BAB 8

Romance Completed 26350

" Dya " panggil Puan Sri Nora sebaik melihat Widya masuk ke dalam rumah.

Widya datang menghampiri Puan Sri Nora dan Tan Sri Hashim di ruang tamu. Widya melabuhkan punggungnya disebelah Puan Sri Nora.

" Ada apa mama ? " soal Widya.

" Siapa lelaki tadi tu ? " soal Tan Sri Hashim.

" Erm..ermm. Macam mana nak cakap erk " Widya teragak-agak.

" Dya, papa cuma tanya. Siapa lelaki tadi tu ? " soal Tan Sri Hashim sekali lagi.

" Lelaki tu, dia lah calon suami Dya " balas Widya.

Terpancar wajah kegembiraan Tam Sri Hashim dan Puan Sri Nora.

" Kenapa tak ajak dia masuk ? " soal Tan Sri Hashim.

" Papa, kan dah lewat malam. Nanti apa pula jiran-jiran cakap. Lagipun tadi dia cuma temankan Dya jer. Risau Dya drive seorang " .

" Oh. Habis tu bila nak bawak dia jumpa papa ? " .

" Esok. Esok dia datang. Waktu lunch " .

" Haa baguslah tu. Tak sabar papa nak jumpa dia. Kan Nora ? " Tan Sri Hashim mengerling isterinya. Dia terlalu gembira kerana rancangannya berjaya.

" Betul tu bang. Esok mama masak lebih sikit ea " .

" Tapi.."

" Lah tapi kenapa pulak Dya ? " soal Tan Sri Hashim hairan.

" Dia bukan anak orang kaya. Kerja pun driver jer. Ayah dia dah meninggal sejak dia kecil lagi. Tinggal mak dengan adik beradik dia jer kat kampung " terang Widya.

" Dya, papa tak kisah semua tu. Harta tak menjamin kebahagiaan pun. Asalkan pekerjaan dia halal. Dya jangan risau, siapa pun dia papa tetap akan terima. Papa yakin pilihan Dya tak pernah salah. Insya Allah dia boleh bimbing Dya " .

" Papa, mama terima kasih sebab percayakan Dya. Dya janji Dya takkan sia-sia kan dia. Dya akan cuba jadi isteri yang baik " .

Puan Sri Nora menarik Widya ke dalam pelukannya. Tenang, ya itulah yang dirasakan oleh Tan Sri Hashim. Akhirnya terbuka juga pintu hati Widya untuk berkahwin.

" Assalamualaikum " .

Widya segera ke arah pintu lalu membukanya. Terpampang wajah Arief.

" Waalaikumsalam " Widya terpana sebentar melihat Arief. Arief kelihatan kacak memakai kemeja jeans berwarna biru cair.

" Haa masuklah " ajak Widya.

Arief hanya mengangguk lalu terus masuk.

" Duduk dulu. Saya nak panggil papa dengan mama sekejap " .

Arief senyum kecil lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.

" Mama, papa " panggil Widya.

Puan Sri Nora dan Tan Sri Hashim berada di dapur. Tan Sri Hashim gemar membantu isterinya memasak di dapur.

" Arief dah sampai " ujar Widya.

" Yeke ? Nasib baik dah siap masak. Abang pergi tengok dia dulu. Saya nak hidang makanan ni dulu. Widya, mari tolong mama " arah Puan Sri Nora.

Widya mengeluh perlahan. Dia tidak gemar melakukan kerja-kerja rumah.

" Pakcik " sapa Arief sebaik melihat Tan Sri Hashim. Dia segera bangun bersalam dengan Tan Sri Hashim.

" Apa khabar pakcik ? " soal Arief ramah.

" Baik. Alhamdulillah " balas Tan Sri Hashim. Dia kagum melihat Arief.

Mereka berdua duduk di sofa.

" Siapa nama ? " soal Tan Sri Hashim.

" Khairul Arief. Panggil Arief jer " .

" Arief, sedap nama tu " .

Arief ketawa kecil.

" Widya ada beritahu kamu kerja driver ya ? " .

" Ha'ah pakcik. Saya belajar setakat spm jer. Siapalah nak amik saya kerja kan. Setakat driver jer " .

" Oh. Takpa. Asalkan kerja tu halal. Kamu asal daripada mana ya ? " .

" Saya asal dari Melaka. Saya datang sini pun sebab nak cari kerja " .

" Berapa orang adik beradik kamu ? " .

" Lima orang. Saya nombor tiga. Kakak saya, dua-dua dah kahwin. Adik saya masih sekolah lagi " .

" Oh. Kenapa taknak sambung belajar ? " .

" Masalah kewangan. Mak saya cuma berniaga dekat warung kecil jer. Kalau saya sambung belajar, kesian dekat adik-adik saya " .

" Bagus kamu ni. Tak pentingkan diri sendiri. Pakcik yakin kamu boleh bimbing Widya jadi isteri yang solehah. Widya tu keras kepala sikit. Cakap pakcik ni pun, susah dia nak ikut. Ikut kepala dia jer. Dia jadi macam tu pun sebab seorang lelaki. Widya tu baik sebenarnya, tapi tu lah..pengalaman membuatkan dia jadi macam tu " .

Arief mengangguk kecil.

" Boleh saya tahu kenapa ? " soal Arief. Dia mula berminat mendengar cerita Tan Sri Hashim.

Belum sempat Tan Sri Hashim menjawab, Widya sudah datang hampiri mereka.

" Jom makan. Dah siap hidang dah tu " pelawa Widya.

" Haa yela. Mari Arief makan " Tan Sri Hashim bangun berlalu ke meja makan. Arief juga begitu.

Setelah Tan Sri Hashim berlalu ke meja makan, Widya pantas menarik lengan Arief. Arief yang terkejut segera menepis tangan Widya.

" Ekk eleh macam lah orang nak pegang sangat tangan dia " bebel Widya.

" Kan haram. Nanti lepas kahwin nak pegang 24 jam pun takpa " Arief tersenyum kecil.

" Ishh taknak pun lah. Dengar sini ea, jangan nak buat malu saya depan mama dengan papa. Jaga perangai tu sikit " pesan Widya.

" Iyalah, saya tahu " .

" Arief, Widya apa lagi tercegat kat situ ? Mari makan cepat " panggil Tan Sri Hashim.

Widya dan Arief terus berlalu ke meja makan.

Widya mengambil tempat di sebelah Puan Sri Nora manakala Arief, duduk di hadapan Widya.

" Macam mana boleh kenal ? " soal Tan Sri Hashim tiba-tiba.

" Haa kitorang.. " belum sempat Arief menghabiskan ayatnya, Widya pantas memotong.

" Arief ni kawan Zaqif, suami Laura. Tu yang kitorang kenal " Widya bimbang jika Arief membuka cerita pertemuan pertama mereka.

" Oh. Apa ea yang buat Arief tertarik dengan Widya ? " soal Puan Sri Nora pula.

Hairan dia melihat lelaki sebaik Arief mahu menerima Widya.

" Sebenarnya saya tak...auchhh " kata-kata Arief terhenti sebaik Widya memijak kakinya.

" Arief ok. Kenapa ni ? " soal Puan Sri Nora risau.

" Takda apa-apa " Arief tersenyum tawar.

Widya menjenggilkan matanya kepada Arief.

" Makan lah dulu. Lepas ni kita borak puas-puas " Widya memandang Arief yang hanya tunduk.

Selepas mereka semua makan, Tan Sri Hashim mengajak mereka semua berbincang di ruang tamu.

" Jadi, bila Arief nak hantar rombongan meminang ? Pakcik rasa lagi cepat lagi bagus " .

" Papa setuju ke kalau Dya kahwin dengan Arief ? " soal Widya pantas.

" Setuju sayang " .

Widya tersenyum kegembiraan, dia tidak perlu lagi runsing memikirkan lelaki tua itu.

" Kalau lagi cepat, lagi bagus " sampuk Puan Sri Nora. Dia sudah tidak sabar ingin menerima menantu.

" Saya tak kisah tapi keluarga saya jauh. Tunggu diorang betul-betul lapang baru boleh datang sini " .

" Kalau macam tu, pakcik rasa biar pakcik jer yang pergi rumah kamu, berbincang dengan keluarga kamu sendiri. Lagipun lagi cepat, lagi bagus " cadang Tan Sri Hashim.

Widya kaget mendengar cadangan Tan Sri Hashim, ' Haishh papa ni, sampai macam tu sekali. Tak sabar-sabar nakdapat menantu ' .

" Err..tak menyusahkan pakcik ke ? " soal Arief.

" Apa pula menyusahkan. Takde lah. Benda baik tak elok di lambat-lambatkan " .

" Kalau macam tu, Arief bagi jer alamat rumah Arief. Ahad ni pakcik dengan makcik datang " kata Puan Sri Nora pula.

Widya menjeling Arief sekilas.

Arief hanya tersenyum kecil.

' Senyum-senyum, suka lah tuh dapat kahwin cepat dengan aku ' Widya mengeluh perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience