Completed
23452
KEJADIAN DI RESTORAN PAGI TADI telah sampai ke pengetahuan Billy. Selesai sahaja kerjanya, dia terus memecut motosikal berkuasa tinggi miliknya pulang ke banglo.
Sampai di banglo, hanya kelibat Puan Meila sahaja dilihat sedang memeriksa buku kira - kira di ruang tamu. Kelibat Amelya langsung tak kelihatan.
"Mama... Amel mana?"
Sampai - sampai sahaja Amelya yang dicari dahulu. Puan Meila menghentikan tugasnya lalu memandang wajah anak bujangnya.
"Amboi.... Sampai aje... Amel yang dicari... Mama yang dok tercegat dekat sini langsung tak disapa pulak..." Hah! Kan! Padan muka! Kan setepek dah kena dengan Puan Meila.
"Errr... Sorry ma..." Ujar Billy dengan sengih kambingnya. Belakang kepala digaru. Nak cover line lah tu!
"Amel ada dekat taman tu..." Beritahu Puan Meila.
"Ok... Thank you ma..." Laju sahaja langkahnya menuju ke arah taman. Belum pun dia sempat jauh melangkah, terdengar suara mamanya memberi amaran.
"Kamu jangan nak kenakan Amel pulak nanti... Bukan mama tak tahu kamu tu macam mana...." Adei! Kena lagi dengan mama!
"Takde lah ma... Mana ada Billy nak kenakan dia..." Jawab Billy yakin.
Yakin ke tak kenakan Amelya nanti? Tak tau lagi. Tengok keadaan dia macam mana!
Kan! Betul apa yang Puan Meila cakapkan tadi. Billy ni bukan boleh percaya sangat. Suka sangat nak kenakan Amelya.
Menggeleng kepala Puan Meila melihat kelibat Billy sudah menghilang ke taman. Umur dah tua... Tapi perangai macam budak - budak...
BILLY menghampiri Amelya yang sedang duduk termenung di bangku yang terdapat disitu.
"Woi... Ingatkan pakwe ke?" Sergah Billy dari belakang. Sergahan itu membuatkan Amelya terkejut.
"Abang Billy ni... Buat Amel terkejut ajelah..." Dadanya diurut perlahan.
Buat terkejut aku ajelah mamat singa ni! Nasib aku takde sakit jantung! Kalau tak dah lama aku arwah!
"Yang kau dok termenung dekat sini dah kenapa? Anak dara mana boleh dok termenung petang - petang macam ni..." Eh! Pepandai dia aje nak cakap macam tu!
Amelya mendecit geram dengan perangai Billy yang tak sudah - sudah nak kenakan dia aje. Kalau satu hari tak kenakan aku tak sah agaknya!
" Eh... Amel... "
" Apa? " Soal Amelya dengan rasa malas.
" Aku dengar kau hampir pitam dekat restoran tadi... Kau ok ke sekarang?" Tanya Billy. Wajah Amelya di pandang.
Berkerut dahi Amelya bila mendengar soalan yang diutarakan oleh Billy itu. Dari mana lelaki ini tahu?
"Alah... Kau tak payah lah nak buat muka berkerut tu... Macam nenek lah..." Eh mamat ni! Dah lama tak pekena berus dawai agaknya! Mulut dia kalau keluar ayat menyakitkan hati aje!
"Kau kena lebih berhati - hati sekarang... Bahaya ada di mana - mana..." Nasihat Billy. Kali ni lelaki ni serius berkata.
"Kau kalau pergi mana-mana... Please... Jangan keluar sorang - sorang... At least keluar dengan orang yang boleh kau percaya... Macam aku..."
Ceh! Angkat bakul sendiri nampak nampak mamat dingin ni!
"Oklah... Memandangkan kau dah ok aku tengok... Aku balik kem dulu..." Ujar lelaki itu lalu bangun dari tempat duduknya. Amelya hanya memandang sahaja.
Sebelum melangkah dia sekali lagi berpesan,
"Kau jangan bimbang... Aku akan ada selalu dengan kau..." Billy mengenyitkan matanya pada Amelya lalu terus melangkah pergi dari situ dan meninggalkan Amelya termangu - mangu sendiri dengan tingkahnya tadi.
Adakah abang askar hati dingin sudah jatuh cinta?
Bait - bait cinta dah tumbuh nampaknya
Share this novel