BAB 36

Mystery Completed 23452

MAJLIS ITU TERGENDALA BILA kedengaran bunyi tembakan dari arah luar gereja.

Tiba - tiba salah satu orang upahan Rayyan masuk ke dalam gereja.

"Bos... Mat terap buat serbuan dekat sini..." Adu orang upahan dengan nafas termengah - mengah.

"Sial betul... Macam mana diorang tahu aku bersembunyi dekat sini?" Maki Rayyan dengan wajah merah padam.

" Kau arah kan orang - orang dekat luar tu lawan diorang.. Aku nak bawak perempuan ni cabut..." Arah Rayyan. Orang upahan itu hanya mengangguk sahaja lalu keluar dari gereja. Dia tidak menyedari yang dirinya bersama rakan - rakan yang lain telah menjadi mangsa kambing hitam Rayyan. Kesian betul!

Rayyan menarik tangan Amelya untuk keluar dari situ tetapi pantas ditarik oleh Amelya kembali.

"Aku tak naklah..." Jerit Amelya.

Panggg!!

Satu penampar melayang ke wajahnya hingga wajahnya terpaling ke tepi. Berdarah juga tepi bibirnya.

"Kau degil... Lunyai kau aku kerjakan..." Marah Rayyan. Tangan gadis itu ditarik kasar mengikuti langkahnya keluar dari gereja. Nak tak nak, Amelya terpaksa mengikuti langkah Rayyan. Perit pipinya makan penampar Rayyan tadi.

SEMENTARA DI LUAR, pasukan Bravo dan pasukan Beta sedang berbalas tembakan dengan orang upahan Rayyan. Ramai orang upahan Rayyan terkena tembakan.

Ada juga sebilangan ahli pasukan tentera terkena tembakan tetapi tidak seramai orang upahan Rayyan.

"Leo... Cover aku!!!" Arah Billy. Dia melihat kelibat Rayyan membawa keluar seorang perempuan berpakaian pengantin yang dia yakin itu adalah Amelya.

"Baik kapten!" Jawab Leo.

"Rayyan!!! Berhenti!!!" Jerit Billy. Dia sudah mendekati ke arah kedua - duanya. Tidak semena - mena orang upahan Rayyan keluar dari serata arah lalu melepaskan beberapa das tembakan kepada Billy. Billy dan Leo pantas berlindung dari tembakan itu. Amelya sudah menjerit terduduk disitu. Dia trauma dengan bunyi tembakan.

Tidak lama kemudian, orang upahan Rayyan melemparkan beberapa biji bom ke arah pasukan Bravo dan Beta.

"Berlindung!!!" Jerit Man, ketua pasukan Beta lalu melemparkan dirinya ke arah tepi. Semua anggota juga berbuat begitu.

Bomm!!!

Meledak bom yang di lempar tadi. Nasib kesemua anggota selamat dari insiden itu. Fuh! Bukan biasa - biasa juga orang upahan Rayyan ini!

Billy yang berlindung ke tepi tadi bingkas bangun lalu mencari kelibat Amelya dan Rayyan. Lelaki itu sudah menjauh membawa Amelya keluar dari kawasan tersebut.

Nak tengok kesudahannya.. Jom ke bab seterusnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience