BAB 15

Romance Completed 26341

Widya terus berlari mendapatkan Arief.

" Ke..kenapa ni ? " soal Widya. Wajahnya mula pucat.

" Sakit Dya. Tolong saya. Saya rasa macam dah tak lama lagi ni " Arief sengaja menyakat Widya. Dia berpura-pura pengsan.

" Arief bangun lah ! Jangan lah tinggalkan saya ! Cepatlah bangun Arief ! " Widya menggoncang kan badan Arief. Air matanya sudah pun menitis.

" Arief..bangunlah " Widya meratap di sebelah Arief.

' Wuishh dia ni. Sayang jugak dekat aku kan. Sampai menangis teruk ' Arief membuka matanya sedikit untuk melihat Widya.

" Arief..saya tahu saya selalu sakitkan hati awak. Buat awak marah semua. Bangun lah Arief. Janganlah tinggalkan saya " Widya sudah persis seperti anak kecil.

Arief kasihan melihat Widya. Dia segera bangun.

" Haa " Arief tersenyum sambil menunjukkan giginya.

Wajah Widya sudah berubah. Dia geram melihat Arief yang mempermainkan nya.

" Awak ingat lawak ke ? " marah Widya. Dia mengesat kasar air matanya.

" Dya, saya takda niat pun nak buat awak marah. Saya minta maaf " Arief menarik tangan Widya.

Dia rasa bersalah apabila melihat Widya menangis. Niatnya hanya ingin bergurau.

Widya hanya memandangnya dengan pandangan tajam.

Arief menarik lintah yang sudah kembung perutnya dari betis nya. Lintah itu sudah kembung kerana menghisap darah Arief.

" Apa tu ? " soal Widya. Dia mula rasa kasihan melihat darah di betis Arief.

Arief ketawa kecil.

" Ini nama dia lintah. Dia hisap darah kotor kita. Kat bendang ni memang banyak lintah. Sebab tu kena hati-hati " terang Arief.

Widya mula takut. Dia segera memeriksa kakinya.

" Tak sakit ke ? " soal Widya lagi.

" Sakit sikit jer. Masa nak tarik lintah ni dari tempat yang dia hisap darah tu, sebab gigi dia dah melekat " .

" Jom balik. Saya takutlah " Widya bingkas bangun dan menarik tangan Arief.

Arief tersenyum melihat Widya. Dia hanya menurut. Bimbang Widya akan merajuk lagi.

Mereka berdua terus berjalan pulang ke rumah.

" Eh Arief, Dya pergi mana tadi ? " soal Puan Fatimah yang kebetulan baru sahaja pulang dari rumah ketua kampung.

" Bawak Dya pergi bendang " balas Arief.

Widya hanya tersenyum kecil.

" Mak dari mana dengan along ni ? " soal Arief.

" Mak dari rumah tok ketua. Anak dia, Salehah nak kahwin esok " terang Puan Fatimah.

" Oh. Iyalah " .

Mereka berempat berjalan bersama pulang ke rumah.

Tepat jam 5.30 petang, Arief mengajak Widya untuk pergi ke rumah saudara-maranya.

" Dya dah siap ? " soal Arief.

" Dah " jawab Widya pendek.

Widya mengenakan tshirt lengan panjang berwarna ungu dan dipadankan dengan seluar jeans. Rambutnya disanggul.

Arief membawa Widya ke rumah mak longnya.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam " jawab seorang wanita berusia 50-an. Dia meluru keluar dari rumahnya.

" Alang, marilah masuk " wanita itu segera mengajak mereka masuk.

Arief dan Widya terus masuk ke dalam rumah mak longnya itu.

" Mak long sihat ? " soal Arief lalu bersalam dengan wanita itu.

" Alhamdulillah sihat. Isteri kamu ke ni ? " Puan Fadzilah memerhati Widya dari atas hingga bawah.

Widya mula berasa tidak selesa apabila diperhatikan begitu.

" Ha'ah mak long. Sebab tu alang datang sini. Nak kenalkan mak long dengan Widya " .

" Oh Widya " Puan Fadzilah masih lagi memandang Widya.

Widya pantas menghulurkan tangannya untuk bersalam. Tetapi huluran tangannya tidak disambut. Arief perasan akan riak wajah Widya yang mula berubah.

" Alang, jom minum petang " Puan Fadzilah menarik tangan anak buahnya itu ke dapur.

Widya terkulat-kulat ditinggalkan sendirian.

" Hishh. Apa masalah orang tua tu ? Kalau kau bukan orang tua, memang tak lah aku nak hormat kau " Widya merengus kasar. Dia segera keluar dari rumah itu. Tidak betah lagi kakinya ingin memijak lantai rumah itu.

Widya terus berjalan. Dia sendiri tidak tahu kemana kakinya ingin melangkah.

" Alang kenapa pilih Wida tu jadi isteri ? " soal Puan Fadzilah.

Puan Fadzilah ialah kakak kepada Puan Fatimah dan juga ibu kepada Intan.

" Bukan Wida lah mak long, Widya nama dia " Arief ketawa kecil.

" Apa-apa jer lah. Sejak bila pulak alang minat dekat perempuan seksi-seksi ni ? " .

" Allah pilih dia untuk alang. Insya Allah alang akan didik dia. Mak long, alang tahu mak long tak suka dia. Tapi alang mintak sangat jaga perasaan dia. Kecil pulak hati dia nanti " .

Puan Fadzilah mencebikkan bibirnya.

Arief baru tersedar tentang Widya. Dia bingkas pergi ke ruang tamu untuk mencari Widya.

Namun hampa. Widya sudah tiada. Arief terus meluru ke luar rumah pula. Dia mencari di sekitar halaman rumah mak longnya itu, Widya tetap tiada.

Puan Fadzilah juga keluar.

" Mana bini alang ? " soalnya.

" Alang pun tak tahu. Merajuk agaknya. Mak long, alang mintak maaf. Alang balik dulu, alang risau apa-apa jadi kat dia " Arief terus bersalam sekali lagi dengan wanita itu.

" Alang, kan tak makan tak minum lagi. Sekejap lagi cari lah. Tak kemana pun bini kamu tu " .

" Takpa mak long. Alang balik dulu " Arief terus menghidupkan enjin keretanya.

Puan Fadzilah hanya memerhati kereta Arief meluncur keluar dari halaman rumahnya.

" Mengada - mengada betul perempuan tu. Hishh " Puan Fadzilah terus masuk kembali ke dalam rumah.

Widya memerhati kawasan sekelilingnya. Sunyi. Tiada seorang pun manusia di situ. Jantungnya berdegup laju.

" Aku kat mana ni ? Takkan sesat kot. Dah lah handphone tak bawak. Ya Allah, apa aku nak buat ni ? " Widya begitu takut.

Widya tersentak apabila mendengar bunyi guruh yang sangat kuat. Langit sudah bertukar gelap. Bila-bila masa sahaja hujan akan turun.

Widya memeluk tubuh. Dia cuba mencari jalan pulang.

Arief masih meneruskan pemanduannya. Dia memerhati sekeliling kampung. Widya masih belum ditemui. Hatinya semakin risau. Widya baru sahaja datang ke kampungnya, mustahil gadis itu tahu jalan di kampung itu.

Dia cuba mendail nombor Widya. Namun hampa apabila melihat telefon bimbit Widya ada di atas seat penumpang.

" Dya, mana awak ni ? Ya Allah kau lindungilah isteri ku " Arief semakin khuatir apabila melihat langit bertukar gelap.

Arief terus memandu pulang ke rumahnya. Dia menyangka Widya sudah pulang ke rumah. Kerana sudah satu kampung dia mencari Widya.

Arief terus berlari masuk ke dalam rumahnya untuk mencari Widya.

" Eh alang, dah balik. Kak lang mana ? " soal Aina.

" Kak lang tak balik lagi ? " soal Arief semula.

" Lah, kan alang yang bawak dia. Takkan alang tak tahu pulak. Korang gaduh ke ? " .

" Tak. Tadi kat rumah mak long tiba-tiba jer kak lang hilang " .

" Haa ? Hilang ? " .

Hujan semakin lebat membasahi bumi. Petir juga bedentam - dentum.

Arief semakin panik. Jam juga sudah menunjukkan pukul 7 malam.

" Assalamualaikum " Widya terus masuk ke dalam rumah. Badannya sudah basah kuyup. Lengan nya sedikit terluka.

" Waalaikumsalam. Haa kak lang. Kenapa ni ? " Aina berluru mendapatkan Widya.

Widya masih lagi tercegat di muka pintu. Dia memandang Arief tajam. Lelaki ini benar - benar melampau.

Arief terus mendapatkan Widya.

" Dya awak pergi mana ? Kenapa luka ni ? " Arief memegang bahu Widya. Namun segera ditepis oleh Widya.

Widya segera berlalu ke bilik meninggalkan Aina dan Arief. Soalan Aina dan Arief dibiar sepi. Sakitnya luka di lengannya itu tidak sesakit hatinya. Teganya Arief membuatnya seperti itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience