .

" Abang Arief. Dia hak Intan " .

" Eh kau dah gila ke haa ? Dia dah kahwin. Kau nak jadi perosak rumah tangga orang ? Kau lupa 2 tahu lepas dia pernah tolak nak kahwin dengan kau ? " hati Puan Fadzilah mula terbakar mendengar kata-kata Intan.

" Mak, abang Arief boleh kahwin 4 kan. Ada 3 lagi kosong. Setakat bini dia tu, Intan boleh tumpaskan lah. Intan dah lain sekarang. Intan yakin abang Arief akan datang merayu nak kat Intan balik " .

" Apa kau cakap ni Intan ? Kau tahu bini dia siapa ? Bini dia tu model terkenal dekat Malaysia ni. Anak Tan Sri. Kau apa yang ada ? " .

" Anak Tan Sri ? " Intan kaget. Sangkanya isteri Arief hanyalah perempuan kampung biasa.

" Iyaa. 3 kali ganda lagi cantik dari kau " .

" Mak ! Mak nak cakap Intan ni tak cantik lah ? Intan janji yang Intan akan dapatkan abang Arief. Mak tengok jer lah nanti. Perempuan tu akan kalah " Intan tiba-tiba ketawa.

" Hishh malas lah mak layan kau. Ni, kau tu sekarang dalam kampung. Jangan nak mengada-ngada malukan mak, jangan pakai skirt pendek tu lagi " Puan Fadzilah terus berlalu ke dapur.

" Anak Tan Sri ? Hahahahaha kita tengok nanti siapa menang siapa kalah " Intan ketawa sendirian.

" Pakcik saya kalau boleh nak buat kerja-kerja kampung jer " ujar Arief kepada Encik Samad.

Encik Samad ialah seorang usahawan yang berjaya di kampung Melor. Dia mempunyai 5 buah kandang lembu dan 5 buah kandang kambing.

" Arief, pakcik tengok kamu ni muda lagi. Sayang lah kalau kamu kerja kampung jer. Apa kata kalau kamu menternak lembu atau kambing " .

" Tapi pakcik, saya takda pengalaman " .

" Arief, pakcik pun dulu macam kamu jugak. Pakcik mula dengan ternak kambing jer. Makin lama makin bertambah. Pelanggan pun ramai. Tapi tu lah modal tu kena banyak sikit. Kalau kamu takda duit nak buat modal, kamu boleh pinjam dengan pakcik " .

" Eh takpa pakcik. Insya Allah duit yang saya ada tu cukup rasanya. Pakcik ajar saya ya. Maklumlah saya ni langsung takda pengalaman " .

" Takpa, pakcik faham. Boleh jer. Macam ni, esok pakcik bawak kamu jumpa dengan pengedar kambing. Kamu boleh beli dengan dia " .

" Baiklah pakcik " .

" Zaman sekarang ni jarang anak muda baya kamu ni nak menternak kambing atau lembu, semuanya nak kaya. Semua cari kerja kat bandar. Padahal banyak kerja yang boleh buat kat kampung ni " .

Arief tersenyum kecil.

" Tu lah pakcik. Saya pun macam tu jugak dulu. Tapi bila dah kahwin ni, saya buat keputusan nak duduk jer kat kampung ni " .

" Bagus keputusan kamu ni. Kos hidup kat bandar tu bukannya murah. Lagi-lagi bilangan keluarga yang ramai. Susah nak hidup " .

" Betul tu pakcik, sebab tu saya bawak isteri saya tinggal dekat kampung ni jer " .

" Tapi isteri kamu tak silap pakcik anak Tan Sri kan ? Dengar cerita ada syarikat terbesar dekat KL tu " .

" Ha'ah betul lah tu " .

" Kenapa kamu tak kerja dekat syarikat tu jer ? " .

" Saya tak minat lah pakcik. Saya kalau boleh nak cari kerja yang saya minat jer " .

" Ha'ah betul jugak kan " .

" Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu ea pakcik, esok saya datang lagi " .

" Haa iyalah " .

" Terima kasih. Assalamualaikum " Arief terus masuk ke dalam kereta.

" Waalaikumsalam. Arief, Arief kalau lah pakcik ni ada anak perempuan dah lama pakcik buat kamu jadi menantu " Encik Samad menghantar Arief dengan pandangannya.

" Mana Arief pergi ea ? " Widya meninjau-ninjau sekeliling.

" Dya " sapa Puan Fatimah.

" Eh mak, Dya tak perasan pulak mak ada kat sini " Widya meluru ke arah Puan Fatimah di pangkin.

" Dya cari Arief ke ? " .

" Ha'ah mak. Tadi dia takda pulak cakap apa-apa dengan Dya. Kereta takda pulak " .

" Dia ada pesan dengan mak suruh bagitahu dengan Dya. Tadi Dya tidur katanya " .

" Oh. Ha'ah Dya terlelap tadi " .

" Arief pergi jumpa pakcik Samad. Katanya urusan kerja " .

" Oh. Iyalah mak " .

" Dya seronok tak tinggal dekat sini ? " soal Puan Fatimah tiba-tiba.

" Kenapa mak tanya ? Mestilah Dya seronok. Dya tak penah rasa suasana kampung tau " walhal dalam hati ingin sahaja dia pulang ke KL.

" Baguslah kalau macam tu. Mak takut Dya tak selesa jer " .

" Takda lah mak. Dya ok jer. Mak jangan risau ea " Widya memegang tangan Puan Fatimah.

" Assalammualaikum " sapa seorang perempuan.

Widya dan Puan Fatimah segera memandang ke arah gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience