Completed
23452
KAN DAH CAKAP! Seminggu mamat dingin ni ada dalam banglo ni, seminggu jugak dia di buli oleh Billy. Dahlah dikerah orang buat kerja macam cara tentera.
Berbuih mulut mulut Puan Meila supaya lelaki itu menghentikan perbuatannya tetapi Billy hanya buat muka tak bersalahnya sahaja. Siap berkata lagi pada mamanya,
"Alah... Setakat buat kerja ringan-ringan aje mama... Bukan buat kerja berat pun... Mengada aje lebih... Masa nilah nak ajar dia buat semua kerja ni... Nanti bila dah kahwin... Senang... Taklah rasa kekok nanti... Faham Amel?" Ujar Billy dengan mata sengaja menjeling ke arah Amelya yang sedang menyiram pokok bunga.
Amelya hanya buat tak tahu sahaja dengan ayat Billy itu. Matanya fokus pada kerjanya sahaja. Nanti bila dia menjawab, mulalah lelaki itu mencari kesalahannya. Baik dia diam sebelum kena sembur.
"Hmm... Kamu ni Billy..." Itu saja yang mampu diucapkan. Dia bangun dari bangku yang dudukinya tadi. Malas mahu melayan perangai degil anaknya.
"Mama masuk dulu... Kamu ingat Billy... Jangan nak buat suruh Amel buat kerja berat... Kalau mama tahu... Siap telinga kamu mama piat..." Puan Meila memberi amaran. Billy hanya menayangkan sengihannya pada mamanya sebelum wanita itu berlalu masuk ke dalam rumah. Tapi sengihannya terhenti bila telinganya menangkap ketawa kecil dari belakang. Dia terus pandang ke belakang. Mati terus ketawa kecil Amelya bila Billy memandangnya dengan pandangan tajam. Mulutnya ditekup kuat. Dia kembali menyambung tugasnya yang tergendala gara - gara terleka ketawa dengan ayat Puan Meila tadi.
"Kau sekali lagi aku dengar kau gelak... Siap kau kena dengan aku nanti..." Huii... Garang betul abang askar seorang ni!
"Amel... Dah siap siram pokok tu... Masuk dalam... Jangan di layan sangat kepala tak betul abang Billy tu... Nanti berjangkit kat kamu pulak..." Laung Puan Meila dari dalam rumah.
Hahaha... Yang ni sumpah lawak! Ternganga mulut Billy bila mamanya berkata begitu. Sampai hati mama kata anak mama yang handsome ni tak betul!
" Baik Untie... "Jawab Amelya. Tangannya pantas menutup pili air lalu getah paip digulung dan diletakkan di tempatnya. Dia memandang wajah merah Billy akibat di kutuk oleh Puan Meila tadi. Dia ingin ketawa tetapi tak jadi kerana tidak mahu jadi santapan mamat dingin ni nanti!
"Abang... Amel masuk dulu... Untie dah panggil tu..." Tanpa bertangguh, Amelya pantas melangkah masuk ke dalam rumah sebelum ketawanya pecah.
Sampai di ruang tamu, ketawa yang ditahan tadi pecah juga akhirnya.
Billy yang menangkap ketawa Amelya dari luar rumah mengetap gigi menahan geram. Mama ni pun satu! Ada ke patut panggil aku yang tampan lagi menawan ni kepala tak betul? Gelak sakanlah si budak kecik tu bila dia kena kutuk setepek!
Amelya... Kau gelakkan aku ya... Siap kau nanti!Abang askar kena kutuk dengan mama sendiri! Hahaha!
Share this novel