BAB 38

Romance Completed 26341

" Mana Ara ? " soal Zaqif.

" Ara ada kat dalam lagi " .

" Dya, aku risau lah " keluh Zaqif. Dia mengambil tempat disebelah Widya.

" Tenang lah. Jangan gelabah. Insya Allah Ara dengan anak kau selamat " .

" By the way thank you sebab bawakkan Ara pergi hospital " .

" Benda kecik jer. Lagipun Ara tu dah macam kakak aku " .

" Nasib baik kau ada tau. Kalau waktu Ara tiba-tiba nak bersalin masa dia sorang - sorang, kesian dia " .

" Aku pun terkejut jugak tadi. Tengah borak-borak dengan dia, tiba-tiba nak bersalin. Sepatutnya due dia kan lagi dua minggu " .

" Tu lah. Kau borak apa sampai Ara terus nak bersalin ni ? " .

Widya cuba mengingati dialog akhir dia bersama Laura.

Cerai. Yaa cerai.

" Cerai " jawab Widya sepatah.

" Ha ? Siapa yang bercerai ? " soal Zaqif.

" Aku lah. Lepas bersalin nanti aku nak bercerai dengan Arief " .

Ternganga mulut Zaqif saat mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Widya.

" Weh Dya ! Aku yang tak mengandung ni pun rasa nak terberanak dengar kau cakap macam tu " .

" Qif, kau dengan Ara tak faham. Korang takda dekat tempat aku. Hati aku sakit Qif, sakit.." Widya tidak dapat meneruskan ayatnya.

" Dya, maaf. Aku tak bermaksud nak buat kau nangis " ucap Zaqif saat melihat ada titisan jernih di pipi Widya.

" Dah lah Qif, aku taknak cakap pasal ni lagi " Widya mengelap perlahan air matanya.

Seorang doktor keluar dari bilik kecemasan menuju ke arah Widya dan Zaqif. Zaqif dengan segera bangun.

" Doktor, macam mana dengan isteri saya ? " soal Zaqif pantas.

" Tahniah. Encik dapat anak perempuan, isteri encik selamat. Jangan risau " terang doktor yang bernama Lydia itu.

" Alhamdulillah. Terima kasih " Zaqif mengucap syukur.

" Jom Dya " ajak Zaqif.

" Kau pergi dulu. Nanti aku datang " .

Zaqif mengangguk lalu terus berlalu mendapatkan isteri dan anaknya.

**********

" Jasmine " panggil seorang wanita berusia lewat 50-an.

Widya lantas berpaling sebaik namanya dipanggil.

Wajah tua itu dipandang lama. Wanita itu terus berlalu ke arah Widya.

Ditarik Widya ke dalam pelukannya. Widya hanya diam membatu. Tidak dibalas pelukan itu dan tidak juga menolak.

" Jasmine, ingat aunty lagi kan ? " perlahan-lahan pelukan dilepaskan.

Ingat ? Sudah tentu. Tidak pernah dilupa wajah itu walau sedetik.

" Aunty mintak maaf. Jasmine maafkan aunty ya " pinta Datin Zainab.

Widya tersenyum sinis memandang Datin Zainab. Jelas kebencian di matanya. Mana mungkin dia boleh lupa kepada orang yang telah menghancurkan hidupnya.

" I got to go " Widya terus berlalu tanpa menghiraukan sedikit pun Datin Zainab.

Datin Zainab mengeluh perlahan. Benar kata anaknya, Widya bukan seorang yang lembut hati. Hatinya keras.

*********

" Comelnya anak kau Ara " Widya mengusap perlahan pipi Qaira Afifah.

" Mestilah. Tengoklah papa dia siapa " sampuk Zaqif.

Widya membuat muka menyampah. Laura hanya ketawa kecil.

" Tak sabar nak tengok anak kau pulak Dya. Mesti comel macam kau " puji Laura.

" Apa pulak comel macam Dya, hensem macam Arief lah " Zaqif ketawa melihat muka tidak puas hati Widya.

" Ish mengada sangat laki kau ni Ara " .

" Dah lah tu awak, suka tau buat Dya marah. Nanti dia angin, cekik awak baru tahu. Saya tak tolong " .

" Eh, tak sayang ke suami awak ni ? " .

" Sayang sikit jer. Saya dah ada Qaira " .

" Amboi-amboi, bukan main lagi " .

" Eh Dya, kau tak kena morning sickness ke ? " soal Laura tiba-tiba. Hairan dia melihat Widya. Berbeza sepertinya ketika mengandung dahulu, setiap hari pasti dia akan mual.

" Tak. Aku pun pelik jugak. Tapi alhamdulillah, syukur sangat " .

" Memanglah Dya tak kena. Dah Arief yang teruk menanggung nya " Zaqif mula membuka cerita.

" Arief ? " .

" Iyalah. Arief yang setiap hari rasa mual-mual. Sakit kepala, macam-macam lagi. Semua dia yang tanggung " .

" Merepek jer lah awak ni biy " Laura menampar perlahan bahu Zaqif.

" Entah kau Qif. Merepek jer " sokong Widya.

" Hishh korang ni. Tu lah mak hantar sekolah, ponteng. Tak tahu ea ? Kan selalu dalam drama kat tv, kalau isteri tak kena morning sickness, selalunya suami yang kena. So sebab tu Arief yang kena bukan Dya " terang Zaqif.

" Hish awak ni, apa kena mengena nya dengan ponteng sekolah " .

" Entah kau ni Qif. Cakap putar belit " .

" Anak papa, tengok mama dengan aunty Dya marah papa pulak. Qaira marah diorang balik please " .

Widya membuat muka menyampah manakala Laura hanya ketawa.

Hati Widya sedikit terusik apabila mendengar soal Arief. Rindu pada lelaki itu mula hadir.

***************

Selesai solat di surau hospital Widya terus menuju ke kantin hospital. Perutnya mula lapar. Sejak dari pagi lagi dia tidak menjamah apa-apa.

Selepas memesan makanan, Widya terus mengambil tempat duduk. Suasana di kantin agak lengang.

" Dya " .

Widya terus menoleh ke arah suara itu. Riak wajahnya jelas terkejut.

Arief memberikannya sebuah senyuman.

Widya simpati melihat Arief. Wajahnya pucat dan badannya agak susut. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Zaqif.

" Boleh abang duduk ? " soalnya.

Widya hanya mengangguk. Arief terus mengambil tempat disebelah Widya.

" Awak buat apa kat sini ? " soal Widya.

Arief ketawa kecil.

" Zaqif call beritahu Laura dah bersalin, kebetulan abang free, tu yang abang datang. Tak sangka pulak dapat jumpa sayang " .

Widya mengangguk perlahan.

" Dya, abang rindu Dya. Abang nak kita macam dulu Dya " Aref meraih tangan Widya.

" Kita takkan pernah sama macam dulu. Semuanya dah berubah. Takda apa yang akan sama lagi " .

" Dyaa, please jangan cakap macam tu. Dya tak sayang dekat abang ke ? " .

Widya menatap wajah Arief lama. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya dia pada lelaki itu. Ikutkan hati mahu saja dia memeluk Arief disitu, tapi kerana ego Widya hanya melayan Arie acuh tak acuh.

" Jodoh bukan milik kita Arief. Mungkin Allah takdirkan kita jadi pasangan suami isteri hanya untuk sementara. Jodoh awak dengan Intan lebih kuat " .

" Dya cakap apa ni ? Apa maksud Dya ? " .

" Lepas saya lahirkan anak ni nanti, saya nak awak lepaskan saya " .

" Dya ! Apa ni ? " Arief tersentak mendengar kata-kata dari bibir Widya.

Belum sempat Dya menjawab telefon bimbit Arief berdering tanda ada panggilan masuk.

" Hello.. " .

" Apa ? Ya Allah macam mana boleh jadi macam tu ? Ok lah alang balik sekarang " Arief terus menamatkan panggilan.

Dia memandang wajah Widya seketika. Widya hanya diam, padahal dia ingin sekali tahu siapakah pemanggil telefon itu.

---------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience