BAB 9

Romance Completed 26341

Tan Sri Hashim dan Puan Sri Nora membuat keputusan untuk pergi ke rumah Arief pada hari itu.

Pemandu peribadinya yang membawa mereka ke rumah Arief di Masjid Tanah, Melaka. Setelah 3 jam berlalu, mereka sampai di rumah Arief.

" Abang, betul ke ni rumah Arief ? " soal Puan Sri Nora ragu-ragu.

" Betul lah ni. Ni lah alamat yang Arief bagi. Takpa kita bagi salam dulu " balas Tan Sri Hashim sambil memerhatikan kawasan rumah kampung itu.

Rumah Arief tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Rumahnya separuh diperbuat dari kayu dan separuh lagi daripada batu.

" Assalamualaikum " laung Tan Sri Hashim.

" Waalaikumsalam " jawab seorang wanita. Dia segera membuka pintu.

' Siapa pula ni ? Salah rumah kot ' detik hati kecil Aisyah.

" Yer, cari siapa ? " soal Aisyah.

" Ni rumah Khairul Arief ke ? " soal Tan Sri Hashim kepada wanita lewat 30-an itu.

" Ha'ah betul lah tu. Encik ni siapa ye ? Arief takda. Dia duduk KL sekarang ni " balas Aisyah.

" Kami datang ada hajat. Kami bukan nak cari Arief, tapi nak jumpa dengan keluarga dia " terang Puan Sri Nora.

" Oh. Kalau macam tu, jemput lah masuk " .

Tan Sri Hashim dan Puan Sri Nora masuk ke dalam rumah Arief.

" Apa hajat encik dengan puan ya ? " soal Aisyah.

" Kak long, siapa tu ? " soal wanita 50-an yang baru datang dari dapur.

" Haa encik, puan ni lah mak saya Fatimah. Saya Aisyah, kakak sulung Arief " Aisyah memperkenalkan ibunya kepada Tan Sri Hashim dan Puan Sri Nora.

Puan Sri Nora bangun dari duduknya lalu bersalam dengan Puan Fatimah, ibu Arief.

" Jemput lah duduk. Maaf lah kalau tak selesa " kata Aisyah.

" Err sebenarnya kami datang nak bincang tentang anak-anak kita " Puan Sri Nora mula membuka cerita.

Tan Sri Hashim hanya mengangguk perlahan.

Puan Fatimah teringatkan kata-kata Arief semalam ketika Arief menelefonnya.

" Mak, esok ada tetamu istimewa datang rumah tau. Alang harap mak tak kisah. Alang bukannya nakmembelakangkan mak tapi alang dah buat keputusan " .

Sangkanya Arief hanya bergurau.

Selesai berbincang, Tan Sri Hashim dan Puan Sri Nora meminta untuk mengundur diri. Tan Sri Hashim telah membuat keputusan untuk mempercepatkan lagi majlis perkahwinan Widya dan Arief. Dia juga mencadangkan hanya membuat sekali sahaja majlis. Segala persiapan dan duit akan diuruskan olehnya. Puan Fatimah juga bersetuju. Walaupun sedikit sebanyak, hatinya terguris kerana Arief tidak berbincang dengannya dahulu.

Tetapi demi Arief, apa sahaja dia sanggup lakukan. Arief sudah banyak berkorban selama ini. Jadi dia harus membayar kembali pengorbanan Arief.

" Mak dah gila ke ?!! " jerit dan marah Ayu.

Ayu adalah kakak kedua kepada Arief.

" Angah! " marah Aisyah.

Begitu lah sikap Ayu, dia gemar memarahi Puan Fatimah walaupun kesalahan yang dilakukan hanyalah kesalahan kecil.

" Along ni kenapa ? Suka dapat adik ipar kaya ? Oh, bolehlah along menumpang senang nanti kan " perli Ayu.

" Angah jangan biadap ea. Jangan nak tuduh-tuduh along. Ini pilihan alang, kita ikut jer lah " balas Aisyah. Nafasnya turun naik menahan amarah.

" Intan macam mana ? Kesian dekat dia. Lagipun pelik jer orang kaya tu. Mana ada perempuan hot nak kahwin dengan alang yang kerja driver tu jer. Ni mesti ada muslihat lain. Alang dah kena tipu " .

" Apa masalah angah ni ? Apa yang angah tak puas hati sangat ? " .

" Entah-entah perempuan tu jadikan alang tu kambing hitam jer. Sebab tu dia nak cepatkan tarikh perkahwinan " Ayu tersenyum sinis.

" Angah ! Mak tak pernah ajar anak-anak mak jadi biadap macam ni. Sudah-sudah lah tu. Mak penat lah " Puan Fatimah terus berlalu pergi.

" Herk alah, nak marah orang pulak " Ayu mengeluh kasar.

" Tengok apa angah dah buat. Kesian dekat mak tahu tak " Aisyah terus berlalu mengikut langkah Puan Fatimah.

" Aku tak faham betul kenapa dengan semua orang dalam rumah ni ! " marah Ayu sendirian.

Pernikahan Arief dan Widya berlangsung di masjid berhampiran dengan rumah Widya. Ramai kawan-kawan nya hadir menyaksikan pernikahan mereka.

Dengan sekali lafaz, Widya Jasmine sah menjadi isteri Khairul Arief.

" Tahniah Dya. Dah jadi isteri orang dah kawan aku ni " Laura memeluk pinggang Widya. Laura baru sahaja pulang dari berbulan madu bersama suaminya, Zaqif.

" Thanks. Tu lah, tapi aku tak sure rumah tangga aku bahagia ke tak macam kau dengan Zaqif " balas Widya.

Laura dengan pantas menampar lembut bahu Widya.

" Ehh kau ni, baru lepas nikah dah cakap macam tu. Aku sepak kau kang " ugut Laura.

Widya mengusap bahunya yang ditampar oleh Laura.

" Sakitlah. Ishh kau ni, tak sayang aku betul lah " .

" Sebab sayang lah aku buat, mulut tu cuba sebut benda yang baik-baik. Kata-kata tu doa tahu tak ? " Selepas Laura berkahwin dengan Zaqif, dia mula berhenti menjadi model dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Laura juga sudah menutup aurat dengan sempurna.

" Iyalah Laura ku sayang. Makin berseri aku tengok kau sekarang, dah ada isi ke ? " .

" Belum lagi lah. Baru sebulan aku kahwin " .

Widya ketawa kecil.

" Mana tahu kan. Tak sabar aku nak tengok kau pregnant. Mesti comel kan ? " .

" Ishh dah lah. Mengarut jer. Cepat siap, kejap lagi mak andam datang mekapkan " .

" Baik boss " .

Majlis resepsi Widya dan Arief diadakan di rumah Widya. Segala persiapan diuruskan oleh Tan Sri Hashim.

Widya anggun memakai gaun pengantin berwarna hijau emerald manakala Arief memakai sut berwarna hitam. Ramai tetamu yang diundang oleh Tan Sri Hashim.

Laura dan Zaqif menjadi pengapit mereka pada hari itu. Selesai majlis, keluarga Arief dan Widya berkumpul.

" Hensem lah alang malam ni " puji Afiq a.k.a achik, adik kepada Arief.

" Ha'ah betul tuh " Aina pantas mengiyakan kata-kata abangnya itu.

" Pandai lah korang berdua ea. Alang memang dari dulu hensem tau, bukan malam ni jer " balas Arief sambil ketawa kecil.

" Perasan betul lah adik along ni. Dah jadi suami orang ni, perangai tu ubah sikit ea " Aishah yang dari tadi diam, mula bersuara.

" Iya along. Alang janji, alang akan cuba jadi suami yang baik. Along tak payah risau lah ea " .

Widya di sebelah Arief hanya memerhati.

" Kak lang, jaga alang baik-baik ea. Kalau dia nakal, tarik jer telinga dia " pesan Afiq.

Aishah dan Aina hanya ketawa. Widya tersenyum kecil mendengar pesanan Afiq.

Arief juga ketawa sesekali dia mengerling Widya di sebelahnya. Dia tidak pernah melihat Widya tersenyum sebegitu. Arief akui Widya sangat cantik ditambah lagi dengan memakai gaun pengantin dan sedikit solekan.

" Dya, diorang ni memang suka mengusik. Dya jangan amik hati sangat. Maaf lah kalau Dya rasa tak selesa " ujar Aishah. Dia bimbang kalau-kalau Widya tidak selesa.

" Eh takpa. Dya tak kisah pun " balas Widya.

' Cik Enon ni boleh pulak cakap baik-baik. Kalau dengan aku mesti nak marah-marah. Haish enon, enon ' Arief tersenyum memandang Widya tetapi Widya membalas dengan jelingan tajam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience