BAB 10

Romance Completed 26341

Tepat jam 11.30 malam, mereka semua masuk ke dalam bilik masing-masing. Keluarga Arief bermalam di rumah Widya.

Selesai mandi, Widya duduk di kerusi meja mekapnya. Dia menyikat rambutnya dan menyapukan losyen di tangannya.
Itulah rutinnya setiap malam. Tidak hairanlah tangannya licin dan lembut.

Arief serba salah. Dia tidak tahu apa yang dia harus lakukan. Dia masih lagi di hadapan pintu bilik Widya. Arief tidak berani masuk.

" Arief, buat apa kat depan pintu bilik tu ? Kenapa tak masuk ? " soal Shafiq tiba-tiba. Hairan dia melihat adik iparnya itu. Biliknya berhadapan dengan bilik Widya. Shafiq keluar dari bilik kerana ingin minum air. Tekaknya tiba-tiba terasa haus.

" Err..er nak masuk lah ni " balas Arief teragak-agak.

" Haa masuklah. Dya dah jadi isteri kau, tak payah takut lah " Shafiq ketawa kecil.

Arief mengangguk perlahan.

" Abang tak tidur lagi ke ? " soal Arief.

" Dah nak tidur tadi. Tiba-tiba tekak rasa haus. Tu yang nak turun minum air " jelas Shafiq.

" Oh. Ok " .

" Masuklah. Apa yang kau takut sangat ? " soal Shafiq lagi.

Arief masih tercegat di hadapan pintu bilik Widya.

" Iyalah bang. Saya masuk dulu ya " .

Arief terpaksa memulas tombol pintu dan terus masuk kerana Shafiq tidak berganjak turun ke bawah lagi.

" Haishh. Macam-macam perangai budak-budak ni " Shafiq menggelengkan kepalanya lalu turun ke bawah.

Widya kaget melihat Arief tiba-tiba muncul.

" Hai " sapa Arief sambil tersenyum menayangkan barisan giginya.

Seperti biasa, Widya hanya membalas dengan jelingan tajam. Widya terus baring di atas katil.

Arief kaku. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.

" Nak jadi patung cendana ke ? " soal Widya.

Arief menggaru kepalanya yang tidak gatal.

' Adoii apa aku nak buat ni. Hishh kau dah kenapa Arief ' Arief bermonolog sendiri di dalam hati.

" Memang nak berdiri kat situ sampai pagi esok ke ? " soal Widya lagi.

" Err..er tak lah. Nak tidur lah ni " jawab Arief.

" Haa tidur jer lah. Dah tu tunggu apa lagi ? " .

" Kita tidur sekali atas katil tu ke ? " soal Arief.

" Ehh. Jangan harap ea. Awak lupa ke ? Sekejap ea " Widya bingkas bangun dari pembaringannya lalu membuka laci almari kecil di sebelah katilnya. Widya mengambil sehelai kertas dan sebatang pen.

Jari Widya pantas menulis sesuatu di atas kertas. Arief hanya memandangnya hairan.

" Nah " Widya menghulurkan kertas tadi kepada Arief.

Arief segera menyambut hulurannya. Dia terkejut melihat nota yang ditulis.

Syarat-syarat perkahwinan Widya dan Arief
1. Tak tidur sekatil. Tidur lah mana-mana asalkan bukan sebelah saya.
2. Pura-pura bahagia depan parents kita.
3. Jangan sibuk urusan saya. Saya pun takkan sibuk ambil tahu urusan awak.
4. Jangan beritahu sesiapa saya upah awak kahwin dengan saya.
5. Jangan kongkong and halang apa yang saya nak buat.
6. Jangan sentuh saya. Sebab saya pun takkan sentuh awak.
7. Jangan masuk campur hal peribadi saya.
8. Jangan sentuh apa-apa barang saya dalam bilik ni.

Yang Ikhlas
Widya Jasmine.

Sign kalau setuju, kalau tak setuju pun kena sign juga and awak mesti kena setuju.

" Apa ni ? " soal Arief.

" Awak tak reti membaca ke ? Saya bukannya tulis bahasa inggeris. Saya siap tulis bahasa melayu tau " bebel Widya.

" Tapi awak tak boleh buat macam ni " .

" Ya, saya boleh dan saya dah buat pun. Dah saya nak tidur. Awak tidurlah mana-mana asalkan bukan atas katil " Widya terus baring dan melelapkan matanya.

Arief pusing ke kiri dan ke kanan namun matanya masih belum lelap. Dia tidak selesa tidur di atas sofa. Mujur sahaja bilik Widya ada sofa. Jika tidak, Arief perlu tidur di atas lantai sahaja.

Arief menjeling sekilas ke arah Widya yang sudah lena diulit mimpi. Perlahan-lahan Arief bingkas bangun pergi ke katil. Dia memerhatikan seketika wajah Widya. Cantik, sempurna. Arief beruntung kerana memiliki Widya, namun bukan hati Widya.

Arief menyelak perlahan rambut Widya yang menutupi separuh wajahnya. Widya masih lena. Arief mencium dahi Widya perlahan-lahan, bimbang Widya tersedar. Itu lah ciuman keduanya selepas ciuman pertamanya semasa proses pembatalan air sembahyang. Tubuh Widya sedikit bergerak. Arief bingkas pergi ke sofa semula.

Dia termenung sendirian. Kata-kata Zaqif semalam masih diingati.

" Rief, kau sayang Widya tak ? " soal Zaqif tiba-tiba.

" Sayang kot. Lepas nikah lah. Bak kata orang siapa tak sayang bini oii " Arief sempat melawak.

Zaqif ketawa besar.

" Kau taknak ubah dia ? Aku percaya kau boleh bimbing dia ke jalan yang lurus " .

" Maksud kau ? Aku nak buat apa ? Widya tu keras kepala. Kau pun tahu kan dia tu macam mana " .

" Kau ajak dia tinggal dekat kampung " Zaqif memberi idea.

" Kau gila Qif. Kau ingat dia nak ke. Memang tak lah " .

" Adoii kau ni Rief, kau ugut lah dia " .

" Ugut ? " .

" Haishh loading betul kau ni. Kan dia upah kau kahwin dengan dia sebab dia nak elak kahwin dengan orang tua tu kan. Kau ugut lah kalau dia taknak dengar cakap kau, kau bagi tahu parents dia yang Widya cuma upah kau " .

" Wow. Idea best tu. Insya Allah nanti aku try " .

Arief tersedar dari lamunannya. Idea mula muncul di mindanya. Arief tersenyum kecil.

Pagi itu Arief terlewat bangun gara-gara tidak boleh tidur malam tadi. Entah pukul berapa matanya mula terlelap.

Selepas sarapan, keluarga Arief mula meminta diri untuk pulang ke Melaka kembali.

" Terima kasih ya puan sri sebab sudi tumpangkan kami " ucap Puan Fatimah sambil bersalam dengan Puan Sri Nora.

" Janganlah panggil puan sri. Akak panggil saya Nora jer. Tak ada apa lah kak, kita ni bukannya orang lain. Dah jadi besan dah pun " balas Puan Sri Nora lalu mengusap perlahan bahu Puan Fatimah.

" Betul tu kak. Lain kali jemputlah datang sini lagi ya " sampuk Tan Sri Hashim.

" Terima kasih ya pakcik makcik atas layanan baik kat kami " ucap Aishah pula.

Puan Sri Nora membalas dengan senyuman. Dia berasa selesa dengan keluarga menantunya itu. Begitu juga dengan Tan Sri Hashim.

" Alang, jaga diri. Duduk rumah orang perangai elok sikit " pesan Puan Fatimah.

Arief hanya mengangguk.

Widya bersalaman dengan kakak dan adik iparnya. Namun saat dia ingin mencium tangan Ayu, dengan pantas Ayu menariknya.

Arief perasan riak wajah Widya berubah.

Mereka semua menghantar keluarga Arief sehingga di pintu.

" Kenapa dengan angah awak ? " soal Widya sebaik mereka masuk ke dalam bilik. Hatinya panas mengenangkan sikap kakak ipar nya itu.

" Angah memang macam tu. Dia tak macam along, achik dengan adik " .

" Macamlah saya nak sangat cium tangan dia tu. Berlagak betul " bebel Widya lagi.

" Saya minta maaf kalau awak terasa dengan cara dia. Saya harap awak tak kecil hati " .

" Huh. Apa-apa jer lah " Widya mengeluh perlahan.

Arief sedar kakaknya itu tidak menyukai Widya kerana kakaknya ingin menjodohkan Arief dengan Intan. Intan ialah sepupu mereka. Sejak dari dulu lagi Intan menyimpan perasaan terhadap Arief. Namun Arief hanya menganggapnya sebagai seorang adik sahaja. Tidak lebih dari itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience