Completed
23452
HUJAN LEBAT DI LUAR kedai serbaneka itu membuatkan Amelya tidak betah duduk menunggu di kaki lima. Tempias hujan mengenai bajunya.
Masa keluar rumah tadi, dia hanya nampak langit gelap aje. Tak terfikir pun nak hujan. Nasib baik dia bawa payung sekali tadi. Kalau tak, menangis tak berlagulah dia.
Jam di telefon pintar di lihat. Hampir pukul 7 malam! Patutlah hari semakin gelap. Rantas emas yang terkalung di lehernya diusap lembut. Itu adalah rantai pemberian mama pada dirinya sebelum meninggal.
Baru hari ini dia menjumpai rantai ini. Puas dia menggeledah bilik mencari rantai ini. Hampir meroyan dia mencari rantai ini. Alah - alih bila bangun dari tidur, rantai itu sudah ada di atas meja di sisi katilnya. Dia ingat rantai itu sudah hilang.
Melihat tiada tanda-tanda hujan mahu berhenti, gadis itu meredah juga untuk pulang ke rumah. Dahlah keluar rumah tadi, Amelya langsung tidak mengabari kepada kakaknya.
Nak mengabari pada papanya?
Hmmm... Tak payah...
Lelaki itu awal-awal tadi dah keluar rumah. Sibuk apa pun Amelya tak tahu. Bila Amelya tanya, jawapan yang sama saja yang dapat. Urusan kerja!
Dia berjalan menyelusuri jalan menuju ke rumahnya. Tiba - tiba satu kereta mewah berwarna berhitam laju melintasi dirinya.
Hujan - hujan pun bawak laju. Entah apa yang dikejarnya pun tak tahu. Rungut Amelya. Dia hanya menggeleng kepala sahaja melihat ragam manusia.
Sampai di hadapan rumahnya, Amelya terkejut melihat keadaan rumahnya gelap gelita. Dia lihat lampu jalan di luar. Ada bernyala.
"Kak Lana lupa nak bukak lampu ke apa?" Gumam Amelya sendirian.
Dia mengintai ke tempat letak kereta. Kereta Mr. Steven ada elok parkir di situ. Awal pulak orang tua ni balik. Biasa pukul 10 - 11 baru balik.
Dia melangkah menuju ke arah pintu besar. Payung di tangan diturunkan lalu disangkut pada tempat penyidai baju. Tombol pintu besar dibuka.
Tak berkunci! Dia mula rasa tak sedap hati.
Kuasa lampu di telefon pintar dihidupkan.
"Kak Lana.... Kak Lana... Kak Lana dekat mana?" Amelya memanggil nama kakaknya. Tiada sahutan. Dia mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Pintu bilik kakaknya yang sedikit renggang dibuka.
Terjerit Amelya melihat tubuh kakaknya yang tertiarap berlumuran darah. Gaun tidur milik kakaknya tersingkap sehingga paras paha. Disisi kakaknya ada seorang lelaki tidak berbaju sedang membetulkan pinggang seluarnya. Belakang lelaki itu penuh dengan tatu bercorak harimau.
"Jahanam!!! Apa yang kau dah buat dekat kakak aku hah?" Dia meluru ke arah lelaki itu lalu dengan pantas tubuh lelaki itu ditolak kuat. Tubuh lelaki itu terpelanting kebelakang akibat tujahan kuat dari Amelya.
"Kak Lana!!!" Raung Amelya. Tubuh kakaknya yang sudah tak bernyawa dipangku di atas ribanya. Darah mengalir dari leher kakaknya.
"Kak Lana... Jangan tinggalkan Amel kak... Jangan tinggalkan kak..." Tubuh kakaknya di peluk erat. Apa dah jadi dengan akak ni?
Tiba-tiba rambutnya di cekau dari belakang. Tubuh Alana terlepas dari dakapannya.
"Lepaskan akulah..." Amelya berusaha untuk melepaskan diri dari lelaki bertopeng ini tetapi tidak berjaya. Satu tamparan hinggap pada pipinya sehingga dia terdorong kebelakang dan kepalanya mengenai bucu katil. Darah merah mula mengalir dari celah-celah rambutnya yang serabai.
Tiba - tiba telinganya menangkap suara erangan dari bilik sebelah.
Suara papa? Apa dah jadi dekat papa?
"Mari sini aku nak tunjuk suprise dekat kau..." Lalu lelaki itu mengheret tubuh Amelya menuju ke bilik sebelah.
"Halo Mr. Steven...." Ujar lelaki bertopeng menyapa Mr. Steven yang terbaring lemah. Tubuh lemah Amelya ditarik naik lalu leher gadis itu di paut erat.
"Anak kau yang seorang tu aku dah tibai... Dah jadi mayat pun... Sekarang giliran anak kau yang ni pulak..."
Sengaja dia mencium rambut Amelya yang hanya separas dadanya itu untuk memancing kemarahan Mr. Steven. Amelya merasa jijik dengan ciuman lelaki itu dikepalanya.
"Kau akan merasai apa yang aku rasai sekarang..."
"Lepaskan anak akulah janaham!!!" Marah Mr. Steven. Dia terbatuk - batuk sehingga mengeluarkan darah.
Lelaki itu hanya ketawa melihat keadaan Mr. Steven yang terseksa itu.
"Selagi kau tak bagi bukti tu dekat aku... Kau akan terseksa macam mana abang aku rasa selama ni... Dan anak kau ni akan terima akibatnya... Jumpa abang aku nanti... Kirim salam sayang aku dekat dia..."
Usai berkata, dia memberi isyarat pada kepada lelaki ynag berpakaian ninja untuk membantai Mr. Steven. Tubuh Amelya diheret keluar dari bilik itu.
"Papa... Tolong Amel... Tolong Amel pa..." Jerit Amelya. Dia meronta untuk ingin melepaskan tapi pautan kuat di lehernya membuatkan dia hampir lemas.
"Lepaskan anak aku... Amel!!"
Mr. Steven menjerit nyaring bila tubuhnya dibantai dengan batang besi. Terasa remuk tulang temulangnya.
Tiba - tiba perutnya terasa diterobos satu benda tajam. Di memandang ke bawah. Lelaki berpakaian ninja itu telah menikam perutnya dengan pisau. Tiada apa yang mampu diucapkan ketika itu bila bilah pisau itu berkali - kali menembusi perutnya.
Tubuh Amelya dihumban ke dalam bilik mandi. Dia mengarahkan satu lagi lelaki berpakaian ninja untuk membersihkan kawasan ini supaya tiada satu pun bukti yang tertinggal. Bukan hanya ada dua sahaja lelaki berpakaian ninja itu sebaliknya terdapat lagi 3 orang lelaki ninja itu. Kesemuanya jumlahnya adalah 5 orang. Yang selebihnya disuruh berjaga di tingkat bawah.
Terasa sakit bahu Amelya bila dihumban secara paksa ke dalam bilik mandi. Air pancuran dibuka. Lelaki itu senyum sinis pada Amelya. Dia membuka tali pinggangnya lalu tanpa belas kasihan dia melibas tali pinggang tu pada tubuh kecil gadis itu. Amelya menjerit sakit bila tali pinggang itu mengenai belakang tubuhnya. Semakin banyak air mata membasahi pipinya.
"Argh...Sakit!!! Tolong lepaskan aku!!!" Jerit Amelya bila tubuhnya menerima libasan tali pinggang itu berkali - kali.
Lelaki itu menghentikan perbuatannya bila melihat Amelya sudah lemah. Dia mencampak tali pinggang ke tepi. Rambut gadis itu ditarik lalu menenggelamkan kepala gadis itu ke dalam bathtub yang dipenuhi air.
Meronta - ronta gadis itu bila air memasuki lubang hidungnya. Kepala gadis itu ditarik. Tercungap - cungap Amelya menahan nafas. Sekali lagi dia menenggelamkan kepala gadis itu ke dalam air. Dia kembali menarik kepala gadis itu. Amelya sudah terlalu lemah.
Kepala gadis itu dibawa ke pintu lalu tanpa amaran, di hentak kepala gadis itu ke pintu. Darah yang kering tadi kembali mengalir membasahi wajah gadis itu.
"Itu padahnya bila kau tolak aku tadi..." Ujar lelaki itu dengan mata merah. Tubuh Amelya ditolak sehingga gadis itu tersandar pada dinding bilik mandi. Dengan rakus dia mengoyak baju Amelya sehingga menampakkan baju dalam gadis itu.
Tak jadi dia mahu mengoyak seluar gadis itu bila tiba - tiba lelaki ninja menghampirinya.
"Bos... Ada orang datang... Bos kena keluar dari sini cepat... Diorang ni biar saya uruskan..." Lelaki ninja itu memberitahu.
Mendengus geram lelaki yang dipanggil bos itu bila hajatnya tidak kesampaian.
"Clearkan semuanya..." Ujar lelaki yang dipanggil bos itu. Lelaki ninja hanya mengganguk lalu bergegas keluar dari bilik itu.
"Kau selamat kali ni Amelya..." Gumam lelaki itu.
"Aku takkan lepaskan kau... Kau milik aku selamanya... Aku akan datang balik cari kau..." Bisik lelaki itu dan serentak itu satu tamparan hinggap pada wajah mulus gadis itu.
Kesian kan Amelya...
Share this novel