BAB 28

Romance Completed 26341

" Abang jom pergi makan ABC kat warung Mak Leha tu. Lama dah tekak Intan ni tak merasa ABC dia " ajak Intan.

" Tak nak lah. Abang bawak Intan datang sini sebab nak tengok rumah Intan jer kan " tolak Arief.

" Alah abang ni, dah alang - alang tu apa salahnya kan. Jom lah bang " pujuk Intan lagi.

" Taknaklah. Tak manis orang pandang. Abang ni suami orang nanti apa pulak orang kata " .

" Pedulikan jer lah apa orang kata. Lagipun Intan kan sepupu abang. Jom lah bang " puas Intan memujuk.

Arief malas melayan karenah Intan. Dia terus menghidupkan enjin motornya.

" Abang ! Ish merajuk lah macam ni " rengek Intan. Dia memalingkan wajahnya ke arah lain. Tangannya berpeluk tubuh.

" Cepat lah naik. Tak payah merajuk lah " Arief mengeluh perlahan.

" Taknak ! " jawab Intan.

" Intan Faizura cepat naik ! " tegas Arief.

" Wah abang hafal nama penuh Intan yaa " Intan tersenyum sendiri.

" Intan jangan degil boleh tak ? " .

" Selagi abang tak cakap nak bawak Intan pergi makan ABC kat warung Mak Leha, Intan taknak balik " .

Arief mengeluh lagi. Rimas dengan sikap Intan.

" Yelah yelah cepat naik " .

" Yeayy, sayang abang " Intan terus membonceng motosikal.

********************************************************

" Sedapnya bang ABC ni. Favourite Intan ni. Lama dah tak makan " Intan terus menyuap ABC ke mulutnya.

Arief masih tidak menjamah ABC nya walau sesuap. Fikirannya terbang memikirkan Widya di rumah. Pasti Widya akan merajuk lagi.

" Abang " panggil Intan. Arief masih lagi termenung.

" Abang ! " Intan menguatkan sedikit suaranya.

Arief tersedar dari lamunannya.

" Haa Intan cakap apa tadi ? " soal Arief.

" Ishh abang ni. Berangan pulak. Makanlah ABC tu " .

" Tadi Intan yang nak sangat makan ABC kan, abang taknak. Intan amiklah abang punya ni " Arief menolak mangkuk ABC nya ke arah Intan.

" Abang makan lah jugak. ABC ni kan favourite abang " Intan menyuakan sesudu ABC ke arah Arief.

Arief menolak perlahan tangan Intan.

" Taknak. Cepatlah makan. Abang nak balik ni " .

Intan memuncungkan bibirnya tanda protes.

" Abang tahu tak tadi Widya tampar Intan " adunya pada Arief.

" Ye lah tu. Intan jangan buat cerita lah " Arief tidak mempercayai Intan. Kata-katanya lebih banyak rekaan dari kenyataan.

" Betul bang. Tengok ni " Intan menunjukkan pipinya yang masih berberkas sedikit

" Abang tak percaya lah " .

" Oh tak percaya kat Intan ? Abang ingat Intan ni penipu ke ? Abang tengok ni " Intan menghulurkan telefon pintarnya kepada Arief.

Arief segera mencapai. Satu video menunjukkan Widya menampar Intan terpapar di skrin telefon. Semasa Widya menampar Intan, Ayu sempat merakamnya.

" Haa tengok tu, Intan tak tipu kan " .

Arief memulangkan kembali telefon bimbit Intan.

" Dah pergi bayar, abang tunggu kat motor " Arief meletakkan not RM 10 ringgit di atas meja sebelum berlalu ke motornya.

" Eh abang, Intan kan tak habis makan lagi " Intan merengus marah. Dalam pada masa yang sama hatinya puas.

********************************************************

Sampai sahaja di rumah, Arief terus bergegas masuk ke bilik untuk meminta penjelasan dari Widya.

Jantungnya bagai terhenti seketika apabila melihat Widya berlumuran dengan darah dan biliknya habis bersepah.

Dia berjalan berhati-hati supaya tidak terpijak kaca yang bertaburan.

" Dya, Ya Allah kenapa ni ? " Arief terus mendapatkan Widya.

Wajah Widya sudah pucat. Dia tidak bermaya lagi untuk menjawab soalan Arief. Matanya redup memandang wajah Arief. Widya terus pengsan. Badannya jatuh terus di atas Arief.

" Dya, apa dah jadi ni ? Ya Allah. Bangun Dya " Arief mencempung badan Widya lalu membaringkannya di atas katil.

" Mak..oh mak " panggil Arief. Dia buntu melihat keadaan Widya.

Puan Fatimah segera ke bilik anaknya itu.

" Ya Allah apa yang jadi ni ? " seperti Arief, dia juga terkejut melihat Widya dan keadaan bilik yang bertaburan kaca.

" Alang kenapa ni ? Astaghfirullah " Puan Fatimah mengucap panjang.

" Alang tak tahu mak..alang tak tahu " .

" Alang pergi bersihkan Dya, biar mak kemas semua ni " arah Puan Fatimah.

Arief hanya menurut. Darah Widya dicuci dan lukanya dibalut.

Puan Fatimah terus keluar dari bilik setelah selesai mengutip kaca-kaca yang bertaburan.

" Dya, kenapa Dya buat macam ni " melalui luka di tangan Widya, Arief yakin Widya mencederakan dirinya sendiri.

Dia duduk di tepi katil. Dahi Widya dicium sekejap. Rambut Widya diusap.

Tanpa sedar Arief juga terlelap di sebelah Widya.

********************************************************

Sayup-sayup azan subuh, menyedarkan Widya. Dia terus membuka mata. Mimpinya yang indah malam tadi membuatkan dia tidak mahu hidup di dunia realiti. Baginya mimpi lebih indah daripada hidup di dunia realiti.

Dia terkejut melihat Arief di sebelahnya. Jarak mereka terlalu rapat. Tangan Arief melingkar di pinggangnya. Manakala wajah Widya begitu rapat dengan dada Arief.

Widya mendongakkan sedikit kepalanya. Wajah Arief ditatap penuh perhatian. Lelaki itu, ya lelaki itu membuatkannya gila bayang dan membuatkan pintu hatinya terbuka semula setelah tertutup rapat akibat Tengku Amshar.

Tubuh Arief bergerak sedikit, Widya cepat-cepat menutup matanya semula.

Arief membuka matanya. Pipi Widya diusap perlahan. Ubun-ubun Widya dikucup.

Arief mengeratkan lagi pelukannya. Ditarik Widya lebih rapat dengannya.

Tenang, selamat itu yang Widya rasakan apabila di dalam pelukan Arief.

" Dya, kalau lah awak tahu betapa sayangnya saya dekat awak. Betapa takutnya saya kehilangan awak dan betapa sakitnya saya tengok awak terluka " tutur Arief perlahan namun masih boleh didengari oleh Widya.

Arief melepaskan pelukan, dia segera bangun dari katil. Dia harus melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam.

Arief membuka almari dan terus mencapai tuala lalu keluar dari bilik.

Widya membuka matanya. Hatinya lega apabila mendengar luahan hati Arief.

Selesai solat subuh, Arief kembali ke arah Widya.

" Dya " panggilnya lembut.

Widya membuka mata. Dipandang wajah sayu Arief.

" Awak dah sedar, Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Awak nak makan apa ? Saya boleh tolong masakkan " soal Arief.

Widya menggelengkan kepalanya perlahan. Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringannya.

" Awak " panggil Widya.

" Haa lupa ke ? Abang lah bukan awak " Arief tersenyum kecil.

" Sorry. Abang.. " .

" Iya sayang ada apa ? " Arief menumpukan perhatian sepenuhnya pada Widya.

" Betul ke awak sayangkan saya ? " soalnya.

" Dya, abang taktahu lagi nak buat macam mana bagi Dya percaya yang abang betul- betul sayangkan Dya. Abang tak romantik macam lelaki - lelaki kat luar sana, yang abang tahu cuma cintakan Dya setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat hidup abang " luahnya.

Widya hanya tunduk. Tidak berani menatap mata Arief.

" Dya cintakan abang tak ? " soal Arief.

' Cinta, cinta sangat-sangat ' namun itu hanya di dalam hatinya. Tidak terluah kata-kata.

Arief menarik Widya ke dalam pelukannya.

" Jangan cederakan diri lagi. Abang tak suka tengok Dya sakit, abang lagi sakit tengok Dya sakit " bisiknya di telinga Widya.

Widya menyorokkan senyumannya. Gembiranya ketika itu hanya Allah yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience