BAB 41

Romance Completed 26341

Widya mengeluh perlahan. Puas sudah dia cuba mengingatkan Arief, tetapi tidak berhasil. Arief tidak mampu mengingati apa-apa.

Terasa bahunya diusap dari belakang. Segera dia menoleh.

" Ara " terus dia memeluk sahabatnya itu.

" Dya, kau kena kuat. Ini semua dugaan dari Allah. Allah sayang kau, sebab tu dia uji " pujuk Laura.

Zaqif yang sedang mendukung anaknya itu mengangguk perlahan.

" Betul tu Dya. Aku yang kawan dengan Arief dari zaman hingusan lagi, pun dia tak ingat. Kau kena sabar " Zaqif Agak kecewa apabila Arief tidak mengenalinya.

Widya tersenyum kelat.

" Jangan sedih-sedih ea. Aku selalu ada dengan kau " .

Widya berasa sangat bertuah kerana memiliki sahabat seperi Laura, sentiasa ada ketika susah dan senang.

*****

" Intan tak nak jaga dia. Susah lah. Dah lah tak boleh berjalan, hilang ingatan pulak tu " dengus Intan.

" Intan, heyy kau dah gila? Kau sayang ke tak dekat alang? Ha? Kau ni kan memang lah " marah Ayu.

" Akak, Intan takda masa lah nak jaga dia. Dah lah menyusahkan. Suruh lah si Widya tu jaga, dia kan sayang sangat dengan abang " jawab Intan kasar.

" Kau ni memang dasar tak guna! Oh bila dah jadi macam ni, kau tinggalkan dia. Kau tunggu lah balasan nanti " .

" Akak jangan cakap macam akak tu sempurna sangat. Akak jangan lupa apa yang akak dah buat selama ni " .

" Tapi aku tak sekejam kau! Tak guna " Ayu terus berlalu.

" Bodoh punya perempuan " Intan tersenyum sinis.

*****

" Takpa mak. Biar Dya jaga abang Arief ya " .

" Betul ke ni Dya? Tak susahkan dia nanti ? " soal Puan Fatimah.

" Mak, abang kan suami Dya. Memang tanggungjawab Dya. Mak jangan risau, Dya akan bawak abang pergi terapi supaya dia boleh jalan balik " .

" Terima kasih Dya. Mak bersyukur sangat dapat menantu macam Dya " .

Widya tersenyum kecil. Walaupun dia tahu bukan mudah untuk menjaga orang sakit, dia sendiri tidak pernah menjaga orang sakit seumur hidupnya. Tetapi demi Arief dia sanggup.

*****

Tan Sri Hashim dan Puan Sri Nora membantu Widya membawa Arief masuk ke dalam rumah. Walaupun mereka agak kecewa apabila diberitahu Arief hilang ingatannya, tetapi mereka harus membantu Widya. Sudah terlalu banyak penderitaan yang Widya lalui sepanjang perkahwinan nya. Moga kali ini bahagia miliknya.

" Arief, jangan segan-segan ya. Buat rumah ni macam rumah Arief sendiri okay ? " Tan Sri Hashim mengusap perlahan bahu menantunya itu.

Arief mengangguk perlahan. Sejak tadi dia masih kagum dengan suasana rumah itu. Bagaikan istana. Matanya masih memerhati di sekeliling rumah.

" Jom Dya bawak abang masuk bilik " Widya menolak perlahan kerusi roda yang duduki Arief.

Oleh kerana Arief tidak mampu berjalan, dia harus menggunakan kerusi roda sehingga kakinya pulih semula. Widya dan Arief berpindah dibilik bawah agar mudah pergerakan Arief.

Widya menutup daun pintu biliknya. Tudungnya dibuka. Arief memandang Widya tanpa berkedip. Cantiknya!

" Kenapa tengok Dya macam tu? " soal Widya apabila melihat pantulan cermin, Arief memandangnya pelik.

Arief menggeleng perlahan. Matanya di kalih ke arah lain.

Widya tersenyum kecil. Arief bukan seperti yang dahulu, yang sentiasa berceloteh dan bukannya seorang yang pendiam. Jika ada peluang, pasti dia akan mencari gaduh dengan Widya. Widya mengeluh perlahan. Sungguh dia rindukan Arief yang dahulu.

" Abang nak makan ? " soal Widya.

Arief menggeleng lagi.

Ah Widya buntu. Apa yang harus dilakukan. Dia dengan Arief sudah seperti orang asing.

" Abang nak rehat ? " soalnya lagi. Dengan harapan Arief akan menjawab soalannya dengan jawapan yang keluar dari mulut bukannya perbuatan.

Kali ini Arief mengangguk.

Widya tersenyum kelat. Hatinya agak kecewa dengan jawapan yang diberikan Arief.

" Takpa, biar Dya tolong abang bangun lepas tu baring atas katil okay " .

" Takpa, saya boleh buat sendiri " tolak Arief.

Hati Widya bagai disiat-siat. Arief sangat berbeza jika dibandingkan dengan dahulu.

" Takpa Dya tolong " Widya cuba memujuk Arief lagi.

" Saya rasa awak tak pekak lagi kan? " sindir Arief.

Widya mati kata. Tubir matanya sudah bergenang dengan air mata.

Arief mendekatkan lagi jarak kerusi rodanya dengan katil. Perlahan-lahan dia bangun. Tangannya dipautkan pada almari kecil disebelah katil.

Widya teragak-agak untuk membantu. Jatuh Kasihannya melihat kesusahan Arief.

Perlahan-lahan dia bergerak ke arah Arief, lengan Arief dipaut untuk membantu. Sangkanya Arief akan lembut hati untuk menerima bantuannya, namun dia silap. Arief menepis kasar tangannya.

Widya tergamam.

" Kau faham bahasa tak? Aku tak perlukan pertolongan sesiapa! Aku boleh buat sendiri! " tengking Arief.

Bahu Widya terhincut sedikit. Sepanjang dia mengenali Arief, Arief tidak pernah begitu. Meninggikan suara pun tidak pernah apatah lagi menengking.

Widya tidak betah lagi untuk berada disitu, dia terus keluar dari bilik. Air matanya sudah laju mengalir.

Arief mendengus kasar.

" Arghhh kenapalah aku tak ingat apa-apa " rambutnya diramas kasar.

Setelah berkali - kali dia cuba memanjat katil, akhirnya berjaya. Bukan niatnya ingin memarahi Widya. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya.

*****

" Hai baby " Danial mengusap perlahan pipi Intan.

" You lambat sayang " rajuknya.

Danial dan Intan sudah berkenalan sejak mereka berada di US lagi.

" Sorry baby. I ada kerja tadi " .

" Okay lah. I maafkan " .

" You dah kahwin? " soal Danial.

Sudah lama dia tidak berhubung dengan Intan. Sejak Intan pulang ke Malaysia, baru kali ini mereka berjumpa kembali.

Intan mengangguk perlahan.

" Baru ingat nak ajak you kahwin " .

" Danny. You main-main kan? " .

Danial? Siapa sahaja yang tidak mahu berkahwin dengannya. Jejaka itu anak jutawan. Hartanya melimpah ruah. Pasti hidup senang jika berkahwin dengannya.

" No baby. I series. Tapi you dah kahwin kan. Suami you tahu tak you jumpa I ni? " .

" Tak " .

" Dia tak marah? " .

" Tak. Dia tak ingat I pun. Dia baru lepas kemalangan, dia hilang ingatan " .

" Then siapa jaga dia? "

" Wife dia ada. I wife no dua dia " .

Danial ketawa kecil. Tidak sangka bekas teman wanitanya itu hidup bermadu.

" Why you ketawa? Tak lawak lah " .

" Takdalah baby. Macam kelakar pulak you kahwin dengan suami orang. Hensem sangat ke? Eh silap, kaya sangat ke? " Danial menyindir Intan.

Tahu sangat dia dengan perangai pisau cukur Intan.

Intan menjeling tajam. Dia menceritakan semua yang terjadi antara dia dengan Arief.

Tanpa disedari ada mata yang melihat dia bersama dengan Danial daripada jauh.

*****

Widya memandang kosong ke arah kolam renang. Hatinya berkecamuk. Baru sahaja sehari, dia sudah tewas dengan Arief.

Perutnya dipegang. Hampir terlupa dia sedang mengandung. Demi anaknya dia harus kuat. Biarpun sekarang Arief masih belum dapat menerima kehadirannya, dia harus berusaha agar Arief kembali pulih seperti dahulu.

Perkahwinannya diuji dengan pelbagai dugaan. Sudahlah dimadukan, kini suaminya pula hilang ingatan.

Widya kembali masuk ke dalam bilik setelah fikirannya agak tenang. Dia melihat sekujur tubuh sedang berbaring.

Perlahan-lahan Widya mendekati Arief. Wajah Arief ditatap. Kesan lebam dimukanya masih ada. Wajah itu terlalu dirinduinya.

Dahi Arief dikucup seketika. Dia berjanji pada dirinya akan memulihkan Arief semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience