BAB 45

Romance Completed 26341

Widya terjelepuk di atas lantai saat mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Arief.

" Dya " Arief cuba membantu Widya namun dihalang oleh Shafiq.

Mujur sahaja Puan Sri Nora dan Tan Sri Hashim tiada di rumah.

" Kau jangan sentuh adik aku. Apa salah dia sampai kau nak ceraikan dia ha? " marah Shafiq.

" Saya minta maaf. Saya cuma nak dia bahagia jer. Saya tahu dah banyak dia derita dengan saya selama ni " tutur Arief perlahan.

Tangisan Widya semakin kuat. Hatinya luluh. Shafiq menarik Widya ke dalam pelukannya.

" Abang Fiq, boleh tak tinggalkan Dya dengan Arief sekejap " pinta Widya. Air matanya dikesat perlahan.

" No, abang taknak lelaki ni sakitkan hati Dya lagi " .

" Abang please.. " rayu Widya.

Akhirnya Shafiq akur. Dia meninggalkan Widya dan Arief di ruang tamu.

" Dya nak cakap apa dengan saya? " soal Arief perlahan.

" Kenapa abang nak ceraikan Dya? Abang dah tak sayangkan Dya? " soal Widya. Air matanya tidak dapat ditahan.

" Dya, saya cuma nak awak bahagia. Kalau dengan orang lain awak lebih bahagia, kenapa saya perlu seksa awak hidup dengan saya? " .

" Abang, Dya bahagia dengan abang. Semua yang jadi dalam perkahwinan kita selama ni, Dya anggap cuma ujian. Ujian dari Allah sebab dia sayangkan kita. Dya tahu kalau Dya percayakan abang dulu, mungkin abang takkan kahwin dengan Intan. Tapi Dya silap. Dya tetap tak percayakan abang. Dya yang salah. Abang tolong lah, Dya cintakan abang. Abang dah janji kan nak hidup dengan Dya, takkan tinggalkan Dya " .

Arief tunduk. Kelu lidahnya untuk menjawab.

" Saya minta maaf sebab mungkir janji saya. Maaf Dya, saya tak dapat nak teruskan lagi perkahwinan ni " .

" Abang nak balik pada Intan ke? " soal Widya cemas.

Mimpinya mungkin akan menjadi kenyataan.

Arief menggeleng perlahan.

" Saya tak pilih siapa-siapa. Hati saya kosong Dya. Saya nak bawak diri, saya nak cuba pulihkan ingatan saya semula. Semoga awak bahagia, Assalamualaikum " Arief terus berlalu. Tidak betah lagi dia bertahan disitu. Setiap baris kata-katanya menyakitkan jiwanya juga.

" Abang.. " Widya cuba menghalang Arief pergi, namun Arief terlebih dahulu keluar dari rumah banglo itu.

" Kenapa Ya Allah, kenapa kau uji aku sebegini " Widya terduduk. Dadanya dipegang. Terlalu sakit, baru sahaja dia kehilangan anak di dalam kandungannya kini dia akan kehilangan suaminya pula.

Shafiq memandang sayu ke arah adiknya itu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa.

*****

" Intan Faizura Binti Ahmad, aku ceraikan kau dengan talak satu " .

" Abang! Kenapa abang ceraikan Intan? " Intan seakan hilang kawalan. Tubuh Arief digoncangnya kuat. Air mata sudah mengalir membasahi pipi.

" Angah dah cerita semuanya dekat saya. Tergamak awak jadikan saya dengan Widya mangsa keadaan. Seronok rosakkan rumah tangga orang? Ganggu kebahagian orang? Jadikan saya pak sanggup awak, perempuan jenis apa awak ni? " .

Kecut perut Intan apabila mengetahu rahsianya sudah terbongkar. Ah ini semua angkara Kak Ayu, siaplah dia.

" Intan buat semua ni sebab Intan cintakan abang, abang tak pernah pandang cinta Intan pun selama ni. Bertahun-tahun Intan tunggu abang, tapi apa yang Intan dapat. Abang kahwin dengan Widya tu. Apa kurangnya Intan daripada dia?!! " .

" Terlalu jauh kalau nak dibandingkan Widya dengan awak. Hati Widya tu bersih, tapi awak.. " Arief tersenyum sinis.

"..jadikan orang mangsa keadaan awak, hancurkan kebahagiaan orang. Orang macam awak, tak payah hidup bahagia. What you give, you get back " Arief terus berlalu meninggalkan Intan sendirian di tepi pantai itu.

" Tak. Tak.. Kenapa semua orang jahat dengan aku ni, arghhh aku benci. Ni semua sebab kau Widya, kalau aku tak dapat Arief, takda siapa boleh dapat. Arghhh " Intan menjerit sekuat hatinya.

Orang sekeliling memandang ke arahnya lalu berbisik sesama sendiri.

Intan menangis, kemudian dia ketawa seketika lalu menangis semula.

*****

" Kenapa alang buat keputusan macam ni? " soal Puan Fatimah.

Arief tunduk merenung lantai.

" Alang sayangkan Dya lagi tak? " soal Puan Fatimah sekali lagi.

Arief mengangguk perlahan.

" Kalau sayang, kenapa nak lepaskan? Kalau sayang, alang sepatutnya pertahankan. Sekarang ni alang dah takda apa-apa dengan Intan. Dah terbukti alang tak salah. Kenapa nak lepaskan Dya pulak? " .

" Saya nak dia bahagia mak. Saya tahu dia lebih bahagia dengan bekas kekasih dia tu. Sebab tu saya nak lepaskan dia untuk dia bina hidup baru " .

" Alang, sepatutnya alang pertahankan perkahwinan ni. Kesian dengan Dya. Dia baru jer lepas keguguran, sekarang ni alang pulak nak tinggalkan dia. Jangan buat keputusan terburu-buru nanti alang jugak yang menyesal. Mak bukan nak atur hidup alang, tapi mak nak yang terbaik untuk anak mak. Ingat pesan mak, kalau sayang jangan lepaskan. Tapi pertahankan " Puan Fatimah mengusap perlahan bahu anaknya itu.

" Assalamualaikum "

" Waalaikumusalam. Siapa tu alang? " Puan Fatimah menjengah di tingkap rumahnya.

Zaqif tersenyum memandang Puan Fatimah.

" Eh Zaqif, jemput naik " ajak Puan Fatimah.

Zaqif terus masuk ke dalam rumah.

" Duduk lah. Makcik buatkan air sekejap " Puan Fatimah meminta diri ke dapur dahulu.

" Bro sihat ? " tangannya dihulur pada Arief.

Arief menyambut tangan Zaqif.

" Alhamdulillah sihat " balas Arief.

" Apa cerita ni? Ara cakap kau nak bercerai dengan Dya " soal Zaqif.

Arief mengeluh perlahan.

" Amshar, kau kenal kan ? " soal Arief.

Zaqif mengangguk.

" Dia nak aku lepaskan Dya " .

" Habistu kau ikut cakap dia? Weh dah gila ke? " marah Zaqif.

" Aku tak ada pilihan. Lagipun ada betulnya Amshar tu, Dya takkan pernah bahagia dengan aku " .

" Ya Allah kau ni, kau sedar tak apa kau buat? Kenapa nak sakitkan hati sendiri? Kau tahu kan Dya tu cintakan kau dan kau pun cintakan dia. Kenapa nak lepaskan dia dekat orang lain? Kenapa pengecut sangat kau ni ? Arief yang aku kenal bukan pengecut macam ni. Dia akan pertahankan milik dia, bukannya suka-suka ceraikan isteri lepas tu bagi dekat lelaki lain " panjang lebar Zaqif memarahinya.

Arief diam. Dia tiada jawapan. Kata-kata Zaqif dan Puan Fatimah menyedarkannya.

*****

" Dya betul ke kau nak pergi dari sini? " soal Laura sedih.

Widya mengangguk.

" Aku dah takda apa-apa kat sini Ara. Semua dah berakhir. Arief dah tak sayangkan aku lagi " .

" Dya, kau masih ada aku. Aku sayang kau Dya. Kau tahu kan kau jer satu-satunya BFF aku. Selain Zaqif, mak ayah aku, anak aku, kau lah satu-satunya tempat aku mengadu. Aku tak nak kau jauh daripada aku " Laura sedih apabila Widya membuat keputusan untuk meninggalkan Malaysia dan pergi ke US.

" Iya Ara, aku tahu. Aku sayangkan kau jugak. Kau jangan risau lah, bila kau rindu aku kau datanglah US jumpa aku. Aku nak cari ketenangan aku. Kat sini terlalu banyak kenangan aku dengan Arief " .

" Dya, Arief kan tengah sakit. Ingatan dia masih tak pulih lagi. Aku yakin dia tu sayang sangat dengan kau. Percayalah. Keadaan yang memaksa sebab tu dia jadi macam tu " pujuk Laura.

" Ara, kenapa aku tak bahagia macam kau dengan Zaqif? "

" Dya kenapa kau cakap macam tu. Ini semua ujian Allah. Kau kena kuat. Jangan cakap macam tu, aku tak suka " Laura menarik Widya ke dalam pelukannya.

Kadang-kadang kita kena tahan sakit yang sedikit, demi kebahagiaan yang selama-lamanya.

*****

" Mine " .

" You nak apa lagi Amshar. Cukup lah. Please jangan ganggu I lagi " .

" You tahu kan betapa I cinta and sayangkan you sepenuh hati I. I ikhlas dengan you Mine. Kita bina hidup baru please " rayu Amshar lagi.

" Mine, takda sedikit pun ruang dalam hati you untuk I ke? " .

" Am, please. Berapa kali I nak cakap. You deserve to be happy with someone else " .

" Tapi I cintakan you. I tak boleh paksa hati I untuk cintakan orang lain Mine. I tahu I salah dulu. Tapi I cuma nak jadi anak yang baik sebab tu I ikut cakap mama I. Tapi I silap Mine. I sepatutnya pertahankan hubungan kita " .

" Tengku Amshar, yes kita pernah ada hubungan. I pernah sayangkan you, cintakan you. Kita pernah berkongsi hidup. Lalui suka duka bersama. Tapi semua tu dah berakhir. I dah maafkan you. Dan I tak pernah salahkan mama you sebab kita berpisah, ni aturan Allah. Dah tertulis kita tak berjodoh Am. Mungkin dulu hati I untuk you tapi bukan sekarang. Hati I sepenuhnya untuk suami I " jelas Widya panjang.

Air mata Amshar bergenang. Kali ini dia tewas. Dia harus menerima kenyataan Widya bukan untuknya.

" Jasmine, If I could turn back time, I will go back to the day I met you for the first time. I will tell myself that I shouldn't get attached with a stranger. I shouldn't let my guards down. I shouldn't let myself falling for you. Because to me, once I fell in love & get attached with someone. It's hard for me to say goodbye to them. It's really hard for me to accept what's going on right now. It feels like I lose another part of myself. I never felt this kind of pain before. I just want to be happy. Why it's hard for us to be together. If I could turn back time, I hope I won't see your face because right now I am suffering a lot to forget you and our memories. I am still trying " air mata yang ditahan Amshar gugur jua.

" Maafkan I Am. I know you deserve to be happy with someone else " hati Widya sedikit terusik melihat Amshar. Lelaki yang pernah bertakhta dihatinya itu.

" It's okay Mine. I always doakan you bahagia. I kena terima kenyataan ni. Assalamualaikum " Amshar terus berlalu dari rumah Widya.

Widya hanya memerhati langkah Amshar. Hatinya tersentuh melihat lelaki itu. Tetapi dia tidak boleh menipu perasaanya, cintanya buat lelaki itu sudah mati. Kini hanya Arief bertakhta di hatinya.

Baru sahaja Widya ingin masuk ke dalam bilik, dua orang lelaki bertopeng menarik tangannya.

Seorang lagi lelaki menekup mulutnya. Sesaat dua saat, Widya sudah tidak sedarkan diri.

Lelaki itu membawa Widya masuk kedalam van nya.

*****

Widya membuka perlahan matanya. Dilihat sekeliling, seperti stor lama yang sudah tidak digunakan lagi.

Tangan dan kakinya diikat. Widya cuba melepaskan diri namun gagal kerana ikatan di tangan dan kakinya terlalu ketat.

Pintu ditolak dari luar, muncul seseorang di hadapannya.

" Intan " .

" Eh dah bangun bekas madu aku ni " Intan menghampiri Widya. Pipi Widya dicengkam kuat.

" Sakitlah " Widya cuba menepis.

" Kau berani nak lawan aku? Ha? " pipi Widya ditampar kuat.

" Arghh " jerit Widya. Ada cecair merah mengalir di tepi bibirnya.

Intan ketawa puas.

" Kesian aku tengok kau ni, semua sayangkan kau. Tapi seorang pun takda dengan kau. Senang-senang jer aku nak culik kau kan " .

Puan Sri Nora dan Tan Sri Hashim masih belum pulang ke Malaysia manakala Shafiq masih di pejabatnya. Itu memudahkan Intan menculik Widya.

" Kau nak apa ha Intan ? Apa lagi kau nak? " .

" Aku nak kau mati. Hahaha. Tapi dengan perlahan-lahan. Aku nak kau terseksa. Macam mana kau seksa jiwa dan perasaan aku!! " .

" Intan tolonglah lepaskan aku.. " rayu Widya.

Intan mengeluarkan pisau lipat di dalam poket seluarnya. Pisau itu diletakkan di pipi Widya. Perlahan-lahan dia menoreh sedikit demi sedikit pipi Widya sehingga mengalirkan darah.

" Intan sakit.. Sakit Intan " pipinya terasa pedih.

" Tapi, sebelum kau mati. Aku nak Arief tengok kau. Tengok kau mati depan dia. Hahahaha " Intan ketawa seperti orang kurang waras.

Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poketnya. Nombor Arief di dail.

" Hello abang " .

" Intan? "

" Datang stor lama jalan cempaka 2 kalau abang nak tengok bini kesayangan abang ni selamat lagi " .

" Jangan main-main lah Intan " .

Intan ketawa lalu dia mendekati Widya, pipi Widya dicengkam kuat lalu dia menampar pipi itu sekuat hatinya.

" Arhh sakit. Lepaskan aku! " .

" Haa dah dengar kan suara isteri tercinta abang, datang sekarang kalau tak nak tengok mayat dia " Intan terus menamatkan panggilan.

" Lepaskan aku Intan. Jangan seksa hidup aku lagi. Aku tak pernah cari pasal dengan kau " rayu Widya.

" Hey betina kau lupa yang kau rampas Arief daripada aku. Kau tahu kan aku terlalu cintakan dia. Tapi dia tak pernah pandang aku. Yang dia nampak cuma kau! " tempik Intan.

" Patutlah kau tak pernah bahagia Intan, buang jauh jauh sifat hasad dengki tu. Tak elok simpan dalam diri. Sampai masa nanti boleh memakan diri sendiri " .

" Kau jangan nak ajar aku lah betina " kepala Widya ditolak kasar sehingga terhantuk di bucu meja disebelahnya.

Tudung berwarna turqoise yang dipakai Widya sudah penuh dengan darah.

Intan tersenyum puas memandang Widya. Hatinya puas.

*****

" Amshar " panggil Arief. Mujur sahaja Zaqif tahu alamat rumah Amshar.

Amshar keluar dari rumah untuk melihat gerangan yang memanggilnya.

" Arief? " .

" Am ikut aku " ajak Arief.

" Pergi mana? " soal Amshar.

" Ikut jer lah. Nanti dalam kereta aku bagi tahu " .

Amshar mengikut sahaja Arief. Di dalam kereta Arief menerangkan semuanya pada Amshar.

*****

" Intan! Intan " laung Arief.

Amshar dan beberapa orang polis menyorok disebalik pokok.

Intan keluar apabila mendengar namanya dipanggil.

" Abang Arief " Intan menarik Arief masuk ke dalam stor lalu menutup pintu stor itu secepat mungkin.

Arief terkejut saat melihat Widya. Wajah itu sudah tidak bermaya lagi. Jelas kelihatan wajahnya yang pucat.

" Intan apa awak buat dengan Widya? " soalnya.

Intan segera mendekati Widya. Pisau diatas meja dicapai.

" Abang, ceraikan perempuan ni. Rujuk semula dengan Intan " pisau diacukan pada leher Widya.

" Intan.. Intan letak pisau tu. Kita bincang baik-baik " Arief cuba memujuk.

" Taknak!! Ceraikan betina ni " pisau itu semakin hampir dengan leher Widya.

" Okay okay abang akan balik pada Intan, tapi tolong letak pisau tu " .

" Tak. Abang tipu! Kenapa abang tak pernah pandang cinta Intan? Yang abang nampak cuma betina ni ! " .

" Intan please jangan macam ni " .

" Arghh kalau abang tak ceraikan dia, Intan bunuh dia " .

Widya sudah menangis ketakutan.

" Letakkan pisau tu " Amshar dan beberapa orang polis masuk ke dalam stor itu.

" Kau.. Kau panggil polis. Tak guna !!! " .

" Hey letakkan pisau tu, lepaskan Widya " arah Amshar.

" Tak.. Aku nak perempuan ni mati " .

Widya bertindak menggigit tangan Intan. Serentak dengan itu pegangan Intan terlepas. Widya segera berlari ke arah Arief.

Intan mengejarnya pisau dihala ke perut Widya namun Amshar pantas menghalang. Amshar menolak Widya, pisau itu tepat tertusuk di perutnya.

" Amshar! " jerit Widya. Dia berlari ke arah Amshar.

Beberapa orang polis menahan Intan.

" Arghh lepaskan aku. Tak guna. Lepaskan aku!!! " .

Intan dibawa masuk ke dalam kereta polis itu.

" Am, bertahan Am. Sekejap lagi ambulans sampai " .

" Mine.. Maaf.. Maafkan I. I nak you tahu yang I, cin.. Cintakan you. Arief, jaga Mine baik-baik. Jangan sakitkan hati dia lagi "

" Am.. You kena kuat " .

" Mengucap Am " .

Sebaik sahaja Amshar mengucap dua kalimah syahadah, dia menghembuskan nafas terakhirnya.

*****

" Dya, terima kasih sebab sudi terima abang semula dalam hidup Dya " Arief mengenggam erat jemari Widya.

" Dya pun nak ucap terima kasih dekat abang sebab selama ni abang tahan jer dengan sikap Dya " balas Widya.

" Jom abang nak tunjuk sesuatu " .

Widya hanya mengikut langkah Arief.

Sebaik tiba di hadapan sebuah rumah berkonsepkan rumah Melaka, Arief berhenti.

" Cantiknya abang. Rumah siapa ni? Dya tak pernah tahu pun kat kampung abang ni ada rumah cantik macam ni " .

" Ini rumah kita sayang, dah lama abang bina rumah ni. Hasil daripada kambing dan lembu yang abang dah jual " .

" Yeke? Terima kasih abang " Widya seakan teruja.

" Jom masuk " Arief menarik tangan Widya masuk ke dalam rumah itu.

Perabot kayu telah pun tersusun lengkap di dalam rumah itu.

" Abang cantiknya, Dya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi Dya suka sangat. Terima kasih " .

Arief tersenyum gembira. Dahi Widya dicium seketika.

" Abang harap rumah tangga kita kekal bahagia selamanya dan walaupun ingatan abang belum pulih sepenuhnya, abang harap Dya sudi terima abang. Abang cintakan Dya sangat-sangat. Semoga rumah tangga kita diberkati Allah swt " .

" Ya abang, Dya pun cintakan abang. Aamin. Semoga kita kekal hingga ke syurga " .

Arief menarik Widya ke dalam pelukannya.

Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience