BAB 1

Romance Completed 26341

Widya sudah terlewat ke tempat kerja. Hari ini dia ada photoshootuntuk majalah Wanita. Ini semua gara - gara dia tidur lewat malam tadi.

Bukkkkk. Widya telah melanggar seseorang.

" Hey orang buta. Lain kali jalan pakai mata , bukan pakai lutut ! " bentak Widya kepada pemuda di hadapannya itu.

" Eh eh kita pulak yang di salahnya. Dia yang jalan macam cik Enon balik pasar. Lagi satu , orang jalan pakai kaki lah bukan pakai mata. Ish ish , muka lawa tapi sayang tak cerdik " balas lelaki itu.

Hati Widya panas mendengarkan kata - kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

" Arghhh. Menyusahkan orang jer " Widya berlalu meninggalkan lelaki itu. Lelaki itu terpinga-pinga melihat Widya.

" Dasar cik Enon. Dia yang langgar kita, kita pulak yang di salahnya. Haishh, macam-macam orang ada kat KL ni " Arief mengeluh sendirian.

" Widya, kenapa lambat? " soal rakannya Laura.

" Aku bangun lewat. Lepastuh ada mamat tiga suku langgar aku. Erghh lepastuh boleh pulak dia kenakan aku " Widya mengipas-ngipas kan rambutnya menggunakan tangan.

" Seriously? " .

" Yelah. Then dia panggil aku ' cik Enon ' . Ishh geram tau "

" Cik Enon ? " Laura sudah menghamburkan tawanya.

" Ehh yang kau gelak kenapa? Ni yang malas nak cerita dekat kau " Widya menjeling Laura yang masih lagi ketawa.

" Sorry babe. Aku tak boleh tahan. Lawak kot. Model paling terkenal kat Malaysia dipanggil ' cik Enon ' oleh seorang lelaki. Hahahaha " Laura memegang perutnya yang sakit akibat terlalu banyak ketawa.

" Ishhh. Malas lah layan kau " Widya terus bangun untuk bersiap. Sebentar lagi dia akan ada photoshoot untuk pakaian muslimah.

" Widya , Widya. Lawak betul kau ni. Siapalah lelaki tu agaknya? Berani betul dia cakap macam tu dengan model terkenal " Laura menggeleng-gelengkan kepalanya.

Arief menyelak satu demi satu helaian majalah itu. Sudah dua jam dia menunggu majikannya itu. Zaqif, sahabatnya sejak kecil telah membawa dia ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Pendidikan Arief , hanya setakat lulusan SPM. Keputusan SPM nya cemerlang, namun faktor kemiskinan keluarganya menghalang untuk dia melanjutkan pelajarannya. Berbeza dengan Zaqif, walaupun dia juga berasal dari kampung dia tetap dapat melanjutkan pelajaranya.

Zaqif anak tunggal, jadi ibu bapanya hanya perlu menanggung pelajarannya seorang sahaja. Berbeza dengan Arief, adik beradiknya ada lima orang. Kedua-dua kakaknya sudah berkahwin . Manakala dua lagi adiknya masih bersekolah. Ibunya cuma membuka warung kecil di tepi jalan dan ayahnya sudah lama meninggal sejak dia masih berumur 5 tahun.

Mata Arief terhenti apabila melihat seorang wanita di dalam majalah itu. ' Ni kan cik Enon tadi. Dia model ke? '

" Qif, siapa perempuan ni? " soal Arief. Majalah itu milik Zaqif, setiap bulan pasti Zaqif membeli majalah itu. Ini kerana teman wanitanya seorang model.

" Oh tu. Nama dia Widya Jasmine. Dia kawan baik girlfriend aku , Laura " balas Zaqif.

" Yeke? Kau tau, tadi aku langgar cik Enon ni lah " terang Arief.

" Lah yeke? Macam mana boleh terlanggar? " .

" Tadi lepas aku hantar Datuk dekat office, aku pergi sarapan dekat kedai mamak depan tu. Masa aku nak balik, perempuan tu langgar aku. Aku tengok dia macam nak cepat jer. Lepastuh, aku pulak yang dimarahnya " cerita Arief.

" Hahahaha. Biasalah model Arief. Diorang memang sombong sikit. Yelah kita ni biasa-biasa jer. Bukan orang kaya macam diorang " .

" Aku tahulah aku ni driver jer. Tapi tak payah lah nak berlagak macam tuh sekali. Tak ke mana nya model ni. Akhirat nanti merana " .

" Hamboii keluar dah ustaz Arief " Zaqif tertawa melihat sahabatnya itu.

Ilmu agama Arief lebih tinggi dari Zaqif, namun Arief tidak pernah sekalipun merendah-rendahkan sahabatnya itu.

Mereka berdua ketawa serentak. Meskipun Zaqif bekerja di Syarikat, dia tidak pernah sombong dan berlagak dengan Arief yang cuma bekerja sebagai pemandu peribadi majikannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience