Completed
23452
SEMINGGU TELAH BERLALU
Amelya sudah semakin pulih dan telah dibenarkan pulang. Cuma dia tidak dibenarkan membuat kerja yang berat.
Begitu juga dengan Puan Meila. Wanita itu sudah semakin pulih. Dia sudah boleh berdiri menggunakan tongkat berkaki empat.
Apa yang berlaku pada Rayyan?
Rayyan sekarang akan di dakwa atas pelbagai kesalahan seperti penyeludupan dadah, penyeludupan senjata api, pemerdagangan manusia, pembukaan kilang dadah serta membina syarikat jenis pencetakan 3D yang tak disahkan. Malah dia juga akan turut di dakwa atas kesalahan membunuh Mr. Steven Yap serta anak perempuan Mr. Steven Yap, Alana Steven Yap 3 tahun lepas.
Banyaknya kesalahan yang dilakukan oleh Rayyan ni. Hmm... Apa boleh buat bila hati dah dikuasai dendam. Dendam yang akhirnya memakan diri.
AMELYA SEKARANG MELAWAT RAYYAN di penjara dengan ditemani oleh Billy dan Indra.
Pada mulanya, hasratnya itu dibantah oleh Billy. Tetapi akhirnya lelaki itu membenarkan juga Amelya berjumpa dengan Rayyan kerana gadis itu ada sesuatu mahu dibicarakan dengan Rayyan.
Hanya Amelya seorang sahaja dibenarkan masuk. Billy dan Indra menunggu di luar. Amelya sabar menunggu. Kelibat Rayyan muncul ditemani oleh pagawai penjara yang bertugas.
"Awak apa khabar Rayyan?" Tanya Amelya setelah lelaki itu duduk dihadapannya. Di tengah - tengah antara Rayyan dan Amelya dipisahkan oleh jaring besi yang kukuh.
Rayyan hanya mendiamkan diri sahaja. Wajahnya di tunduk ke bawah.
"Rayyan..." Belum sempat Amelya berkata lebih lanjut, Rayyan pula bersuara.
"Kenapa kau datang sini?"
"Kenapa awak tanya begitu?" Soalan Rayyan dibalas dengan soalan.
"Kenapa kau datang sini nak tengok orang yang dah bunuh bapa kau? Yang dah rogol kakak kau?" Soal Rayyan dengan sengaja memprovok Amelya.
"Aku kan orang jahat... Yang jual dadah, jual orang, rogol orang, bunuh orang... Kau tak jijik ke tengok aku?" Soal Rayyan dengan mata tajam memandang Amelya.
"Kenapa awak perlu cakap semua tu? Setiap manusia mesti lakukan kesalahan... Tak kira kecil atau besar..."
"Maksud kau?" Tanya Rayyan dengan hairan. Kenapa dengan Amelya hari ni?
"Saya tau awak buat semua tu sebab dendamkan... Saya tau awak baik... Tapi dendam yang buat awak jadi macam ni..." Ucap Amelya tulus dari hati.
Dan buat pertama kalinya, hati seseorang bernama Rayyan tersentuh dengan ayat yang diucapkan oleh seorang gadis yang telah menjadi mangsanya.
"Saya minta maaf bagi pihak arwah papa saya yang menyebabkan kematian abang awak... Mesti hidup awak tertekan sebab kehilangan orang yang paling awak sayang..."
Tercengang Rayyan dengan permohonan maaf yang dibuat oleh Amelya walaupun tiada apa kesalahan yang dibuat oleh mendiang bapa gadis itu.
" Saya harap... Lepas ni awak munasabah kan diri... Segala kesalahan yang pernah awak buat dekat family saya termasuk diri saya sendiri saya maafkan..."
Ya... Sekarang tiada lagi dendam bersarang di dalam hati. Kerana Amelya tahu yang dendam itu boleh memusnahkan diri. Dan memaafkan orang itu lebih indah.
" Saya pergi dulu... " Ujar Amelya ingin bangun dari tempat duduknya. Suara Rayyan mematikan terus perbuatannya.
"Amelya... Aku minta maaf sebab dah buat kau kehilangan orang yang kau sayang... Dan aku hampir rosakkan kau... Aku salah Amelya... Aku salah... Hati aku dah di kuasai dendam... Aku menyesal sangat..." Rayyan meminta maaf bersama tangisan. Tangisan penyesalan.
Ya... Sekarang rasa menyesal telah menguasai dirinya. Apa guna dia belajar tinggi - tinggi tetapi akhirnya dia memilih jalan yang salah? Apa guna ada ilmu tetapi tidak dipraktik kan ke arah kebaikan?
Itu semua atas pilihan dirinya sendiri. Tiada paksaan. Dan sekarang dia harus menanggung akibatnya.
"Saya dah lama maafkan... Dan saya harap lepas ni awak perbaiki diri awak ke arah lebih baik... Dan minta ampun pada Tuhan... Moga Tuhan mengampuni dosa awak..."
"Saya pergi dulu... Jaga diri awak..." Usai berkata, gadis itu berlalu pergi dari bilik itu. Dan tinggallah Rayyan meratapi dosa - dosa masa lalu.
Sesungguhnya bila dendam menguasai diri, ia akan memusnahkan diri seseorang itu. Tanamkan sifat meminta maaf di dalam diri agar dapat menghilang kan rasa dendam itu.
Moga ada sinar cahaya buat Rayyan untuk beralih ke arah kebaikan.
Share this novel