BAB 7

Romance Completed 26341

Pernikahan Zaqif dan Laura akan berlangsung sebentar sahaja lagi.

" Qif, buat yang terbaik. Jangan malukan aku " Arief menepuk bahu Zaqif perlahan.

Zaqif mengetuk perlahan kepala Arief menggunakan songkoknya.

" Sakit lah doh " ujar Arief sambil menggosok kepalanya.

" Haa tahu pun. Tu baru sikit. Jangan risau lah, nama Laura tu aku dah hafal sejak kitorang baru kenal lagi " balas Zaqif.

" Hekkelehh. Berlagak gila. Sekeh kepala kau kangg, baru tahu " Arief ketawa kecil.

" Gurau jer lah. Aku yang nak nikah kau pulak yang sentap " .

" Pengantin lelaki dah siap ? " soal Hairun, ayah saudara Zaqif yang baru sahaja muncul dihadapan pintu bilik Zaqif.

" Dah pak ngah " balas Zaqif.

" Haa dah jom pergi rumah pengantin perempuan. Pak ngah tunggu kat bawah ea " ujar Hairun.

" Dah jom. Tak sabar dah aku nak salam tok kadi " Arief ketawa kecil.

" Turn aku dulu. Kau lambat sikit. Bawak bersabar ye bang " .

Mereka berdua keluar meninggalkan bilik.

Atas permintaan Laura, mereka dinikahkan di rumah Laura sahaja. Laura anggun memakai baju kurung berwarna putih bersulamkan warna merah dan ditambah lagi dengan sedikit solekan. Rambutnya ditutupi tudung berwarna merah. Widya juga kelihatan cantik di sebelahnya. Widya hanya memakai baju kurung moden berwarna hitam dan memakai selendang berwarna mustard.

Zaqif mengambil tempatnya. Arief sentiasa menemani di sisi nya. Zaqif memakai baju melayu senada dengan warna baju Laura. Arief di sebelahnya memakai baju melayu berwarna hitam.

" Kalau macam tuh, boleh kita mulakan sekarang ? " soal Imam Faqih.

" Haa boleh dah " jawab Zaqif.

" Baiklah. Muhammad Zaqif Bin Samad, aku nikahkan dikau dengan Seri Laura Binti Zahari dengan mas kahwin RM 500 ringgit tunai " .

" Aku terima nikahnya Seri Laura Binti Zahari dengan mas kahwin RM 500 ringgit tunai " lafaz Zaqif.

" Sah ? " soal Imam Faqih kepada saksi.

" Sah " jawab saksi sambil mengaggukkan kepalanya.

" Alhamdulillah " Imam Faqih menadah tangan membacakan doa. Selesai mengaminkan doa Zaqif dan Arief bangun dari tempat duduknya.

Zaqif dan Arief bangun dari tempat duduknya lalu pergi ke arah Laura untuk sesi pembatalan air sembahyang.

Zaqif duduk di hadapan Laura. Manakala Arief di sebelahnya memegang kotak cincin. Laura menghulurkan tangannya kepada Zaqif. Zaqif mengambil cincin yang dihulur oleh Arief.
Selepas Zaqif menyarungkan cincin dijari manis Laura, Laura mencium tangan Zaqif.

Arief dan Widya hanya memerhatikan mereka. Sesekali Arief mencuri pandang ke arah Widya.

" Sedondon pulak aku dengan cik Enon ni. Ha kan lawa dia pakai tudung macam ni. Haishh ni tak, seboleh-bolehnyanak tayangkan jugak rambut tu " .

" Pahal lah mamat ni duk pandang-pandang aku. Tahulah aku cantik hari nie. Haishh Widya, pahal kau perasansangat. Tapi aku memang cantik kan. Saja lah tu pakai sedondon dengan aku, tak lama lagi kau nak jadi suami akukan. Siaplah aku buli kau nanti. Tapi kenapa dia nampak hensem ea hari ni, what the hell Widya, why kau puji dia ? "Widya juga mencuri-curi pandang Arief yang kelihatan sangat kacak.

Majlis resepsi Zaqif dan Laura berlangsung di hotel 5 Stars. Ramai tetamu yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Zaqif dan Laura memakai baju senada berwarna biru gelap. Manakala Arief dan Widya memakai baju senada berwarna biru turqoise.

Selesai bersanding, Zaqif dan Laura mengambil gambar bersama ahli keluarga mereka untuk dijadikan kenangan. Arief dan Widya mengambil kesempatan untuk makan kerana sejak pagi lagi mereka tidak menjamah apa-apa.

Selesai mengambil nasi dan lauk, Widya duduk di kerusi yang kosong. Tetamu sudah tidak ramai lagi, hanya ahli keluarga Zaqif dan Laura sahaja yang tinggal.

Arief mengambil tempat disebelah Widya.

" Saya duduk ea " kata Arief sambil menayangkan barisan giginya yang putih.

" Dah duduk dah pun kan " balas Widya lalu menghabiskan suapannya.

" Yelah. Saya mintak izin dulu. Zaqif dah cakap yang saya dah setuju ? " Arief mula membuka bicara.

" Tengah makan tak elok bercakap. Habiskan nasi awak dulu, baru cakap " .

" Ok " balas Arief ringkas.

Sepuluh minit selepas itu Arief membasuh tangannya sesudah makan.

" Ok dah sudah. Boleh kita bincang sekarang ? " soal Arief.

" Okey " jawab Widya ringkas.

" Betul ke awak nak kahwin dengan saya ? " .

" Yes. Of course. I really need your help Arief. Opss sorry awak bukan faham pun kan saya speak English " .

" Ok. Habis tu macam mana ? " Arief sedikit terasa dengan kata-kata Widya. Ya Widya masih sama, angkuh dan bongkak.

" Saya akan bawa awak jumpa family saya. Lepas tu awak hantar rombongan meminang and then we married " .

" Tapi saya rasa duit saya tak cukup nak bayar duit hantaran kita, kalau mas kahwin tu rasanya mungkin lepas. Lagi satu saya kan kerja driver jer. Awak tak malu ke kahwin dengan saya ? " .

" Pasal duit jangan risau. Semua tu saya yang akan uruskan. Majlis, baju semuanya saya yang akan uruskan. Awak cuma perlu salam tok kadi jer. Nanti awak boleh kerja dekat syarikat papa saya " .

" Tapi takkan lah macam tu pulak. Saya nak usaha sendiri. Saya taknak menyusahkan sesiapa " .

" Don't worry okey. Saya tahu apa yang saya buat. Ok lah saya nak pergi dekat Laura. Esok malam datang rumah saya " Widya terus berlalu meninggalkan Arief sendirian.

' Perhh selamba gila. Dia ingat kahwin ni macam main pondok-pondok ke. Siaplah lepas nikah nanti, jangan harapboleh arah-arahkan aku lagi. Haishh Widya, Widya " Arief mengeluh sendirian.

" Laura, selamat pengantin baru tau. Semoga rumah tangga kau dengan Zaqif kekal hingga akhir hayat " Ucap Widya lalu memeluk Laura sekejap.

" Terima kasih. Kau tu jaga diri, tak lama lagi dah nak kahwin. Belajar memasak, kemas rumah dah nak jadi isteri orang kan " pesan Laura.

" Iyaa aku tahu " balas Widya lalu menjeling sekali lalu Zaqif dan Arief.

" Kau Zaqif, jaga Laura baik-baik ea. Calar sikit jer, aku cari kau " pesan Widya kepada Zaqif.

Zaqif hanya tersenyum.

" Iyalah Widya, jangan risau. Aku akan jaga Laura macam aku jaga nyawa aku sendiri " .

" Baguslah tu " .

" Kau tu, jangan kasar sangat dengan Arief ni. Budak ni dah lah keluarga jauh. Aku dah tak dapat nak jaga dia lagi. Maklumlah aku dah ada tanggungjawab lain. Kangg kesian budak ni " Zaqif pula menasihati Widya.

Widya hanya diam. Laura sudah ketawa kecil. Arief hanya tersenyum kecil.

" Korang nak honeymoon kat mana ? " Widya mula menukar topik.

" Paris " balas Laura teruja.

" Wow. Best tu. Jangan lupa belikan aku souvernir tau " .

" No hal lah Dya. Untuk kau effel tower pun aku boleh belikan tau. Apa-apa jer untuk kau " .

Zaqif dan Arief ketawa mendengar usikan Laura.

" Haa kalau macam tu aku balik dulu ea. Dah lewat ni. Nanti mama dengan papa aku risau pulak " Widya meminta diri untuk pulang.

" Hati-hati drive ok. Thank you sebab banyak tolong aku tau " .

" No hal beb " Widya keluar dari rumah Laura.

Kesemua ahli keluarga Laura dan Zaqif telah pun pulang ke rumah masing-masing. Hanya ibu bapa Laura dan Zaqif sahaja yang tinggal.

" Rief, kau follow Dya dari belakang. Risau aku. Lagipun dah lewat ni. Bahaya kalau Dya drive sorang " ujar Zaqif.

" Ehh takpa. Qif, aku boleh drive sendiri lah " Widya pantas menolak.

" Takpa biar saya follow dari belakang. Esok kan awak suruh saya datang rumah awak, nanti saya dah tahu rumah awak kat mana senang sikit " Arief cuba memujuk.

" Betul tu Dya. Kes rogol, culik sekarang makin meningkat tau. Bahaya kalau kau drive seorang " Laura pula bersuara.

Mahu atau tidak Widya terpaksa akur dengan desakan Laura dan Zaqif. Kereta viva Arief mengikut dari belakang kereta audi Widya.

Setelah setengah jam berlalu, Widya selamat tiba di rumahnya.

Widya memberhentikan keretanya di hadapan rumah. Arief turun keluar dari kereta viva hitamnya.

" Ni lah rumah saya " ujar Widya sambil menunjukkan rumah banglo 2 tingkat yang tersergam indah.

Arief teruja melihat rumah Widya. Bagai langit dan bumi rumahnya di kampung dan rumah Widya. Terlalu berbeza.

Arief hanya mengangguk.

" Esok malam saya datang. Saya balik dulu " pinta Arief.

Widya hanya membalas dengan anggukkan. Selepas Widya masuk ke dalam rumah, barulah kereta Arief meluncur laju pulang ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience