BAB 33

Romance Completed 26341

" Apa yang dah jadi sebenarnya ? Cuba Dya bagi tahu papa dengan mama " desak Tan Sri Hashim.

Dia dan Puan Sri Nora tersentak melihat keadaan Widya. Shafiq juga begitu.

Widya masih lagi diam bersama sisa air matanya.

" Dya, kalau dia diam macam ni papa dengan mama tak tahu apa yang jadi " sampuk Puan Sri Nora pula.

" Adik, bagi tahu jer apa yang dah jadi. Apa yang Arief dah buat ? " soal Shafiq pula.

" Arief..Arief dia..." ayatnya tergantung disitu. Widya tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan pada keluarganya.

" Widya Jasmine apa yang dah jadi ? " tegas Shafiq. Shafiq seorang abang yang penyayang namun dia akan mula bertegas jika ada perkara yang tidak sepatutnya berlaku pada Widya.

Setelah didesak oleh Shafiq, barulah Widya menceritakan hal yang sebenar dari mula hingga akhir.

" Tak guna punya jantan ! Nampak jer baik perangai macam setan ! " marah Shafiq.

" Shafiq ! Jangan cepat sangat nilai orang. Kita tak tahu apa yang sebenarnya yang terjadi kan " nasihat Tan Sri Hashim.

" Betul tu Fiq. Tak baik cakap orang macam tu. Jatuh fitnah kalau Arief tak buat pun semua tu " sampuk Puan Sri Nora pula.

" Papa, mama dengar kan apa yang adik cakap tadi. Adik sendiri nampak. Fitnah apa pulak. Memang betul Arief tu lelaki tak guna. Dayus " .

" Shafiq sudah. Jangan keruhkan lagi keadaan " Tan Sri Hashim menenangkan anak lelakinya itu.

" Dya, Arief tahu Dya balik sini ? Dia izinkan ? " soal Puan Sri Nora.

Widya menggelengkan kepalanya perlahan.

Tan Sri Hashim mengeluh perlahan.

" Dya, berdosa tau keluar rumah tanpa izin suami. Dya nak jadi isteri nusyuz ke ? " soal Tan Sri Hashim.

Widya pantas menggelengkan kepalanya.

" Papa, suami yang perangai macam tu buat apa nak minta izin bagai. Tak penting pun. Papa dengan mama tak payahlah bela sangat Arief tu. Sebab papa dengan mama percaya sangat dekat dia lah sampai jadi macam ni. Dia naik lemak " .

" Walau apa pun yang terjadi Widya masih lagi isteri Arief. Dosa tetap berdosa Fiq. Jangan nafikan hukum Allah. Papa taknak anak papa jadi isteri derhaka. Tak cium bau syurga " .

Terus menitis air mata Widya. Hatinya cukup terusik apabila melibatkan syurga dan neraka.

" Sudahlah. Dya pergi naik atas. Solat subuh dulu. Tenangkan diri. Fikir sebaik mungkin " Puan Sri Nora terus menenangkan keadaan.

Widya perlahan-lahan bangun. Langkahnya terus diatur ke bilik.

********************************************************

" Mak malu dengan alang. Mak malu ! " luah Puan Fatimah. Air matanya berjujuran menitis.

" Mak, alang tak buat mak. Sumpah mak, alang memang tak buat. Intan yang perangkap alang " Arief berusaha membela dirinya.

" Jangan main dengan sumpah alang. Nanti makan diri sendiri " Puan Fatimah bangkit dari kerusi yang di duduknya.

" Apa lagi alang nak buat untuk mak percayakan alang ? Apa lagi mak ? Mak dah tak percaya anak mak sendiri ? " Arief memegang kaki Puan Fatimah.

Puan Fatimah yakin Arief tidak akan melakukan perkara terkutuk itu, tapi hatinya tetap bertegas setelah dia melihat keadaan Arief dan Intan malam itu.

" Alang kena bertanggungjawab " .

" Maksud mak ? " .

" Alang kena kahwin dengan Intan. Alang kena bertanggungjawab dengan apa yang alang dah buat " .

" Mak, tak mak..tak. Alang takkan kahwin dengan dia. Dya, Dya macam mana mak ? Alang cintakan Dya sorang jer. Akan tak buat apa-apa mak dekat Intan " .

" Keputusan mak muktamad alang. Itu pun kalau alang nak mak maafkan alang " Puan Fatimah terus berlalu. Dia juga tidak rela melihat Widya dimadukan. Namun dia terpaksa.

Arief buntu. Dia tidak tahu mana satu yang harus dipilih. Tidak mungkin dia akan sakiti Widya dengan berkahwin dengan Intan dan dia juga sangat perlukan kemaafan dari Puan Fatimah. Puan Fatimah adalah kunci dia ke syurga.

********************************************************

Widya menanti Laura dan Zaqif di Restoran Nasi Ayam. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan sahabatnya itu.

Dari jauh kelihatan Laura dan Zaqif berjalan beriringan. Zaqif menggenggam erat tangan Laura. Laura kelihatan lebih cantik ketika mengandung.Perutnya sudah pun nampak sedikit berisi.

" Dya ! Rindunya dekat kau " Laura terus mengambil tepat di hadapan Widya.

" Sayang, hati-hati sikit lah " Zaqif duduk di sebelah Laura.

" Amboi caring nya kau Qif " usik Widya. Hatinya disapa rasa sayu. Andai sahaja dia dan Arief begitu.

" Mestilah. Kau sejak bila bertudung ni ? " soal Zaqif. Dia aneh melihat Widya sudah bertudung.

" Ha'ah lah Dya dah bertudung. Makin cantik " Laura begitu teruja.

" Arief mana ? Bila sampai KL ? " soal Zaqif lagi. Sejak dari tadi dia mencari kelibat Arief.

" Aku balik sini sorang jer. Subuh tadi aku sampai " jawab Widya.

" Kenapa Arief tak balik sekali ? Pelik korang ni " soal Laura pula.

Widya menceritakan apa yang terjadi dari A-Z.

" Aku tak percayalah Arief macam tu. Aku kenal Arief tu. Dari zaman hingusan sampai sekarang, aku faham sangat perangai dia tu " kata Zaqif.

" Betul tu Dya. Takkan lah Arief sanggup buat macan tu. Aku rasa dia kena perangkap ni " sampuk Laura pula.

" Entahlah korang, aku pun tak tahu. Aku buntu. Sebab tu aku balik sini. Aku nak tenangkan fikiran. Tak nak serabut dah " .

" Dya, kau jangan buat keputusan terburu-buru dulu ya. Bagi kesempatan Arief jelaskan semua. Kau kena kuat. Kau kena percayakan Arief. Jangan percayakan orang lain " nasihat Laura. Dia faham benar dengan sikap Widya yang suka membuat keputusan tanpa berfikir panjang.

" Tapi aku nampak. Aku nampak dengan mata aku sendiri. Aku tak boleh tipu hati aku " perlahan-lahan air matanya menitis.

" Dya, tak semestinya apa yang kau nampak sama dengan apa yang kau fikirkan. Kau kena dengar penjelasan Arief " Zaqif masih lagi membela Arief.

" Untuk apa ? Untuk apa aku dengar penjelasan dia sedangkan dah cukup jelas. Korang tak rasa. Korang takda kat tempat aku, korang tak rasa apa yang aku rasa " Widya mengelap air matanya.

" Dya, bukan tu maksud kitorang. Takpalah Dya, kau fikir apa yang terbaik ya. Lagipun kau tengah mengandung kan sekarang ni. Emosi kau tak boleh terganggu " Laura mengusap perlahan tangan Widya.

" Betul tu Dya. Jangan stress sangat. Bahaya untuk kandungan kau. Arief tahu kau mengandung ? " soal Zaqif.

Widya menggelengkan kepalanya.

" Dya, kau patut bagi tahu dia "

" Ara, dalam keadaan sekarang aku rasa bukan masa yang sesuai untuk bagi tahu dia " .

Laura dan Zaqif hanya mengangguk faham. Laura adalah orang kedua yang Widya beritahu berita dia mengandung. Orang pertama pula ialah Puan Sri Nora.

********************************************************

Tok tok tok..

" Siapa pulak tu ? " soal Tan Sri Hashim pada isteri dan anaknya.

" Entah lah pa. Takpalah biar Fiq pergi tengokkan " Shafiq bangkit dari duduknya. Langkah diatur ke arah pintu.

Sebaik pintu dibuka, Shafiq terkejut melihat tetamu yang tidak diundangnya.

Bukk. Satu tumbukan diberi pada wajah Arief. Tidak cukup dengan itu, Shafiq menumbuk pula perut Arief.

Arief terus jatuh terduduk.

Tan Sri Hashim dan Puan Sri Nora terkejut melihat perbuatan Shafiq. Mereka berdua segera pergi ke pintu.

Shafiq sekali lagi ingin menumbuk Arief namun sempat dihalang oleh Tan Sri Hashim.

" Shafiq ! " .

" Biar pa. Biar Fiq ajar jantan tak guna ni ! " Shafiq sekali lagi menyerang Arief tetapi Tan Sri Hashim pantas menarik badan Shafiq ke belakang.

" Fiq nak bunuh dia ke ? Papa kata sudah, sudahlah. Jangan nak keruhkan lagi keadaan " marah Tan Sri Hashim.

" Mari masuk Rief " jemput Tan Sri Hashim.

Arief hanya menurut. Perutnya yang baru lepas ditumbuk, dipegang.

Mereka berempat duduk di ruang tamu.

" Papa, Rief kena fitnah. Rief tak salah. Rief tak buat semua tu. Papa dengan mama tahu kan Arief sayang sangat dengan Dya. Tolonglah percayakan Arief " .

Puan Sri Nora bersimpati melihat keadaan Arief.

" Iya Arief. Papa dengan mama percayakan kamu. Kami sebenarnya taknak masuk campur. Ini antara kamu dengan Dya. Papa harap kamu dengan Dya boleh selesaikan dengan cara yang baik " .

" Papa, apa ni ? Hey Arief kau jangan nak mintak simpati orang lah ! Dasar jantan tak sedar diri kan. Dah buat salah lepas tu nak menipu lagi. Eh jantan apa kau ni ? Kucing mana lah yang nak tolak ikan kan " Shafiq tersenyum sinis.

" Abang, demi Allah saya tak buat semua tu. Saya masih kenal lagi dosa pahala bang " Arief berusaha menafikan kata-kata abang iparnya itu.

" Eh kau tak payah nak.." belum sempat Shafiq menghabiskan ayatnya Tan Sri Hashim segera memotong.

" Sudah ! Dah lewat malam ni. Kita bincang esok jer. Arief, pergilah masuk bilik. Dya dah tidur kat atas tu " arah Tan Sri Hashim.

Arief hanya menurut. Dia terlalu rindukan Widya. Shafiq memandang dengan penuh perasaan benci pada lelaki yang sudah menghancurkan hidup adiknya.

********************************************************

Arief menolak perlahan-lahan pintu bilik Widya. Dilihat sekujur tubuh terbaring di atas katil.

Arief menghampiri Widya. Dia mengusap perlahan rambut Widya. Dahi Widya dicium.

Wajah Widya jelas menunjukkan kesedihannya. Arief terus baring di sebelah Widya.

Dia merapatkan badannya. Wajah Widya rapat di dadanya. Tangannya dilingkarkan pada pinggang Widya.

Dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar Widya menerimanya dan mempercayainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience