Completed
23452
AMELYA DAN BILLY sudah sampai di hospital dimana Puan Meila serta Dami, pemandu mereka ditempatkan. Sekarang kedua - duanya ditempatkan di zon merah.
Kelibat Encik Zenrith Zen yang berada disitu dihampiri oleh mereka berdua.
"Babah... Mama macam mana?" Tanya Billy sebaik sahaja dia serta Amelya sampai di hadapan Encik Zenrith Zen.
"Mama masih dalam zon merah lagi..." Ujar Encik Zenrith Zen. Wajahnya gusar sekali.
"Abang Dami macam mana?" Giliran Amelya pula bertanya.
" Dami... Dia dalam keadaan kritikal sekarang..."
Hampir setengah jam menunggu, akhirnya doktor yang bertugas mengendali kes Puan Meila serta Dami keluar dari zon merah itu.
" Encik semua ni ahli keluarga pesakit Puan Meila Zen dan Encik Dami ke?" Tanya doktor bertugas. Matanya memandang wajah ahli keluarga Puan Meila silih berganti.
"Ya... Kami ahli keluarga mereka... Saya suami Puan Meila... Zenrith Zen..." Jawab babah pantas.
"Ok... Saya Doktor Ridwan... Yang bertugas dalam mengendali kes isteri encik ni... Isteri encik akan kami bawa ke bilik pembedahan kerana mengalami kecederaan patah paha... Dia akan jalani pembedahan sekarang..."
"Jadi encik kena tanda tangan borang kebenaran isteri encik untuk jalani pembedahan..." Lalu Doktor Ridwan menghulurkan borang untuk di tanda tangan oleh Encik Zenrith Zen. Tanpa banyak bicara, Encik Zenrith Zen terus menurunkan tanda tangannya di borang itu.
" Dan saya ada satu berita buruk untuk saya sampaikan pada keluarga Encik Zenrith Zen..." Ujar doktor itu setelah borang bertukar tangan.
"Berita apa doktor?" Berderau darah mereka bila doktor bicara begitu.
"Encik Dami... Kami tak dapat selamatkan dia.. Sebab dia mengalami kecederaan parah dikepala... Dia mengalami kehilangan banyak darah dalam kemalangan itu..."
Tergamam mereka semua disitu bila doktor memberitahu tentang keadaan Dami.
"Kalau takde apa lagi saya pergi dulu..." Encik Zenrith Zen hanya mampu mengangguk sahaja. Doktor Ridwan terus berlalu dari situ.
Tidak lama kemudian, tubuh Puan Meila dibawa keluar dari zon merah lalu ditolak menuju ke bilik pembedahan.
Mereka bertiga terus mendekati tubuh Puan Meila.
" Sayang kena kuat tau... Rith doakan Mei kuat... Rith tahu Mei kuat..." Tangan isterinya digenggam kuat. Air mata bergenang di pelupuk mata akhirnya tumpah jua.
Tubuh Puan Meila sudah ditolak masuk ke dalam bilik bedah.
Encik Zenrith Zen memandang sayu ke arah isterinya yang sudah masuk ke dalam bilik pembedahan.
Billy mendekati tubuh babahnya lalu dipeluk tubuh lelaki itu.
"Sabar bah... Kita doa semoga mama cepat sembuh..." Dia juga sudah berendam dengan air mata. Amelya tak usah cakaplah. Gadis itu sudah terpuruk di satu sudut dengan tangannya menahan air mata.
Moga Puan Meila menjalani pembedahan dengan selamat.
SUDAH SEMINGGU SEJAK KEJADIAN kemalangan itu terjadi. Jenazah mendiang Dami sudah selamat dikebumikan. Semua urusan itu diuruskan oleh keluarga Billy memandangkan Dami seorang anak yatim yang tiada saudara mara.
Keadaan Puan Meila juga sudah semakin stabil. Syukur kepada Tuhan.
Siasatan ke atas kemalangan ynag dialami Puan Meila dijalankan. Seperti yang dijangkakan, ia ada bersangkut paut dengan kes yang mereka tengah siasat sekarang.
Mereka tahu semua berdasarkan rakaman cctv yang terdapat di kawasan kemalangan. Kenderaan yang dinaiki oleh Puan Meila dan mendiang Dami ketika itu telah di langgar secara sengaja dari arah sisi oleh satu hilux berwarna hitam. Dan menyebabkan kereta mereka berpusing lalu melanggar tiang elektrik. Melihat kenderaan milik Puan Meila sudah remuk, hilux itu bergerak meninggalkan kawasan itu. Dan sebelum pergi, pemandu hilux mencampak sesuatu ke arah kereta Puan Meila menyerupai sebuah hard disk.
Amelya menjaga Puan Meila dihospital sambil ditemani beberapa orang anggota tentera yang berpakaian biasa. Sementara Encik Zenrith Zen bersama anak lelakinya kembali ke markas tentera.
Hard disk yang diserahkan oleh pihak polis tadi dimasukkan ke dalam komputer riba. Slaid hadapan dibuka. Ia merupakan sebuah rakaman video.
Dalam video itu seorang lelaki yang yang sedang melutut dengan tangannya terikat ke atas. Lelaki itu tidak berbaju. Badan lelaki itu dipenuhi dengan kesan calar balar akibat di libas. Derap langkah seseorang membuatkan lelaki itu mendongakkan kepalanya. Dan alangkah terkejutnya mereka bila melihat wajah lelaki di dalam video tersebut. Infomer mereka!
"Kau tali barut mat terap... Dan kau akan menerima akibatnya... Selamat jalan ke neraka..." Deram satu satu suara. Dia menghunuskan senjata api ke arah lelaki itu.
Panggg!!!
Tanpa amaran, pistol itu memuntahkan pelurunya dan terus mengenai dahi infomer itu. Serta merta infomer mati disitu. Dan video di situ berakhir.
Tiba - tiba telefon bilik operasi berbunyi. Mereka berpandangan sesama sendiri. Telefon diangkat. Butang pembesar suara ditekan.
"Halo everyone..." Bergema satu suara garau di dalam talian.
"Kau siapa? Apa yang kau nak dari kami?" Tanya Tuan Ismail tanpa banyak bicara.
"Hey! Calm down Tuan... Jangan marah - marah... Tuan tak sayang ke jawatan Tuan tu?" Sengaja suara itu memprovok Tuan Ismail bersama ketawa kecilnya.
"Korang dah tengokkan hard disk yang aku bagi tadi... Kesian... Tu lah jadi tali tali barut mat terap lagi... Siapa suruh... Kan mendapat..." Ujar suara itu bersama ketawa yang lebih besar.
"But itu tak penting pun bagi aku... Dah ajal dia kan... Nak buat macam mana..." Suara itu bergema lagi seolah - olah apa yang dikata melucukan.
"Oh ya... Kapten Billy dengan Encik Zenrith ada disitu tak? Kalau ada aku cuma nak tanya, mak kau ok tak? Ke dah mati?" Dan sekarang giliran Billy pula diprovok oleh suara itu. Suara itu ketawa mengejek.
Billy sudah menggenggam tangannya menahan marah. Dia ingin bersuara tetapi pantas di tahan oleh Encik Zenrith.
" Marah ke Kapten Billy? Tapi syukur mak kau selamatkan... Tapi kesian pulak dekat pemandu mak kau... Mati..." Sekali lagi suara ketawa.
Setelah ketawanya reda, suara itu menyambung kembali.
"It's okay... Aku cuma nak satu hal korang kena ingat.... Nasib korang belum tentu lagi... Kalau korang nak selamat... Serahkan Amelya kepada kau... Kalau tak... Orang di sekeliling korang akan terima akibatnya..." Dan sebalik sahaja usia berkata, talian di putuskan.
Anggota yang memeriksa keberadaan pemanggil itu melalui capaian Internet tidak dapat dikesan. Ini kerana pemanggil itu menghubungi markas menggunakan nombor yang tak dapat dikesan. Ini bermakna pemanggil itu salah satu orang agak mahir dalam bidang IT.
"Sial betullah..." Sumpah Billy lalu menyepak kerusi yang berada di bilik operasi itu. Anggota yang hanya memandang sahaja. Dia bergegas keluar dari bilik operasi. Encik Zenrith mengikuti langkah anaknya.
"Billy..." Panggil Encik Zenrith Zen tetapi tidak dipedulikan oleh anaknya.
"Billy... Babah cakap stop..." Serentak itu dia melangkau tubuh anaknya lalu berdiri tepat di hadapan anaknya.
"Kamu sabar dulu Billy..." Ujar Encik Zenrith Zen cuba memujuk hati anaknya yang hangat kini.
"Sampai bila kita nak bersabar bah? Sampai bila kita nak macam ni? Sekarang mama dah jadi mangsa dia... Abang Dam meninggal angkara dia..." Luah Billy. Mukanya diraup kasar.
"Lepas tu dia nak kita bagi Amel dekat dia... Mati hidup semula pun Billy takkan bagi Amelya dekat penjenayah macam dia..." Ujar Billy lalu meninggalkan babahnya yang terpinga - pinga dengan kenyataannya tadi. Dia perlukan tempat untuk melepaskan beban di hati sekarang.
Kenapa Amelya menjadi idaman si Rayyan?
Nak tau apa ynag membuatkan Rayyan terpikat dengan Amelya... Jom pergi ke bab seterusnya....
Share this novel