BAB 39

Romance Completed 26350

" Dya, abang kena pergi sekarang. Intan masuk hospital " terang Arief. Tangan Widya digenggam erat.

Widya menarik semula tangannya. Pedih hatinya saat mendengar nama Intan.

" Abang pergi dulu ya. Sayang jaga diri " Arief mencium ubun-ubun Widya.

Arief tersenyum memandang Widya sebelum melangkah pergi.

Widya hanya memandang Arief sehingga bayang lelaki itu hilang.

Dia menggenggam tangannya. Air mata cuba ditahan. Dia sudah tiada kudrat lagi untuk menangis.

Tanpa Widya sedar, ada mata yang memerhatinya.

**************

Arief segera memandu terus ke Hospital Besar Melaka. Dia agak terkejut mendengar berita Intan ditahan wad.

" Assalamualaikum " ucap Arief sebaik sampai di wad.

Semua ahli keluarganya ada. Dipandang seketika Intan yang terlantar di katil. Wajahnya pucat.

" Apa yang jadi ? " soal Arief.

" Intan stress. Ini semua sebab kau tau alang. Laki jenis apa kau ni ha ? " marah Ayu.

" Kenapa pulak sebab alang ? " soal Arief semula.

" Kamu tu dah macam orang gila talak. Widya tu pandai lah dia bawak diri. Kamu abaikan Intan. Mana tanggungjawab kamu ? " marah Puan Fadzilah pula.

" Widya masih isteri saya. Dia pun tanggungjawab saya jugak. Saya kena adil " jawab Arief.

Ayu ketawa sinis.

" Adil ? Adil apanya kalau kau tu asyik sebelahkan perempuan jalang tu ? Tu kau panggil adil ? " .

" Angah sudah lah tu. Kita kat hospital " tegas Puan Fatimah.

" Boleh tak Intan nak cakap dengan abang Arief berdua jer ? " soal Intan.

Ahli keluarganya yang lain memahami maksud Intan lalu keluar dari bilik itu.

" Abang " Intan meraih tangan Arief. Digengam erat.

Arief hanya kaku. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.

" Abang, maafkan Intan sebab ganggu kebahagiaan abang dengan Widya. Intan tak mintak banyak bang, Intan cuma nak abang layan Intan macam abang layan Widya. Intan nak abang adil. Anak dalam perut Intan ni anak abang " air matanya perlahan menitis.

Arief simpati melihat keadaan Intan. Meskipun dia marah dengan Intan namun dia masih punya hati.

" Intan, kenapa Intan jadi macam ni ? Intan dah lain sangat. Abang tak suka keadaan Intan sekarang. Terlalu banyak perubahan dalam diri Intan. Intan yang abang kenal dulu tak macam ni " .

" Abang, Intan yang dulu ke sekarang ke abang tetap tak cintakan Intan kan. Abang tetap pilih orang lain. Susah ke untuk abang terima Intan ? " .

" Intan, abang dah anggap Intan macam adik abang. Abang sayang Intan cuma sebagai adik abang jer. Tak pernah lebih dari tu. Cinta tak boleh dipaksa Intan. Mencintai tak bererti harus memiliki " Arief terus berlalu keluar.

Intan tersedu-sedan menangis. Kata-kata terakhir Arief bermain di mindanya.

' Mencintai tak bererti harus memiliki ' .

*************

" Dya dari mana ? " soal Puan Sri Nora.

Widya melabuhkan punggungnya di sebelah ibunya.

" Dya dari hospital, Laura dah bersalin " jawabnya.

" Alhamdulillah. Selamat jugak ya. Baby girl or boy ? " .

" Baby girl mama. Comel sangat " .

" Mama tak sabar nak tunggu Dya bersalin. Tak sabar nak timang cucu mama " .

Widya tersenyum kelat.

" Insya Allah mama. Mama doakan Dya dengan anak Dya selamat ya " .

" Mama sentiasa doakan anak mama ni " Puan Sri Nora mengusap perlahan bahu Widya.

" Mama tahu Dya kuat. Mama yakin Dya boleh tempuh dugaan ni. Mama akan selalu ada kat sisi Dya bila Dya perlukan " sambung Puan Sri Nora lagi.

" Terima kasih ma. Dya sayang mama sangat-sangat " lengan Puan Sri Nora dipeluk erat.

" Mengadanya adik ni " tegur Shafiq sebaik turun dari tingkat atas.

" Biarlah. Sibuk jer abang ni " Widya menjeling tajam ke arah abangnya.

Puan Sri Nora hanya tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.

" Mama, Fiq peninglah " adu Shafiq. Begitulah sikap Shafiq dan Widya, mereka berdua sangat rapat dan manja dengan Puan Sri Nora.

" Kenapa pulak ni Fiq ? " soal Puan Sri Nora.

" PA Fiq, dia resign tiba-tiba " terang Shafiq.

Widya hanya memerhati.

" Fiq tak tahu macam mana nak cari pengganti dia dalam masa terdekat ni " sambung Shafiq lagi.

" Adik tahu " sampuk Widya tiba-tiba.

Puan Sri Nora dan Shafiq serentak memandang Widya.

" Biar adik yang ganti tempat dia. Lagipun adik bosan lah. Adik janji, adik akan jadi PA yang paling baik untuk abang " ujar Widya.

" No. Adik kan tengah pregnant. Duduk rumah diam-diam " bantah Shafiq.

" Alorhh. Boleh lah bang. Please. Adik still boleh buat kerja walaupun tengah pregnant. Please abang " rayu Widya.

" Ok fine. Tapi tak boleh buat kerja berat-berat ok " setelah Widya memujuk berulang kali, Shafiq akhirnya terpaksa akur.

" Yeayyy, sayang abang " Widya tersenyum riang.

Puan Sri Nora tersenyum kecil melihat Widya. Dia tahu disebalik senyuman dan gelak tawa Widya tersimpan beribu kesedihan. Terkadang dia juga merasa kasihan melihat nasib puteri bongsunya itu.

*****************

Widya mengoles sedikit lipstick berwarna nude di bibirnya. Selepas melilit shawl, Widya terus mengambil tas tangannya lalu keluar dari bilik. Hari ini adalah hari pertama dia bekerja di Syarikat abangnya.

" Amboi mak buyung, bukan main lawa " tegur Shafiq sebaik melihat Widya turun dari tingkat atas.

" Mestilah kena lawa. Lagipun adik memang lawa kan " Widya ketawa kecil.

" Perasan " Shafiq menjuihkan bibirnya.

" Mama, Dya pergi dulu ya " Widya menciun tangan Puan Sri Nora.

" Hati-hati tau. Jaga diri " pesan Puan Sri Nora.

" Baiklah boss " .

" Fiq tengokkan Dya tau. Jangan buli Dya " pesan Puan Sri Nora pada Shafiq pula.

" Iya mama, Fiq pergi dulu " .

Puan Sri Nora hanya memerhati langkah kedua-dua anaknya.

Dalam hati dia tidak putus-putus mengucapkan syukur. Hatinya sedikit tenang melihat Widya. Ujian yang dilalui Widya membuatkannya bertambah matang.

**************

" Ni jadual abang. Kerja adik senang jer, ingatkan abang tiap kali ada meeting " Shafiq menghulurkan sehelai kertas kepada Widya.

Widya menyambut hulurannya. Dia mengangguk-angguk faham.

" Abang pergi buat kerja dulu. Apa-apa yang tak faham tanya jer staff yang lain, tak pun datang jer kat bilik abang " .

" Alright " .

Shafiq mengusap perlahan kepala Widya.

" Good luck Puan Widya Jasmine " Shafiq tersenyum kecil lalu terus berlalu ke biliknya.

Telefon di atas meja Widya berdering. Segera Widya menjawab panggilan.

" Hello, assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam. Ya ? Boleh saya bantu ? " .

" Saya nak jumpa Encik Shafiq pukul 3 petang nanti dekat Cafe Bistro " jelas lelaki itu.

" Erkk, Encik kena buat temu janji dulu. Tak boleh suka-suka jer nak jumpa. Pukul 3 petang nanti Encik Shafiq ada temu janji dengan client " .

" Tak kira. Saya nak jumpa jugak. Kalau dia tak dapat hadir, ganti jer dengan sesiapa " lelaki itu terus menamatkan panggilan.

" Eh eh sesuka hati dia jer. Haishh, dah lah main terjah jer " rungut Widya sendirian.

' Tapi kenapa suara dia macam familiar jer ea ' bisik hati Widya sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience