Part 2

Mystery Completed 23452

BULAT MATA AMELYA bila melihat Rayyan membawa masuk sebuah gaun pengantin berwarna putih menghampiri katil tempatnya yang terbaring kini. Di sebelah tangan lagi membawa sebungkus nasi.

"Hai dear..." Sapa Rayyan. Wajah Amelya dipandang dengan senyuman psikonya. Gaun pengantin di gantung dan dia kemudian melangkah menuju ke arah Amelya.

"Kesian my dear lapar... Aku ada beli nasi untuk kau... Kau makan eh..." Ujar Rayyan. Ikatan di tangan Amelya dibuka. Hanya ikatan di kaki sahaja tidak dibuka.

Lega sikit Amelya bila ikatan tangannya dibuka. Dia meramas tangannya yang terasa sengal.

"Meh makan... Aku ada bawak nasi ni..." Nasi bungkus dibuka. Sudu berisi nasi goreng disua ke mulut Amelya. Amelya memaling wajahnya ke arah lain. Dia tidak mahu. Rayyan menjadi berang bila arahannya tidak diikuti oleh gadis itu. Pantas rahang gadis itu dicengkam kuat.

"Kau jangan nak berani melawan aku Amelya... Aku kata makan... Kau makanlah..." Lalu mulut Amelya dimasukkan nasi secara paksa.

Amelya menangis. Rahangnya sudah dilepaskan. Dia mengunyah perlahan nasi yang berada di mulutnya walaupun rahangnya terasa sakit akibat cengkaman lelaki itu.

" Good girl... Itulah baru Amelya yang aku sayang... " Ujar Rayyan menyuap lagi nasi ke dalam mulut Amelya. Amelya terpaksa menelan nasi itu kalau tidak rahang atau pipinya akan menjadi mangsa Rayyan.

"Lepas makan... Kau pergi mandi... Akan ada orang aku yang temankan kau..." Lelaki psiko ini bersuara.

"Lepas tu kau bersiap... Hari ni hari pernikahan kita..."

Bagai petir menyambar hatinya saat ini bila mendengar ayat lelaki itu.

"Ki... Kita... Ni... Nikah?" Tanya Amelya dengan gagap. Ya Tuhan... Dugaan apakah ini?

"Yup... Kita nikah... Kau jangan buat hal pulak... Aku dengar kau buat hal... Siap kau aku kerjakan..." Rayyan memberi amaran.

"But don't worry my dear... Selepas nikah... Takde siapa nak kacau kita... Takde halangan... Just you and me... Forever... Sebab kau milik aku... Bukan milik orang lain... Faham?" Wajahnya didekatkan dengan wajah Amelya. Amelya sudah menggigil ketakutan melihat lelaki psiko ini mendekatkan wajahnya.

"Understand Amelya Steven Yap?"

"Just you and me..." Lalu dahi Amelya dikucup perlahan. Amelya merasa jijik dengan kucupan lelaki itu.

"Ok dear... Aku keluar dulu... Aku tau aku masuk nanti... Kau dah bersiap..." Rayyan memberi isyarat. Masuk seorang wanita bersama seorang lelaki yang gayanya agak lembut.

"Korang pastikan yang dia ni bersiap... Dan yang paling penting... Jangan biarkan dia larikan diri... Faham?" Rayyan memberi arahan.

"Faham bos..." Jawab keduanya serentak.

Setelah memberi arahan, Rayyan terus keluar dari bilik itu. Tinggallah mereka bertiga disitu.

Ya Tuhan... Selamatkan aku dari lelaki durjana ini... Aku tidak mahu bernikah dengannya... Doa Amelya di dalam hati.

Billy... Awak dekat mana? Tolong selamatkan saya... Tolong selamatkan saya... Rintih Amelya di dalam hati.

Aduh... Kesiannya Amelya...

Sorry lambat update... Sis banyak kerja... Harap dapat menghiburkan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience