BAB 27

Mystery Completed 23452

BADANNYA YANG BERSALUT hoodie dibuka lalu dicampak ke tepi singki. Sekitar perutnya yang ditikam tadi diperiksa.

Iodin dibuka lalu ditekup ke arah lukanya yang agak dalam. Dia mengemam bibir menahan pedih dan sakit di sekitar luka itu. Peluh sudah membasahi sekitar wajahnya. Tangannya digengam kuat.

Kemudian dia mengeluarkan jarum dan benang lalu dia menjahit lukanya sendiri. Mengetap giginya bila jarum di cucuk ke dalam kulit.

Selesai semuanya, dia membalut sekitar perutnya dengan kain kasa.

"Sial punya Billy!" Gumam Rayyan. Singki ditumbuk geram. Dadanya yang bidang turun naik menahan nafas. Hajatnya untuk menghancurkan Amelya tidak kesampaian bila lelaki itu datang menyelamatkan gadis itu.

Kau tunggu Billy! Mak kau sudah mendapat! Kau tunggu giliran kawan - kau pulak!

GARA - GARA KEJADIAN tempoh hari, rumah banglo milik Encik Zenrith Zen sudah tidak selamat lagi untuk didiami.

Amelya di pindahkan dari hospital ke bilik rawatan di kem tentera. Dan gara - gara kejadian itu, Amelya menjadi trauma kembali.

Menangis Puan Meila bila mendengar kejadian yang menimpa Amelya. Dia tidak dapat berada di sisi gadis itu kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Hanya Billy yang dia harapkan kini.

Amelya mengamuk lagi. Kejadian ini benar-benar membuatkan dia hilang kewarasan. Habis barang yang berada di bilik tamu kem tentera itu di balingnya. Jururawat yang bertugas tidak dapat berbuat apa-apa. Amelya terlalu agresif. Sehingga dia mengambil pisau lipat dan ingin menoreh nadinya tetapi pantas di halang satu tangan.

Amelya memandang ke arah orang yang memandang tangannya itu.

"Lepaskan aku Billy... Biar aku mati... Aku dah takde apa - apa lagi... Dia buat aku Billy.... Aku dah tak suci lagi..." Jerit Amelya bersama tangisan. Dia mencuba untuk merungkai tangan Billy yang memegang tangannya tetapi berjaya.

"Lepaskan aku lah..." Pekik Amelya. Tangannya ligat memukul lengan sasa Billy. Billy langsung tak beriak. Tubuh Amelya dibawa ke dalam dakapan.

"Stop it Amel... Stop it... Jangan buat benda bodoh ni..."

"Aku dah takde apa - apa lagi Billy... Maruah aku dah takde..." Lirih suara Amelya. Dia menangis semahu - mahunya di dada Billy.

"Siapa cakap maruah kau dah takde... Kau masih suci lagi Amel... Tuhan masih pelihara maruah kau lagi..."

"Please Amel... Jangan buat benda bodoh ni... Kau tak sayang ke dekat mama dan babah?"
Billy meleraikan dakapan. Dia menunduk dihadapan gadis itu. Wajah gadis itu ditarik menghadap dirinya.

"Jangan buat benda bodoh tu Amel... Sebab ada orang yang terlalu sayangkan kau... Dan orang itu adalah aku... Aku sayangkan kau Amel... Aku sayangkan kau..." Ucap Billy dengan tulus. Dia merenung ke dalam anak mata Amelya.

"Aku tak nak hilang kau macam aku hilang orang paling aku sayang sebelum ini... Aku tak nak hilang kau..." Terus tubuh Amelya di dakap kembali. Kali ini lebih erat lagi.

Amelya terkedu dengan penjelasan Billy itu. Billy suka dia? Sejak bila?

Akhirnya terungkap juga perasaan Billy pada Amelya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience