BAB 14

Romance Completed 26350

" Dya " Puan Fatimah mengetuk pintu bilik Arief untuk mengajak Widya solat berjemaah.

Widya tersedar dari lenanya setelah mendengar bunyi ketukan pintu.

Widya bingkas bangun membuka pintu.

" Eh mak " kata Widya sebaik dia membuka pintu.

" Mak ganggu Dya ke ? Mak nak ajak Dya solat zohor sekali " kata Puan Fatimah.

" Eh taklah. Mak tak ganggu pun. Dya terlelap tadi " .

" Oh. Marilah solat sekali. Mak tunggu Dya dekat bilik solat " ajak Puan Fatimah.

" Ok mak. Sekejap lagi Dya datang " .

Puan Fatimah senyum sebentar lalu berlalu pergi. Widya menutup semula pintu bilik.

Rambutnya yang panjang terurai di sanggulkan. Dia segera membuka bagasinya lalu mengeluarkan telekung berwarna coklat gelap. Widya terus keluar dari bilik dan terus pergi ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

Sudah lama Widya melupakan Allah. Jarang sekali dia solat. Sejak dia berkahwin dengan Arief, dia mula solat tanpa meninggalkan walau satu waktu pun.

Selesai solat, Widya duduk di ruang tamu bersama adik iparnya, Aina. Puan Fatimah dan Aishah pergi ke rumah ketua kampung untuk membantu mempersiapkan majlis perkahwinan anaknya. Arief dan Afiq masih lagi belum pulang dari surau.

" Kak lang, seronok tak jadi model ? " soal Aina.

" Seronok lah jugak. Usu suka ke jadi model ? " .

" Suka. Kak lang tahu tak, usu minat sangat dekat kak lang tau. Teringin sangat nak jadi macam kak lang. Tiap-tiap bulan usu beli majalah Girls sebab nak tengok akak. Usu kumpul duit belanja sekolah usu. Tak sangka kak lang jadi kakak ipar usu " jelas Aina.

" Yeke ? " Widya ketawa kecil.

" Usu nak jadi model macam kak lang ? " .

" Nak. Nak sangat. Tapi.." .

" Tapi apa ? " .

" Alang tak bagi " .

" Kenapa pulak ? " .

" Alang cakap, kat dunia memanglah kita gembira sebab terkenal, kaya, ramai peminat tapi kat akhirat kita lah yang paling tersiksa " .

Kata-kata Aina membuatkan Widya terdiam seketika.

" Kak lang, usu minta maaf kalau kak lang terasa. Usu takda niat nak perli kak lang ke apa " Aina segera meminta maaf. Bimbang kalau-kalau kakak iparnya itu berkecil hati.

Widya tersenyum seketika.

" Takda lah. Kak lang ok. Berapa umur usu ea ? " .

" 17 " .

" Muda lagi. SPM kan tahun ni ? Buat betul-betul. Banggakan mak " Widya mengusap perlahan bahu adik iparnya itu.

Sikap peramah Aina membuatkan Widya selesa dengannya.

" Ha'ah. Insya Allah kak. Usu nak banggakan mak dengan alang. Alang sanggup tak sambung belajar sebab nak tengok usu dengan achik berjaya " .

" Alang tak sambung belajar ? " Widya seakan berminat untuk mendengar cerita tentang Arief.

" Tak. Result SPM alang straight A, tapi alang tolak untuk sambung belajar. Sebab masa tu mak susah sangat. Duit takda. Ada pun cukup untuk sara kitorang empat beranak. Along dengan angah tak dapat nak tolong. Gaji abang long dengan abang ngah pun berapa lah sangat masa tu. Alang pilih untuk kerja kampung jer kak. Dia ambil upah bersihkan ladang, bersihkan kandang lembu dengan kambing, kutip hasil kebun, mesin rumput. Semuanya untuk kami sekeluarga. Alang dah banyak berkorban untuk kitorang " cerita Aina.

Widya terharu mendengar kisah hidup Arief. Di sebalik wajahnya yang sentiasa gembira tersimpan berjuta kesedihan. Tidak disangka Arief sanggup melakukan apa sahaja demi keluarganya.

" Kak lang, usu nak minta sesuatu " series Aina menuturkan kata.

" Apa dia ? " .

" Kak lang janji dengan usu, kak lang jaga alang baik-baik. Jangan tinggalkan dia. Usu dah tak sanggup nak tengok dia menderita lagi. Usu tahu yang alang takkan mampu nak sediakan akak kehidupan yang mewah, tapi usu yakin yang alang akan sentiasa cintakan akak, takkan sesekali tinggalkan akak. Kak lang janji ya ? " air mata Aina mula menitis.

Aina seringkali menangis apabila mengenang kan pengorbanan abangnya itu demi membuat masa depannya cerah. Aina tahu Arief sedih apabila tidak dapat melanjutkan pelajarannya. Ketika kawan-kawan sebayanya sibuk menyambung pelajaran, Arief sibuk bekerja demi mengisi perut mereka sekeluarga.

Widya mengelap air matanya yang mengalir. Dia berasa beruntung memiliki Arief, lelaki itu sangat bertanggungjawab. Walaupun Arief sering membuat Widya marah, Widya yakin Arief seorang lelaki yang baik.

" Kak lang janji usu. Kak lang takkan kecewakan dia " .

Entah mengapa Widya berjanji begitu, dia sendiri tidak mengerti. Walhal dia sendiri tahu perkahwinannya dengan Arief adalah semata-mata kerana dia tidak mahu dipaksa kahwin dengan lelaki tua itu. Widya juga ragu-ragu perasaan Arief terhadapnya.

" Terima kasih kak. Usu yakin yang kak lang jodoh yang terbaik dari Allah untuk alang " Aina mula tersenyum.

Aina menarik Widya ke dalam pelukannya. Widya membalas pelukan itu.

" Dah. Tak mau sedih-sedih. Kejap lagi alang dengan achik balik, bila dia tengok kita macam ni, mesti kena bahan " Widya ketawa kecil.

Perangai Afiq mirip seperti Arief. Suka menyakat.

Aina ketawa.mendengar kata-kata Widya.

" Assalamualaikum " Arief dan Afiq sudah pun pulang.

" Waalaikumsalam " jawab Widya dan Aina serentak.

Arief duduk di sofa bersebelahan dengan Widya. Manakala Afiq terus pergi ke dapur.

" Usu nak masuk bilik dulu ea. Nak sambung study " Aina meminta diri.

Widya dan Arief hanya mengangguk.

" Dah solat " soal Arief.

" Dah. Solat dengan mak, along dengan usu " .

" Angah ? " .

" Tak tahu lah. Uzur kot " tebak Widya.

Arief juga hairan dengan sikap Ayu. Selama ini Ayu tidak pernah terperap dalam bilik sahaja. Selepas makan tadi, Ayu terus masuk ke dalam bilik dan tidak keluar hingga kini.

" Jom " ajak Arief tiba-tiba.

" Nak pergi mana ? " .

" Saya bawak awak jalan-jalan. Nak ? " .

" Erm bolehlah. Saya pun tengah bosan ni " .

" Sekejap saya tukar pakai seluar " Arief bangun lalu masuk ke dalam bilik.

Arief membawa Widya ke bendang. Mereka berdua hanya jalan kaki memandangkan bendang tidak jauh dari rumahnya.

Tiba-tiba Arief ketawa.

" Kenapa awak gelak ? " soal Widya hairan.

" Tengok lah awak " Arief masih lagi ketawa.

" Kenapa dengan saya ? " Widya memandang dirinya.

" Mana ada orang pergi bendang pakai lawa-lawa macam ni. Ni macam dah nak pergi shopping kompleks " .

" Ehh. Jahat tau. Mana lah saya tahu awak nak bawak saya pergi bendang " Widya menampar perlahan bahu Arief.

Widya memakai seluar jeans berwarna putih dipadankan dengan kemeja jeans berwarna biru pudar. Rambutnya diikat kuda. Mujur sahaja dia tidak memakai heels.

" Auw sakitlah. Boleh tahan jugak awak ni kan " Arief mengusap bahunya yang ditampar Widya.

" Padan muka. Gelakkan orang lagi " Widya terus berjalan laju ke hadapan tanpa menunggu Arief.

Arief segera mengejar.

" Lah cik Enon merajuk ke ? " Arief ketawa melihat muka cemberut Widya.

Hati Widya lagi panas apabila mendengar Arief memanggilnya ' Cik Enon ' .

" Tak payah lah merajuk lagi. Saya mana reti pujuk orang. Buat orang merajuk saya reti lah. Saya minta maaf ea. Saya gurau jer " .

Widya menahan tawa melihat Arief bersungguh-sungguh meminta maaf padanya.

Widya masih lagi pura-pura merajuk.

" Dya " panggil Arief lagi.

Widya terus berjalan tanpa menghiraukan Arief.

" Dya tolong ! " jerit Arief.

Widya segera berpaling. Dia kaget melihat Arief. Betisnya penuh dengan darah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience