BAB 35

Romance Completed 26350

" Sumpah Qif, aku tak buat semua tu. Kau kenal kan aku macam mana ? " .

" Iyaa Rief aku percayakan kau. Tapi Dya ? Keluarga kau ? Keluarga Dya ? Macam mana ? " soal Zaqif.

Laura muncul dari dapur bersama dulang di tangannya. Air di dalam teko di ruang ke dalam cawan.

" Terima kasih Ara. Buat susah-susah jer " ucap Arief.

" Tak susah pun. Buat air jer Arief " balas Laura.

" Dya tak percayakan aku " keluh Arief.

" Siapa yang nak percaya Rief kalau dah depan mata dia benda tu jadi " tambah Zaqif. Rasa kasihan menerpa dalam hatinya melihat Arief.

" Aku buntu. Aku tak tahu nak buat apa. Sekarang ni mak aku suruh kahwin pulak dengan Intan. Aku tak nak.. aku tak salah Qif " .

Laura tergamam seketika.

" Kesian dekat Dya. Lagi-lagi dalam keadaan sekarang. Ara rasa Dya mesti stress nanti " .

" Intan tu dah melampau sangat. Sanggup dia perangkap kau kan " marah Zaqif.

" Tulah aku pun tak sangka. Dia terlalu banyak dah berubah. Sampai aku dah tak kenal dia yang dulu " .

Telefon bimbit Arief berbunyi tanda ada mesej masuk.

Alang kat mana ? Balik cepat. Mak dah siapkan semua persiapan majlis. Intan dah mengandung. Nak atau tak alang kena juga bertanggungjawab.

Terasa sesak dada Arief saat membaca pesanan ringkas dari Aisyah.

" Kau ok Rief ? " soal Zaqif.

Arief pantas menghulurkan telefon bimbitnya pada Zaqif.

***************

Jemput datang ye maduku. Hahahaha. Aku dah dapat abang Arief. Jangan lupa datang majlis aku nanti.

Widya dengan pantas mematikan telefon bimbitnya. Dia tidak betah lagi dengan gangguan daripada Intan.

Nombor telefon Laura pantas didail.

" Dya kau ok ? " .

" Aku ok. Kau free tak ? Aku nak jumpa kau " .

" Boleh jer. Kat mana ? " .

" Tempat biasa. Lagi 15 minit aku sampai " .

" Ok " panggilan terus ditamatkan oleh Widya.

****************

" Alang takkan kahwin dengan Intan. Alang tak salah. Alang tak buat apa-apa pun dekat Intan ".

" Tak buat apa-apa kau cakap, kalau tak buat apa-apa takkan lah Intan mengandung " marah Ayu.

" Tak angah. Alang tak sentuh dia pun. Dia yang perangkap alang. Alang tak peduli, alang takkan kahwin dengan dia " .

Intan tiba-tiba muncul dari dapur. Di tangannya terdapat sebilah pisau.

Pisau itu diacukan ke nadinya.

" Baik Intan mati jer. Intan tak sanggup nak tanggung malu. Intan tak nak anak ni lahir tanpa ayah " .

" Intan, jangan buat macam ni nak " Puan Fadzilah cuba untuk menahan Intan.

" Intan tak peduli mak, kalau abang Arief taknak kahwin dengan Intan, Intan bunuh diri " .

Arief sudah serba salah melihat Intan. Dipandang seketika wajah Puan Fatimah. Wajah Puan Fatimah jelas menunjukkan dia terlalu berharap Arief menuruti permintaannya.

" Alang ! Tolong lah. Dalam keadaan macam ni pun kau nak degil lagi ke ? " marah Ayu.

" Ok alang akan kahwin dengan Intan " .

Arief terus menghembuskan nafasnya perlahan.

Pisau di tangan Intan segera dirampas oleh Puan Fadzilah. Intan bersorak riang di dalam hatinya.

***************

" Cuba kau fikir balik Dya, perempuan tu kan gila. Dia sanggup buat apa jer asalkan dapat Arief. Kau sepatutnya percayakan Arief, bukannya perempuan tu " .

" Tapi Ara, benda tu berlaku depan mata aku. Aku nampak dengan mata aku sendiri apa yang jadi " .

" Macam ni lah Dya, aku tak paksa kau untuk percayakan Arief sepenuhnya. Tapi dengan apa yang kau cerita dekat aku tadi, aku yakin 100% perempuan tu perangkap Arief. Dia nak hubungan kau dengan Arief hancur " .

Widya terdiam seketika.

" Betul jugak Ara..Ya Allah kesian Arief " Widya meraup kasar wajahnya.

" Tu lah kau Dya. Aku kenal sangat dengan kau ni, suka buat keputusan terburu-buru. Kau sepatutnya percayakan suami kau sendiri, bukannya orang luar " .

" Salah aku jugak Ara sebab tak percayakan dia. Kejamnya aku Ara, sepatutnya aku ada dekat sisi dia dalam keadaan sekarang ni. Ara aku taknak jadi isteri derhaka. Ara aku taknak masuk neraka " .

" Relax Dya relax. Kau tak boleh stress. Macam ni lah, first sekali kau contact Arief lepas tu kau buat lah apa yang sepatutnya kau buat " Laura mengelap air mata Widya.

Widya mengangguk perlahan.

" Thanks Ara " .

Laura mengusap perlahan bahu Widya. Lega hatinya dapat memujuk Widya mempercayai Arief.

***************

Sampai sahaja di rumah Widya terus masuk ke dalam. Sebaik sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah dia terkejut melihat ' tetamu yang tidak diundang ' .

" Hai Min " .

" You buat apa kat sini ? " soal Widya pantas.

Belum sempat Tengku Amshar menjawab soalan Widya, Shafiq muncul dari dapur.

" Adik dah balik " tegur Shafiq.

" Kenapa abang bawak dia datang sini ? " soal Widya kepada Shafiq pula.

" Dik, biasalah business " .

" Kenapa nak sibuk-sibuk bincang dekat rumah pulak. Semak lah " Widya terus mendaki tangga ke atas.

Tengku Amshar terdiam kelu.

" Sorry Am. Biasalah perempuan mengandung ni lain macam sikit " .

" Mengandung ? Min mengandung ? " .

" Ha'ah. Baru jer lagi tu perut dia tak nampak sangat " .

Tengku Amshar tersenyum kelat. Peluangnya untuk mendapatkan Widya semula semakin tipis.

***************

Widya mencampakkan tas tangannya di atas katil. Panas hatinya apabila melihat Tengku Amshar.

Tudung yang dipakai pantas dibuka.

Kenangan lama dia dan Tengku Amshar bermain di fikirannya semula.

" Min, walau apa pun yang jadi I tetap sayangkan you. Takda siapa boleh halang cinta kita melainkan Allah. I nak you tahu, you lah cinta pertama dan cinta terakhir I. I love you Widya Jasmine " .

Kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Amshar hanya satu penipuan bagi Widya. Teganya lelaki itu melepaskannya begitu sahaja. Cintanya pada lelaki itu sudah mati, hatinya kini hanya dimiliki oleh Arief.

Arief !

Widya pantas mendail nombor Arief. Widya mengeluh perlahan apabila talian tidak aktif. Bermakna Arief mematikan telefonnya. Kerisauan mula bertandang di hati Widya.

***************

" Adik nak pergi mana ? " soal Shafiq apabila melihat Widya sudah bersiap.

" Adik nak balik Melaka " .

" Nak buat apa ? " suara Shafiq ditinggikan sedikit.

" Abang tanya nak buat apa ? Adik nak jumpa Arief lah. Sepatutnya adik ada dekat dengan dia sekarang ni " .

" Bahaya lah Min awak drive sorang-sorang. Dah maghrib ni " sampuk Tengku Amshar.

" You tak payah nak menyibuk lah " jari telunjuknya tepat di wajah Tengku Amshar.

" Adik, kenapa biadap ni ? " marah Shafiq.

Widya memberi jelingan tajam kepada Tengku Amshar sebelum dia berlalu keluar.

Mujur sahaja Puan Sri Nora dan Tan Sri Hashim tiada di rumah. Jika tidak pasti keadaan akan menjadi lebih gawat.

***************

Tepat jam 9.30 malam Widya sampai di rumah mertuanya. Widya berasa tidak sedap hati apabila melihat rumah ibu mertuanya itu dipenuhi orang kampung.

Segera Widya keluar dari kereta.

Jantungnya bagai terhenti seketika.

" Abang.. " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience