Completed
23452
PERKARANGAN KEM TENTERA kelihatan sangat sibuk sekali. Di satu sudut, kelihatan sekumpulan tentera sedang membuat latihan kawad. Dan di satu sudut lagi, kelihatan beberapa buah trak aksar bersedia untuk membawa beberapa buah kumpulan askar bagi menjalani operasi didalam hutan.
Dan kini Billy sedang berada di bilik mesyuarat bersama Indra serta beberapa orang anggota tentera yang lain.
Sedang mereka berbicara sesama sendiri, pintu bilik mesyuarat dibuka dari luar dan masuk seorang lelaki yang berpakaian tentera. Terus mereka semua bangun dari duduk dan menabik hormat ke arah lelaki itu. Lelaki itu adalah Tuan Ismail bin Said, pegawai yang bertanggungjawab dalam operasi kali ini.
"Saya panggil kamu semua hari ni adalah untuk membincangkan satu operasi yang akan kita laksanakan nanti... Dan pasukan kamu terpilih dalam operasi kali ini..." Semua ahli pasukan tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh pegawai mereka.
"Ketua pasukan kamu semua dah sedia maklum adalah Kapten Billy Zen... Sila bangun Kapten dan berdiri di sebelah saya..." Arah Tuan Ismail kepada Billy. Billy bangun lalu berdiri dia sebelah ketuanya.
"Unit kita mendapat maklumat yang berlakunya sindiket penyeludupan dadah dan senjata api di kawasan utara... Bukan itu sahaja... Terdapat juga aktiviti pemerdagangan manusia turut berlaku di situ... Yang saya pasti... Operasi kali ni amat mencabar kerana kita tak tahu dalang di sebalik semua ini siapa... Dalang di sebalik semua ni amat licik..."
"Tapi kita mula nak cari port diorang dekat mana dulu?" Soal Billy selaku ketua pasukan.
Tuan Ismail membuka slaid di hadapannya. Terpapar wajah 5 orang lelaki di dalam skrin tersebut.
"Kita dapat maklumat dari infomer kita yang 5 lelaki ini adalah antara orang bawahan yang melakukan kerja-kerja penyeludupan itu... Dan saya nak kamu semua cari tahu di mana port mereka berlima ini bermula dari kawasan ini..." Peta dibentangkan dihadapan meja. Jarinya di tunjukkan pada satu kawasan yang mereka akan jalani operasi nanti.
" Faham semua? " Tanya Tuan Ismail. Matanya memandang satu persatu wajah ahli pasukannya.
" Faham Tuan... " Jawab mereka serentak.
AMELYA sedang sibuk membantu Puan Meila memasak di dapur untuk juadah makan malam. Berkat ajaran Puan Meila, dia kini sudah pandai memasak.
"Rajinnya anak Untie..." Puji Puan Meila. Amelya hanya tersenyum manis mendengar pujian Puan Meila itu. Tangannya sibuk menggoreng ikan di dalam kuali.
"Alah Untie... Jangan puji Amel macam tu... Malulah Amel..." Tolak Amelya dengan wajah malu. Segan pulak dia bila wanita itu memuji dirinya sebegitu.
Puan Meila yang sudah siap mencuci sayur di singki perlahan-lahan mendekati Amelya yang sedang khusyuk menggoreng ikan.
" Amel... Lain kali jangan panggil Untie dengan panggilan Untie ok... Panggil mama aje dah cukup..."
Terkejut Amelya bila Puan Meila berkata begitu.
"Kenapa pulak Amel kena panggil Untie mama?" Soal Amelya kembali.
Yelah... Kena tanya jugak. Karang sampai ke telinga si Billy tu, dituduhnya dia mahu merampas Puan Meila darinya. Lelaki itu kalau dah bersuara, mahu luluh jantung dibuatnya. Mana tak luluh jantung kalau keluar ayat yang menyakitkan hati sahaja.
"Amel kan dah lama duduk kami... Jadi kena panggil kami babah dan mama..." Jawab satu suara dari belakang. Serentak Puan Meila dan Amelya memandang ke belakang. Muncul kelibat Encik Zenrith Zen masuk ke dapur.
"Betul cakap babah tu... Jadi mulai dari sekarang... Panggil mama dan babah... Ok?" Pinta kedua - duanya dengan penuh mengharap.
"Ya... Mama babah..." Ucap Amel perlahan. Dia tidak sanggup untuk menghampakan permintaan Puan Meila Dan Encik Zenrith Zen kerana jasa mereka berdua terlalu besar buat dirinya.
"Eh... Tengok ikan tu... Hangus nanti..." Ujar Puan Meila. Amelya hanya tersengih sambil menyambung kembali tugasnya yang tergendala tadi.
"Jadi babah kena buat apa ni?" Soal Encik Zenrith Zen sambil menggosok kedua-dua belah tangannya.
"Babah tolong cuci periuk dalam singki... Mama tolong Amel..." Amboi Puan Meila! Pandai betul kenakan Encik Zenrith Zen!
Nak tak nak, Encik Zenrith Zen kena membasuh periuk di singki. Minta sangatkan tadi. Kan dah kena basuh periuk! Hahaha...
Riuh rendah dapur dengan gelak ketawa mereka bertiga. Semoga dengan ikatan baru ini memberi sinar baru dalam kehidupan gadis yatim piatu ini.
Hai... Sorry sis selalu lambat update sebab sibuk dengan kerja... Semoga menikmati karya dari sis... Love u all
Share this novel