BAB 9

Mystery Completed 23452

SEBUAH RUMAH mewah amat memukau sesiapa sahaja yang memandang. Di satu sudut di luar rumah, berderet kereta mewah yang diyakini kepunyaan pemilik rumah mewah. Di tengah - tengah laman terdapat kolam berisi air pancuran yang sungguh indah.

Tetapi sesiapa pun tidak tahu disebalik rumah mewah yang indah itu, di dalamnya seperti neraka.

Di satu sudut di bilik bawah tanah, terdapat seorang lelaki sedang duduk melutut dengan kedua - dua tangannya terikat ke atas. Dia tidak berbaju dan tubuhnya penuh dengan kesan cedera akibat di pukul. Wajahnya menunduk ke bawah. Dia terbatuk - batuk sehingga mengeluarkan darah dari mulutnya.

Telinganya menangkap bunyi tapak kasut sedang menghampirinya. Perlahan - lahan dia melangut untuk memandang wajah orang tersebut.

Bila melihat dengan jelas wajah orang yang sedang mencangkung dihadapannya kini, terus berubah wajahnya.

"Bos... To... Tolong lepaskan sa... saya..." Ujar lelaki itu dengan nada tersekat. Nafasnya terasa semput dan tubuhnya amat sakit akibat di bantai oleh beberapa orang suruhan lelaki yang di panggil 'bos' itu. Lelaki yang di panggil 'bos' hanya tersenyum sinis di sebalik topeng mulut yang dipakainya.

"Kau nak aku lepaskan kau ke?" Suara garaunya bergema di sebalik mask yang di pakai.

"Tolong bos... Lepaskan saya... Diorang yang kencingkan saya... Sebab nak kantoikan saya... Saya tak buat semua tu... Bukan saya buat bos... Bukan saya..." Rayu lelaki itu dalam keadaan lemah walaupun dia tahu peluang dia untuk hidup amat tipis.

Bos hanya memandang lelaki itu dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Tangannya pantas mencekau leher lelaki itu dengan kuat. Terbatuk - batuk lelaki itu akibat dicekik dengan terlalu kuat.

"Kau ingat aku percaya cakap kau bulat-bulat? Macam tu? Eh... Aku tak pedulilah semua tu... Yang aku peduli sekarang ni kenapa boleh kantoi dengan group mat terap?" Jerkah Bos dengan tangannya mengeratkan lagi cengkamannya pada leher lelaki itu. Hampir putus nafas lelaki itu dibuatnya.

Serta merta tangannya dilepaskan dari leher lelaki itu. Terbatuk keras lelaki akibat dicengkam terlalu kuat.

"Aku malas nak cemarkan tangan aku dengan darah kau..." Ujar Bos. Dia mengeluarkan sapu tangan dari poket seluar slacknya lalu tangannya yang agak kotor disapu pada sapu tangan itu.

"Korang hapus 'benda' ni... Aku tak nak simpan 'benda yang tak berguna'..." Bos memberi arahan kepada beberapa orang bawahannya. Orang bawahan hanya mengangguk lalu melakukan kerja yang disuruh tadi.

Dan...

Zappp!!!

'Benda' itu tadi telah pun di hapuskan! Maka tamatlah riwayat lelaki itu. Sesiapa yang bersekongkol ataupun terkantoi dengan Bos, akan menerima nasib seperti lelaki ini. Kerana dia adalah bos, Raja berkuasa dalam dunia perniagaan gelap!

OPERASI YANG dijalankan semalam hampir menemui kegagalan kerana salah satu suspek yang diburu telah mengetahui rancangan mereka. Mereka berbalas tembakan.

Dan penyudahnya, ketua pasukan mereka Kapten Billy telah ditembak dan mengenai bahunya. Dan terus dikejarkan ke hospital menggunakan pacuan empat roda kerana kehilangan banyak darah. Hampir pitam Billy dibuatnya.

Dan seperti yang dijangka, perkhabaran buruk telah sampai ke pengetahuan Encik Zenrith Zen serta Puan Meila.

Amelya yang ketika itu sedang mengikuti kelas terpaksa meminta pulang lebih awal dari pensyarahnya kerana ada hal kecemasan. Itu yang dikatakan oleh Puan Meila lewat telefon tadi.

Bergegas Amelya keluar dari Universiti dan terus menuju ke arah kereta Encik Zenrith yang sudah sedia menunggunya. Terus dia meloloskan diri masuk ke dalam perut kereta dan mereka bertiga bertolak menuju ke hospital yang menempatkan Billy.

LEGA HATI Encik Zenrith Zen dan Puan Meila saat doktor memberitahu keadaan anak mereka, Billy tidak mengalami kecederaan serius dan peluru hanya mengenai bahunya sahaja. Pasangan itu mengucapkan terima kasih kepada doktor dan doktor terus berlalu dari situ.

Tuan Ismail bin Said sedang berbual dengan Encik Zenrith Zen manakala Indra di sebelah hanya berdiri sambil mendengar butir bicara dari kedua orang berpangkat ini.

"Oh ya... Isteri kau dekat mana Rith? Tak nampak dari tadi?" Tanya Tuan Ismail bin Said. Sebenarnya Tuan Ismail bin Said atau dikenali dengan nama Tuan Ismail dengan Encik Zenrith Zen adalah sahabat baik sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka tetap bersahabat sehingga sekarang walaupun berlainan bidang. Walaupun Encik Zenrith Zen sudah bersara dari dunia kepolisan.

" Ada tadi... Mungkin pergi tandas agaknya... Nak lawat Billy belum waktunya lagi... Hah... Tu pun mereka..." Ujar Encik Zenrith Zen. Tangannya melambai ke arah Puan Meila dengan Amelya. Puan Meila membalas lambaian suaminya lalu mengajak Amelya menuju ke arah tempat Encik Zenrith berkumpul.

Apabila mata Tuan Ismail berkalih ke arah Puan Meila Dan Amelya, dia terkedu dengan wajah gadis di sisi isteri sahabatnya itu. Wajah gadis itu mirip dengan dengan wajah sasaran yang diburu oleh dalang di sebalik sindiket penyeludupan dadah yang disiasat oleh mereka sekarang.

"Mail... Kenalkan ini isteri aku Meila... Kot - kot kau dah tak cam isteri aku dah..." Tergelak kecil mereka semua yang di situ.

"Dan yang dekat sebelah isteri aku ni... Amelya namanya... Anak arwah Inspektor Steven... Anak angkat aku dan Meila..." Amelya diperkenalkan kepada Tuan Ismail.

"Amelya... Salam Uncle Mail..." Arah Encik Zenrith Zen.

"Apa khabar Uncle..." Ujar Amelya lalu menyalami tangan lelaki itu dengan hormat.

" Khabar baik... Ooo... Inilah anak arwah Steven dulu... Dah besar dah sekarang... Cantik... Pandai hormat orang tua... Pandai korang berdua didik dia..." Puji Tuan Ismail. Amelya merasa segan dengan pujian Tuan Ismail itu lalu menunduk kepalanya. Puan Meila Dan Encik Zenrith Zen hanya tersenyum bangga dengan pujian itu. Puan Meila memeluk tubuh kecil molek Amelya dengan mesra.

"Oklah... Aku balik kem dulu... Waktu melawat pun dah nak dekat... Indra kamu tunggu sini... Temankan Billy..." Arah Tuan Ismail.

"Baik Tuan..." Indra menabik hormat pada pada ketuanya. Tuan Ismail turut menabik hormat juga. Setelah itu, Tuan Ismail berlalu dari situ. Dia harus cari tahu dari pihak atasan tentang sasaran yang dijumpainya tadi. Sasaran atau saksi/bukti harus dilindungi bagi menjamin keselamatan mereka dalam mengemukakan bukti yang mereka perolehi. Tapi bukti apa yang si Amelya simpan sampai jadi sasaran begitu? Pelik bin ajaib betul! Hanya Tuan Ismail saja yang tahu. Sama - samalah kita tunggu Tuan Ismail umumkan nanti. Macam Perdana Menteri pulak! Hahaha...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience