BAB 5

Romance Completed 26350

" Rief, kau tau tak lagi sebulan jer aku nak jadi suami orang tau " kata Zaqif.

" Aku tau lah. Dah jodoh kau sampai awal kan. Aku jugak yang tak sampai-sampai lagi. Apa-apa pun tahniah ea " balas Arief.

" Jodoh tak datang bergolek sayangku Arief. Kita kena usaha. Takpa, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau " Zaqif menepuk bahu Arief.

" Hmm aku tengok kau macam suka kat Widya jer " ujar Zaqif lagi.

" Taklah. Aku cuma suka sakat dia je. Suka tengok dia naik angin dengan aku " balas Arief.

" Elehh, suka cakap suka jer. Baik cepat, nanti orang lain kebas baru tahu " .

" Ada ke lelaki nak kat Widya tu ? Ego tinggi melangit, dia jer yang betul. Orang lain semua salah " .

" Ehh jangan cakap, silap-silap nanti kau yang jadi suami dia tau " .

Arief hanya mencebikkan bibirnya.

" Nah. Jangan lupa gantung dalam bilik ea " Zaqif menghulurkan beberapa keping gambar dan terus berlalu.

Arief membelek sekeping demi sekeping gambar yang dihulur Zaqif. Terbit senyuman kecil di bibirnya.

' Cantik jugak Widya ni sebenarnya. Tapi sayang sombong dan ego. Semoga ada lelaki yang mampu ubah kau nanti ' .

" Dya, macam mana ? Dah jumpa calon suami ? Soal Puan Sri Nora.

" Errr. Belum lagi lah mama. Kan ada tempoh masa lagi 4 bulan " jawab Widya.

" Jangan lama-lama. Mama tak nak bermenantukan orang tua tu " .

" Yer mama. Dya pun taknak lah kahwin dengan orang tua tu. Dah lah tak sedar diri yang dia tu dah tua, isteri 3 orang pun tak cukup lagi " omel Widya.

Puan Sri Nora tertawa kecil mendengar omelan anak bongsunya itu.

" Dah lah mama nak masak. Kejap lagi papa dengan abang balik. Meh tolong mama kat dapur. Nanti tak lama lagi nak jadi isteri orang " .

" Ermm malas lah mama. Dya nak tengok tv. Best drama ni " .

" Haishh, ikut Dya lah " Puan Sri Nora berlalu ke dapur untuk menjalankan tugasnya.

Walaupun Puan Sri Nora mempunyai orang gaji, tugas memasak tetap dilakukannya sendiri. Tugas orang gajinya hanya mengemas rumah sahaja.

" Sayang " panggil Laura.

" Yer yunk " jawab Zaqif sambil memalingkan wajahnya ke arah Laura.

" Dya ada mintak tolong saya. Dya kena cari calon suami dalam masa 4 bulan jer. Kalau tak, papa dia nak jodohkan dia dengan orang tua yang dah ada 3 orang isteri. Awak tolong carikan boleh tak ? kawan-kawan awak yang single tu, kenal kan lah dengan Dya " .

" Sayang, dah lupa ke ? Saya mana ramai kawan dekat KL ni. Ramai yang dah kahwin. Arief seorang jer yang singlelagi " .

" Haa boleh lah. Kita cuba tanya Dya dengan Arief. Manalah tahu kot-kot jadi. Awak tolong cakap dengan Arief tau. Dya ada pesan yang dia tak kisah siapa pun lelaki tu. Asalkan baik dan boleh jaga dia. Saya tengok Arief tu baik jer ".

" Sayang betul ke ni ? Dya dengan Arief kan tak ngam. Asyik bergaduh jer bila jumpa. Inikan pulak nak kahwin ".

" Awak, kita cubalah dulu. Dya tu kalau dah terdesak apa pun dia sanggup tau. Nanti saya tanya dekat Dya " .

" Ialah sayang. Nanti saya tanyakan. Majlis pernikahan kita lagi 2 minggu tau, jangan lupa " .

Laura ketawa kecil.

" Awak, takkan lah saya lupa majlis kita. Erm tak sangka kan kita berjodoh " .

" Tu lah. Takdir Allah kan, semuanya indah " .

" Betul tuh. Dah lah awak jom balik. Nanti mummy dengan daddy risau pulak " .

" Haa jom " .

Zaqif dan Laura bertolak pulang ke rumah.

Telefon Widya berdering menandakan ada panggilan masuk. Widya segera mencapai iphone 6s nya. Terpapar nama ' Laura ' di skrin telefonnya.

" Hello Laura " .

" Hah hello Dya. Aku nak bagi tahu ni yang aku dah jumpa calon suami untuk kau " .

" Yeke ? Siapa ? " Widya mula teruja.

" Arief " .

" What !!!?? Seriously ? " soal Widya terkejut.

" Arief jer yang boleh jadi calon suami express kau Dya. Lagipun Arief tu baik. Kau nak ke lelaki yang entah apa-apa perangai jadi suami kau nanti ? Rosak hidup kau nanti " omel Laura.

" Laura, kau tahu kan yang aku dengan dia tu macam langit dengan bumi. Tak mungkin lah kitorang nak kahwin. Lagi satu, mamat tiga suku tu nak ke jadi suami aku ? " .

" Dya dengar sini, kita boleh cuba kan. Tengok macam mana aku dengan Zaqif, kitorang dulu pun asyik gaduh jugak but now kitorang dah nak kahwin dah pun " .

" Tak sama Laura. Tapi kalau dah terdesak sangat, aku terima jer lah. Lagipun masa dah tak banyak. Aku kena cepat. Aku serahkan semua pada takdir jer lah. Haa lagi satu, siapa yang sudi kahwin dengan aku, aku akan bayar dia 50 ribu " .

" Wow Dya, banyaknya. Tapi percayalah yang Arief tu lelaki baik. Dia layak jadi pembimbing kau " .

" Apa-apa jer lah Laura. Btw thank you sebab sudi tolong aku tau " .

" Ok Dya. No problem lah. Aku letak telefon dulu okey. Bye-bye. Take care " .

" Okey bye. Take care to " Widya menamatkan panggilan. Dia mengeluh perlahan.

' Arief ? Dia tu rupa ada, baik, rajin, hormat orang tua, tapi...suka sakitkan hati aku. Haraplah dia terima. Kalau takhabislah aku kena kahwin dengan orang tua gatal tu '

Widya merebahkan badannya ke atas tilam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience