BAB 11

Romance Completed 26350

" Abang, menyampah betul saya tengok bini alang tu. Dia ingat dia cantik sangat ke ? " bebel Ayu pada suaminya, Rahim.

" Biarlah dia. Kita ni tak payah sibuk dengan rumah tangga orang. Kita jaga rumah tangga kita sendiri jer " .

" Ishh abang ni kan. Saya tak faham betul lah kenapa semua orang sibuk berpihak dekat perempuan tu " .

" Dah lah tu. Saya nak pergi keluar sekejap " Rahim bingkas bangun keluar dari rumah.

" Eh abang, nak pergi mana tu ? Saya belum habis cakap lagi ni " .

Rahim tidak menghiraukan panggilan dari isterinya itu. Dia terus berlalu memecut motornya.

" Ish orang tua ni kan. Aku belum habis cakap dia dah berambus " Ayu merengus kasar.

Telefon bimbit jenama lenovo miliknya berbunyi tanda ada mesej masuk di aplikakasi whatsapp. Ayu pantas membuka.

Intan
Akak, betul ke abg Arief dah kahwin ? Sampai hati kan buat Intan macam ni. Cantik sangat ke bini dia tu ?

Ayu
Ha'ah dia baru jer nikah. Takda lah lawa mana. Akak pelik tau Intan, tiba² alang buat keputusan nak kahwin.Akak rasa bini dia tu upah dia jadi pak sanggup.

Intan
Intan sedih tau tak. Hancur hati Intan. Intan rasa give up sangat.

Ayu
Intan jangan risau. Akak tahu macam mana nak ajar betina tu nanti. Intan cepat² balik malaysia.

Intan
Okey kak. Intan harapkan akak.

Perbualan mereka melalui aplikasi whatsapp terhenti di situ.

' Siaplah kau betina. Kau ingat kau boleh menang ? ' Ayu tersenyum sinis.

Sudah seminggu Arief dan Widya bergelar suami isteri. Widya masih lagi dengan sikap dinginnya itu.

" Dya " panggil Arief perlahan.

Widya memandang ke arah Arief.

" Apa ? " soal Widya kasar.

" Saya nak cakap something " .

Widya seakan berminat untuk mendengar. Dia bangun dari katil dan pergi ke arah Arief.

" Awak nak cakap apa ? " .

" Saya ingat, saya nak berhenti kerja " .

" What ? Seriously ? " riak wajah Widya gembira.

" Ha'ah. Saya memang series nak berhenti kerja " .

" So awak dah setuju lah nak kerja dengan abang Shafiq ? "

" Tak. Saya berhenti kerja bukan sebab nak kerja dengan abang Shafiq. Tapi sebab saya nak balik kampung. Saya nak kerja kat sana dan awak kena ikut saya " .

" What ? Are you kidding me Arief ? " Widya mula baran.

" Itu keputusan saya. Kalau awak tak ikut, saya akan bagi tahu dekat papa dengan mama yang awak cuma upah saya kahwin dengan awak sebab awak taknak kahwin dengan lelaki tua tu " .

" Jadi awak nak ugut saya ? So childish " .

" Terpulang awak nak cakap apa. Yang penting awak kena jugak ikut saya " .

Widya memandang tajam ke arah Arief. Hatinya panas.

' Arghhh. Kenapa lah aku jumpa lelaki macam ni. Menyakitkan hati betul ! ' .

' Eh eh cik Enon ni, dia ingat dia bagus sangat. Haa kita tengok ea siapa lagi bagus ' .

Masing-masing hanya bermonolog di dalam hati.

" Dah lah saya nak tidur. Penat bercakap dengan orang macam awak " Arief terus baring di sofa.

" Oh penat ? Bercakap dengan orang macam apa ? Arghh kenapa lah awak macam ni ! " .

Arief tidak menghiraukan Widya. Dia terus melelapkan matanya.

" Arief ! Saya tengah bercakap dengan awak ni " .

Arief berpura-pura tidak mendengar. Sengaja dia membuat bunyi dengkuran halus untuk menyakitkan lagi hati Widya.

" Omg ! Seriously ? I hate you so much Arief ! " Widya terus berlalu ke katilnya.

' Elehh benci konon. Takpa nanti aku buat kau jatuh cinta dengan aku ' Arief tersenyum kecil.

Tepat jam 6.00 pagi, Arief terjaga dari tidurnya. Dia memerhati Widya yang masih lagi lena tidur di atas katil.

Arief segera bangun dan mencapai tuala mandinya lalu masuk ke dalam bilik air.

Selesai mandi, Arief segera bersiap untuk menunaikan solat subuh.

Widya masih belum bangun. Arief pergi ke arah Widya untuk mengejutkannya.

" Widya " panggil Arief perlahan.

Tiada sahutan.

" Widya, bangun mandi. Solat subuh " sekali lagi Arief memanggil.

Tiada juga sahutan.

" Widya Jasmine, bangun mandi lepas tu solat subuh " Arief menguatkan sedikit suaranya.

Widya masih tidak sedar dari lenanya.

' Eh Minah ni, tidur mati ke apa ' .

" Widya bangun ! Rumah terbakar ! " jerit Arief sambil menggoyangkan badan Widya.

Widya yang terkejut segera bangun.

" Haa ? Haa ? Mana api ? Cepat lari " Widya terus menarik tangan Arief.

" Eh nak pergi mana ni ? " soal Arief. Dia menahan tawa melihat Widya kelam-kabut.

" Lari lah. Kan rumah terbakar. Cepat, selamatkan diri " Widya kembali menarik tangan Arief.

Arief menarik tangannya semula.

" Hey, tak ada apa yang terbakar. Sekarang dah pukul 6.30 pagi, cepat mandi lepas tu kita solat subuh berjemaah " Arief mencuit pipi Widya perlahan.

Widya menarik muka masamnya.

' Hish dia ni, suka kenakan aku ' .

" Dah tu yang awak jerit cakap rumah terbakar tu kenapa ? " .

Arief ketawa kecil. Lucu melihat wajah Widya. Arief mengelak rambut Widya ke belakang.

" Dya, banyak kali saya kejut awak tau. Tapi awak buat tak tahu jer, jadi saya jerit lah cakap rumah terbakar " lembut sahaja Arief menuturkan kata.

' Alamak kenapa jantung aku ni laju jer berdegup. Saja lah mamat ni nak cairkan aku ' .

Widya termenung seketika.

" Dya " Arief menampar perlahan pipi Widya.

" Hurm " Widya tersedar dari lamunannya.

" Sayang, cepat bangun mandi lepas tu kita solat berjemaah. Tak baik lewat-lewatkan solat " Arief mencuit hidung Widya lalu terus masuk ke dalam bilik air untuk mengambil semula wudhuk yang sudah batal kerana menyentuh Widya.

" Dia panggil aku sayang ? Ke aku yang salah dengar ni ? " Widya tersenyum sendirian. Sedikit sebanyak tingkah laku Arief terhadapnya berjaya mencuri hati Widya.

Selesai solat subuh Widya terus turun ke dapur. Ya, walaupun dia tidak gemar membuat kerja-kerja dapur.

" Mama " panggil Widya.

Puan Sri Nora sibuk membuat sarapan.

" Hai princess mama ni. Awal bangun. Selalunya selagi matahari tak terpacak atas kepala selagi tu lah Dya tak bangun " .

" Mama ni, perli Dya pulak. Dya bangun awal salah, lambat salah. Nanti Dya tak bangun terus baru mama tahu " Widya memuncungkan mulutnya tanda protes.

Puan Sri Nora ketawa kecil.

" Ke situ pulak Dya ni. Yelah mama lupa yang anak mama ni dah jadi isteri orang " .

" Hurm tahu pun. Mama masak apa tu ? " .

" Nasi lemak. Arief mana ? " .

" Ada kat luar kot. Ambil angin " .

" Dya pergi lah layan dia. Kesian dia " .

" Ma, Arief bukan budak kecik lagi yang Dya nak kena layan. Dia dah besar, pandai lah dia bawak diri " .

" Dya ni kan, tak pernah tak tak melawan bila mama cakap. Pergi jer lah tengok kan Arief tu " .

" Hurm yelah-yelah " Widya berlalu untuk mencari Arief.

Arief tersenyum sendirian mengenangkan peristiwa ketika subuh tadi.

Dia berasa beruntung kerana memiliki Widya. Dia yakin suatu hari nanti Widya akan berubah.

' Dah kenapa senyum seorang - seorang ? Buang tabiat ke apa laki aku ni ' .

Widya terus meluru ke arah Arief.

" Awak " sergah Widya.

Arief tersedar dari lamunan nya.

" Eh Dya " Arief tersenyum kecil.

" Awak kenapa ? " .

" Kenapa apa ? " Arief menayangkan muka bingungnya.

" Tadi saya tengok awak senyum sorang - sorang, kena sampuk ke apa ? " .

" Tak adalah. Mana ada. Senyum kan sedekah. Senyum jugak boleh hilangkan stress " .

" Yeke ? Dah macam orang kurang siuman adalah saya tengok " .

" Eh mana ada. Sebenarnya orang kurang siuman ni macam awak " .

" Kenapa pulak macam saya ? " .

" Tak ada apalah. Abaikan. Dya awak marahkan saya ke ? " .

" Marah sebab apa pulak ? " .

" Sebab saya nak nak duduk dekat kampung. Dya saya bukan apa, tapi saya nak usaha sendiri. Bukan saya tolak kerja dengan abang Shafiq sebab saya rasa saya hebat. Tapi saya tak berminat. Saya tahu saya bukan orang kaya. Saya tak mampu nak sediakan awak kemewahan. Tapi saya cuba Dya, saya cuba untuk bahagia kan awak " .

Widya tersentap dengan kata-kata Arief. Hatinya sedikit terusik.

" Erm..Arief saya sebenarnya.. " .

" Dya ! Arief ! Mari breakfast. Mama dah siapkan ni " belum sempat Widya menghabiskan ayatnya Puan Sri Nora sudah memanggil mereka untuk bersarapan.

" Jom lah. Mama dah panggil tu " Widya terus berlalu ke ruang makan.

Arief hanya mengikut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience