BAB 32

Romance Completed 26341

Positif. Itu lah keputusan ujian kehamilan Widya. Namun hatinya disapa rasa sayu. Dia merasakan terlalu muda untuknya menjadi seorang ibu dan masih lagi belum bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Namun dia juga rasa bahagia, dia yakin Arief adalah orang yang paling gembira.

Widya tersenyum sendirian. Tidak sabar dia mahu melihat reaksi Arief apabila mengetahui dirinya bakal menjadi seorang ayah.

Telefon pintarnya berdering. Tertera nama ' Arief ' di skrin. Dengan pantas Widya menjawab panggilan.

" Hello abang " .

" Hello sayang. Buat apa tu ? Dah sihat ke belum ? Sakit lagi tak ? " .

" Dya tak buat apa pun. Dya dah ok dah, tak sakit lagi. Abang balik bila ? " .

" Lega abang dengar kalau macam tu. Abang telefon ni nak beritahu abang balik lewat malam ni. Banyak urusan abang kena uruskan. Dya tak payah tunggu abang " .

Hati Widya sedikit kecewa. Dia sudah tidak sabar ingin memberitahu berita gembira itu pada Arief.

" Takpalah kalau macam tu. Dya sebenarnya ada suprise untuk abang. Nanti abang balik Dya beritahu ya. Assalamualaikum " Widya terus menamatkan panggilan.

" Dya.. Dya " Arief melihat ke skrin telefonnya. Dia mengeluh perlahan.

Widya meletakkan alat ujian kehamilannya di dalam laci. Dia tersenyum sendirian. Perutnya yang masih kempis diusap perlahan.

" Baby, jadi anak yang baik tau untuk mama dengan papa. Jangan nakal-nakal ya " Widya bercakap sendirian sambil mengusap perutnya.

Dilihat jam tepat pukul 12.00 malam. Niatnya untuk menunggu Arief tetapi matanya tidak dapat tahan lagi. Widya terus terlelap.

********************************************************

Arief membuka pintu rumah perlahan-lahan. Mujur sahaja dia membawa kunci pendua.

Dia menekan suis lampu di ruang tamu. Ruang tamu yang gelap kembali terang.

Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa. Rambutnya diraup ke belakang.

Intan melihat ruang tamu terang benderang, dia segera keluar dari bilik.

Hatinya berbunga riang melihat Arief. Langkahnya laju di atur.

" Abang, lewat balik " sapanya. Dilabuhkan punggung di sofa berhadapan Arief.

" Intan, tak tidur lagi ? Dah pukul 2.30 pagi dah ni " .

" Intan tak mengantuk lagi. Abang nak air ? Intan boleh buatkan " .

" Boleh jugak. Tekak abang ni pun dah kering " .

" Sekejap ya " Intan terus berlalu ke dapur.

********************************************************

Intan tersenyum puas. Bagai orang mengantuk disorongkan batal.

Dia mengeluarkan satu botol kecil dari poket seluarnya. Diletakkan cecair dari botol itu ke dalam air kopi yang dibancuh.

Segera Intan mengacau air kopi yang pekat itu.

" Minum bang " Intan menghulurkan secawan kopi kepada Arief.

Arief menyambut hulurannya.

" Terima kasih Intan. Maaflah kalau menyusahkan Intan " Arief menghirup sedikit kopi yang masih panas itu.

" Sama-sama. Kenapa abang balik lewat malam ni ? " soal Intan.

" Ada hal sikit tadi abang kena uruskan " .

" Oh. Abang, Intan nak tanya sikit ni. Abang bahagia ke dengan Widya tu ? " .

" Mestilah bahagia. Abang terima semua kekurangan dia, abang sayang dia sangat-sangat. Dia perempuan pertama yang ada dekat hati abang " .

" Untung Dya tu kan. Intan yang tunggu abang bertahun ni pun tak dapat abang " .

" Intan, banyak lagi lelaki kat luar sana tu. Lagi baik dari abang, lagi hensem pun banyak tau. Intan pilih jer. Tapi tu lah kan abang terkejut tengok perubahan Intan. Sampai macam ni sekali kan. Abang dah tak kenal lagi Intan yang dulu " .

Intan terdiam seketika.

" Er..er abang habiskan lah air tu. Lepas tu boleh terus masuk tidur. Lagipun dah lewat ni " Intan cuba menukar topik.

Arief terus meneguk air kopi yang sudah sedikit sejuk. Hanya dengan dua tiga kali teguk habis sudah air kopi di dalam cawannya.

Intan tersenyum puas. Kali ini dia pasti akan menang dan Arief akan menjadi hak miliknya.

Arief memegang kepalanya yang tiba-tiba terasa pening.

" Abang, abang ok tak ni ? " .

" Abang...sakit kepala. Abang nak masuk bilik dulu " Arief perlahan-lahan bangun dari duduknya.

" Mari sini Intan tolong " lengan Arief pantas dipaut.

Arief hanya menurut.

Intan terus membawa Arief masuk ke dalam biliknya. Arief sudah tidak sedarkan diri akibat penangan ubat tidur di dalam air kopinya.

Intan tersenyum puas melihat Arief yang sudah terbaring di atas katilnya.

" Kali ni aku menang Widya. Aku menang ! " Intan ketawa terbahak-bahak.

Intan membuka t-shirt yang dipakai oleh Arief. Baju tidur yang dipakai oleh Intan sengaja di koyakkan. Rambutnya pula dikusutkan.

" Arghhh ! Mak tolong ! " jerit Intan kuat. Dengan pantas dia terus duduk di atas katil bersebelahan Arief.

Semua orang dalam rumah terjaga dari lena apabila mendengar jeritan Intan.

Mereka semua terus meluru ke bilik Intan.

" Astaghfirullah ! Intan apa semua ni ? " mengucap panjang Puan Fadzilah melihat anak tunggalnya itu.

" Mak, abang Arief tiba-tiba masuk dalam bilik Intan. Dia..dia rogol Intan " Intan berpura-pura menangis.

Jantung Puan Fatimah bagaikan terhenti melihat Arief dalam keadaan begitu.

Dia terus meluru mendapatkan Arief yang masih lagi lena.

" Bangun ! Bangun alang ! Apa yang kau dah buat ? Kau lupa ke dosa pahala ? Bangun ! " Puan Fatimah menggoncang kan badan Arief.

Arief tersedar. Kepalanya bertambah pening. Arief terpinga-pinga melihat semua ahli keluarganya ada.

" Apa kau dah buat alang ? Kau buat apa ni ? " air mata Puan Fatimah mengalir laju. Kecewa, itu lah yang dirasakan.

Arief masih lagi bingung.

Aina dan Afiq yakin abangnya tidak bersalah. Dia kenal abangnya.

Widya tersedar dari lenanya apabila mendengar bunyi riuh-rendah.

Langkahnya diatur perlahan ke bilik Intan.

Dunianya seakan berputar melihat keadaan Arief dan Intan. Widya kaku di hadapan pintu bilik Intan.

Semua mata memandang ke arah Widya.

" Dya, abang Arief rogol aku Dya.. Dia rogol aku Dya " Intan sengaja ingin menyakitkan lagi hati Widya.

" Dya, kita bincang dulu ya " Puan Fatimah menghampiri menantunya itu.

Widya memandang sepi ke arah Puan Fatimah. Air matanya perlahan-lahan menitis.

Widya menggelengkan kepalanya.

" Tak perlu bincang apa-apa lagi mak. Dya.. Dya dah nampak semuanya " Widya terus kembali ke biliknya.

" Dya..Dya " Arief seperti baru tersedar. Dia segera mengejar Widya.

Intan tidak sempat menahan Arief.

Widya pantas membuka almari pakaian. Dikeluarkan semua pakaianya. Bagasi dicapai, tangannya pantas memasukkan semua baju-bajunya ke dalam bagasi.

" Dya..Dya nak pergi mana ni ? Dya nak tinggalkan abang ke? Dya, kenapa ? " bertubi-tubi soalan diajukan oleh Arief. Tangan Widya dipegang.

Widya pantas menepis. Soalan Arief dibiar sepi.

" Dya..Dya nak pergi mana sayang ? Dya jangan tinggalkan abang " rayu Arief lagi.

Widya mencapai tudungnya lantas dipakai segera. Bagasi nya dibawa keluar dari bilik.

Iphone 6s nya pantas ditekan. Nombor telefon teksi pantas didail.

" Dya " perlahan Puan Fatimah memanggil menantunya itu.

Widya berpaling ke arah Puan Fatimah. Matanya berkaca.

Selangkah demi selangkah kakinya diatur ke hadapan Puan Fatimah. Terus dipeluk erat tubuh tua itu. Kasih sayang yang diberi Puan Fatimah padanya sama seperti Puan Sri Nora.

Tangisannya dilepaskan di bahu ibu mertuanya itu.

" Dya jangan pergi..mak sayang Dya " .

Widya melepaskan pelukan.

" Mak bagi Dya masa tenangkan diri. Dya perlukan masa untuk hadap semua ni. Dya balik KL dulu " .

" Dah lewat Dya. Lagi sejam dah nak masuk subuh " .

" Takpa mak. Dya pergi dulu ya. Dya sayang mak. Terima kasih atas semua layanan mak dekat Dya " Widya terus berlalu sambil menarik bagasi nya.

Teksi sudah pun sampai di hadapan rumah. Widya pantas masuk ke dalam teksi. Pemandu teksi itu memasukkan bagasinya ke dalam bonet kereta.

Arief hanya memandang teksi yang dinaiki Widya berlalu. Dia tidak mampu buat apa-apa. Arief terus terduduk. Rambutnya diraup kasar. Air matanya perlahan-lahan menitis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience