BAB 12

Romance Completed 26350

" Morning semua " ucap Tan Sri Hashim sebaik turun dari biliknya. Tan Sri Hashim terus berlalu ke meja makan.

" Morning papa. Marilah makan sekali " pelawa Arief.

Tan Sri Hashim menggaguk lalu duduk di kerusi.

" Arief tak pergi kerja ke hari ni ? Bukan Arief sepatutnya kerja hari ni ? " soal Tan Sri Hashim kepada menantunya itu.

" Tak. Sebab Arief dah berhenti " balas Arief.

Widya terus memandang ke arah Arief.

' Ish dia ni. Suka buat keputusan tak bagi tahu aku tau ' .

" Berhenti ? Kenapa pulak ? Arief nak kerja dengan Shafiq ke ? " sampuk Puan Sri Nora pula.

" Sebenarnya macam ni mama, papa Arief dah berhenti kerja sebab Arief dah decide nak tinggal dekat kampung jer. Insya Allah Arief akan usahakan apa-apa jer yang ada kat kampung tu. Mama dengan papa jangan risau, Arief janji akan jaga Dya baik-baik " terang Arief.

" Oh. Baguslah macam tu Arief. Beruntung kami ni dapat menantu macam kamu " sambung Tan Sri Hashim.

Widya hanya diam.

" Dya jom " panggil Arief.

" Pergi mana pulak ? " soal Widya.

' Dia ni tak tahu ke yang aku tengah marah dia. Boleh pulak dia ajak aku entah pergi mana ' .

" Esok kan kita dah nak bertolak balik Melaka. So hari ni kita pergi jumpa Zaqif dengan Laura lah. Cepat lah, diorang dah tunggu tu " .

" Hurm yelah " Widya hanya menurut. Itu pun disebabkan Laura, jika tidak jangan harap dia akan ikut.

Arief memandu kereta viva hitamnya.

Arief memberhentikan keretanya di hadapan Restoran Nasi Ayam Aminah. Restoran itu terkenal dengan kelazatan nasi ayamnya. Rasa nasi ayamnya berbeza dan tidak sama seperti di restoran lain. Oleh kerana itu pelanggan sentiasa ramai.

" Haa tu pun pengantin baru " kata Laura sebalik melihat Widya dan Arief masuk beriringan ke dalam restoran.

" Laura, miss you so much " ucap Widya sebaik tiba di meja yang duduki Laura dan Zaqif.

" Yes. I miss you too " mereka berdua berpelukan sekejap dan mencium pipi.

Arief dan Zaqif hanya memerhati.

" Dah-dah lah tu Dya. Bini aku tu " Zaqif ketawa kecil.

" Ish sibuklah kau Zaqif. Biarlah. Aku ni jarang jumpa si Ara ni. Kau lain lah, 24 jam berkepit " Widya duduk di kerusi berhadapan dengan Laura manakala Arief duduk di hadapan Zaqif.

" Dah lah korang ni, bergaduh pulak " Laura segera hentikan pergaduhan.

" Dya ni memang tau. Eh Rief kau sihat tak ? " soal Zaqif.

" Aku sihat jer lah. Macam biasa " .

Datang seorang pelayan lelaki untuk mengambil pesanan.

" Order cik " .

" Nasi ayam special 4, milo ais 2. Korang nak minum apa ? " soal Laura kepada Widya dan Arief.

" Bagi fresh orange jer lah " balas Widya.

" Arief ? " .

" Sama lah fresh orange " .

" Ok. Sekejap ya " pelayan lelaki itu terus beredar.

" Korang decide nak duduk Melaka terus ke ? " Zaqif mula membuka tajuk perbualan.

" Ha'ah Qif. Mama dengan papa pun dah setuju " balas Arief.

" Dya tak kisah ? " soal Zaqif lagi.

" Terpaksalah aku ikut " balas Widya. Dia menjeling sekilas Arief di sebelahnya.

" So kau stop jadi model lah ni ? " sampuk Laura.

" Ha'ah. Memanglah aku sayang kerjaya aku. Tapi nak buat macam mana kan. Lagipun bosan jugak bila kau pun dah berhenti Ara " .

" Eh baguslah tu keputusan Arief. Lagipun sampai bila nak jadi model. Baik kau fokus dekat rumah tangga kau jer " kata Zaqif.

' Ishh Zaqif ni lebih-lebih pulak. Ada yang elok-elok orang makan nasi dia makan kasut nanti ' .

" Nanti kau jangan tak balik KL terus Rief. Rindu lah aku dekat kau nanti " Zaqif ketawa besar.

" Ek eleh kau ni. Tak habis lagi perangai gay kau tu kan " .

Laura dan Widya hanya ketawa.

" Mak masak banyak sangat hari ni kenapa ? " soal Ayu.

" Angah tak tahu ke ? Alang dengan isteri dia nak tinggal terus kat sini " balas Puan Fatimah dengan wajah cerianya.

" Apa ? Kenapa pulak dia nak tinggal dekat sini ? Bini dia tu kan anak tan sri. Nak ke duduk kampung ? " .

" Angah, tak baik menilai orang macam tu. Mak lagi suka kalau keluarga kita berkumpul semua. Alang tu jarang tau balik sejak kerja dekat KL tu. Bila dia buat keputusan nak tinggal terus dekat Melaka, mak gembira tau " .

" Mak, rumah kita ni bukan besar macam istana tau. Mak ingat muat ke nanti " .

" Insya Allah muat Angah. Kita hidup sederhana jer. Yang penting anak-anak mak semuanya ada dengan mak " .

" Suka hati mak lah. Angah malas nak cakap. Bukan nak dengar kalau angah cakap. Mak kan suka dapat besan tan sri, puan sri. Angah ni tak heran langsung dengan harta dia tu mak " .

" Astagfirullah angah. Kamu cakap apa ni ? Mak tak pernah terfikir macam tu. Alang gembira, mak pun gembira. Lagipun Widya tu menantu perempuan sulung mak, apa lah salahnya kalau dia tinggal sekali dengan kita. Mak hairan tengok kamu ni, apa yang Widya tu dah buat sampai angah tak suka sangat dekat dia ? " .

" Hishh. Kita pulak yang disalahkan " Ayu terus berlalu dari dapur.

Puan Fatimah hanya mampu menggeleng kan kepalanya. Mujur anaknya yang lain tidak seperti Ayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience