BAB 29

Romance Completed 26341

" Mari sini kat mak long " panggil Aishah pada anak buahnya, Mia.

Mia terus berlari mendapatkannya.

" Alolo comelnya dia ni " Aishah terus mendukung Mia.

Widya muncul dari dapur terus menerpa ke arah Aishah dan Mia.

" Mia " Widya mencuit pipi Mia.

" Mia ! Mari sini. Berapa kali mama nak cakap jangan dekat dengan perempuan murah ni " Ayu terus merampas Mia dari dukungan Aishah.

" Angah ni kenapa ? Biarlah Mia nak main dengan Widya pun, apa salahnya " marah Aishah.

" Along diam lah. Along tu takda anak, tak boleh beranak, along tak tahu perasaan seorang ibu tu macam mana. Angah taknak anak angah terpengaruh dengan perangai perempuan murah ni " Ayu terus berlalu membawa Mia.

Kata-kata Ayu membuatkan tubir mata Aishah bergenang. Teganya Ayu menghina dia begitu. Ibu mana yang tidak mahu memiliki anak, namun apalah dayanya untuk melawan takdir Allah.

" Kak, akak ok ? " soal Widya. Dia mengusap perlahan bahu Aishah.

Aishah hanya mengangguk.

" Akak ceritalah dengan Dya. Dya sudi dengar " pujuk Widya.

" Akak tak boleh mengandung. Lepas akak gugur sekali, doktor cakap rahim akak dah tak berfungsi lagi " ceritanya.

" Sabar ya kak. Ada hikmah Allah uji akak. Allah tahu akak kuat. Lagipun takda yang mustahil dengan kuasa Allah, doktor yang sahkan akak tak boleh mengandung lagi tapi kalau Allah nak bagi rezeki, Insya Allah kak " .

Aishah tersenyum kelat.

" Tapi akak bersyukur sebab Abang Long boleh terima akak. Pernah jugak akak suruh dia kahwin lain tapi dia taknak. Dia marah akak. Tapi akak tahu dia nak sangat ada zuriat sendiri. Akak kesian tengok dia " .

" Beruntung tau akak dapat Abang Long. Lagipun Dya tahu perempuan mana yang nak bermadu kan. Akak berdoa banyak-banyak. Insya Allah Dya doakan akak dapat zuriat nanti " .

" Terima kasih Dya " .

Arief hanya memerhatikan isteri dan kakaknya itu dibalik pintu.

********************************************************

" Jom lah kita pergi dusun. Pak Mail cakap dengan mak tadi buah durian dah banyak gugur " ajak Puan Fatimah.

" Haa kejap alang panggil Dya " Arief terus berlalu ke bilik.

Seketika kemudian dia kembali bersama Widya disisinya.

" Jom mak " ajak Widya.

" Nak ikut jugak " Intan tiba-tiba muncul.

' Kepoh betul Minah gedik ni. Sepok kepala baru tahu ' Widya menjeling tajam ke arah Intan.

" Marilah " Puan Fatimah terus bangun dari duduknya.

Intan terus keluar dari rumah. Dia segera membuka pintu tempat duduk penumpang hadapan lalu terus masuk.

Arief yang baru sahaja ingin menghidupkan enjin kereta terkejut.

" Kenapa tak duduk belakang ? " soal Arief.

" Taknak. Intan nak duduk sebelah abang " jawab Intan.

Widya yang mendengar jawapan Intan panas hati. Mahu sahaja dia menolak Intan keluar dari kereta Arief.

" Gedik " kata Widya sebelum berlalu masuk ke tempat duduk penumpang di belakang.

Selesai menutup pintu rumah, Puan Fatimah masuk ke dalam kereta.

********************************************************

Selepas sepuluh minit perjalanan, mereka sampai di dusun. Dusun itu adalah milik arwah ibu Puan Fatimah.

Puan Fatimah mengutip durian yang gugur. Begitu juga dengan Arief. Widya hanya memerhati sahaja. Intan pula sentiasa mencari peluang untuk berada dekat dengan Arief.

" Dya, hati-hati tau. Takut durian gugur lepas tu terkena Dya " pesan Arief.

Widya hanya mengangguk.

Pappp !

" Arghh ! " .

Sebiji durian gugur, tepat jatuh ke bahu Arief. Gara-gara ingin menyelamatkan Widya dari terkena durian itu, bahu Arief terluka. Baju putihnya sudah bertukar warna merah.

" Abang ! Ya Allah " Widya terjerit kecil.

Intan dan Puan Fatimah juga terkejut.

Widya membawa Arief duduk di pondok kecil.

" Abang bukak baju tu " arah Widya.

" Ehh Dya nak buat apa dengan abang ? " soal Arief .

" Ish dia ni. Dya nak ubat lah luka abang. Dah cepat bukak " .

" Lah, cakap lah awal-awal. Ingatkan Dya nak buat apa lah tadi dengan abang " Arief tersenyum kecil. Walaupun dia dalam keadaan sakit, masih lagi sempat menyakat Widya.

" Mengada tau abang ni " .

Arief terus membuka bajunya.

" Teruk luka abang ni. Maafkan Dya tau, kalau tak sebab Dya mesti abang tak jadi macam ni " Widya tunduk kesal.

" Ish Dya ni. Bukan salah Dya pun. Sikit jer ni. Kalau Dya ubatkan mesti sekejap jer dah baik " Arief mencuit sedikit pipi Widya.

" Meh Dya ubatkan " Widya membuka beg tangannya. Dia mengeluarkan tisu, minyak gamat dan juga bandage. Mujur sahaja di dalam begnya ada semua itu.

Arief hanya memerhati Widya mengubatinya. Sesekali keningnya berkerut menahan kesakitan.

" Ok dah siap " .

" Beg Dya ni macam poket doraemon kan. Semua ada " Arief ketawa kecil.

" Mestilah. Untuk safety " .

Arief memakai semula bajunya.

" Sakit lagi ? " soal Widya.

Arief mengangguk.

" Dya nak buat apa lagi untuk hilangkan sakit ea ? " .

" Cium pipi abang dulu. Lepas tu confirm dah tak sakit " usik Arief.

" Ishh mengada lah abang ni. Cubit baru tahu. Bahu yang luka pipi pulak nak suruh orang cium " .

Mereka berdua ketawa.

" Mak ngah, Intan nak pergi tengok diorang tu " Intan rungsing sejak dari tadi.

" Tak payahlah. Dya ada. Tahulah dia ubatkan alang tu. Intan tolong masukkan buah ni dalam bakul " arah Puan Fatimah.

' Ishh ! Rosaklah rancangan aku. Tak guna betul lah ! ' Intan mengeluh kasar.

********************************************************

" Nah cuba rasa " Arief menyuakan seulas durian pada Widya.

Widya laju menggelengkan kepalanya.

" Rasa lah sikit " pujuk Arief lagi.

Widya mengambil garpu lalu mencolek sedikit durian di tangan Arief.

Perlahan-lahan dia memasukkan durian itu ke dalam mulutnya.

" Uwekk " Widya berlari ke sinki. Tekaknya betul-betul loya ketika itu.

Arief mengikut langkah Widya.

" Ok tak ni ? " Arief mengusap belakang Widya.

Widya hanya mengangguk. Tekaknya masih lagi terasa loya.

" Maafkan abang sebab paksa Dya makan durian tu " Arief serba salah.

" Takpalah. Dya dah ok dah pun " .

" Betul ni ? " .

" Iyaa betul abang " .

Intan hanya memerhatikan Widya dan Arief. Hatinya bagai disiat-siat melihat kemesraan mereka berdua.

********************************************************

" Alahh kredit dah habis lah pulak " keluh Widya perlahan.

" Kenapa Dya ? " soal Aishah.

" Kredit Dya dah habis. Kat mana ada jual top-up ea ? " .

" Kedai runcit depan tu ada. Tapi kena jalan jauh sikit lah. Dalam 10 minit macam tu " terang Aishah.

" Oh. Dya nak pergi kedai sekejap lah. Tadi mama suruh telefon dia. Takut dia risau pulak nanti " .

" Haa iyalah. Hati-hati ya " pesan Aishah.

" Ok kak. Dya pergi dulu " Widya terus keluar dari rumah. Dia hanya memakai t-shirt lengan panjang dan seluar track.

********************************************************

Sewaktu perjalan pulang dari kedai beberapa orang remaja lelaki menahan Widya.

" Hai sayang " sapa seorang lelaki.

" Siapa sayang kau ha ? Tepilah aku nak balik " Widya terus berjalan namun ditahan oleh seorang lagi lelaki.

" Lah dia marah pulak. Lagi cantik, lagi geram pulak aku tengok " mereka semua ketawa terbahak-bahak.

Widya menendang kaki salah seorang daripada mereka lalu cuba berlari.

" Arghh ! Kurang ajar ! Jangan biar dia lepas " jerit lelaki itu.

Dua orang lagi lelaki menarik Widya. Tangan Widya dipegang kuat. Widya meronta - ronta ingin dilepaskan.

" Lepaskan aku lah ! Lepaskan aku ! " jerit Widya.

Jalan sunyi ketika itu. Sayangnya tiada siapa yang lalu di situ.

" Hey, kau jangan nak melawan boleh tak ? " lelaki itu memegang pipi Widya kuat.

" Kau nak apa ? Lepaskan aku lah bodoh ! " Widya cuba menendang lelaki itu namun tak berjaya.

" Aku nak kau lah. Hahahahaaha " mereka semua ketawa lagi.

Telinga Widya perit mendengar ledakan ketawa mereka semua.

" Bawak dia pergi semak sana. Orang tak nampak " arah lelaki itu kepada dua rakannya yang memegang Widya.

Kecut perut Widya mendengar kata-kata lelaki itu. Dia berdoa dalam hati agar ada yang muncul membantunya.

Dua lelaki itu menarik Widya ke semak. Ditolaknya Widya jatuh.

" Tolonglah lepaskan aku " air matanya mengalir semakin deras.

" Alah sayang jangan lah menangis " lelaki itu semakin mendekati Widya. Widya berusaha berundur ke belakang namun gagal kerana dibelakangnya ada sebatang pokok besar.

" Woii ! Lepaskan dia "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience