Completed
23452
2 TAHUN KEMUDIAN...
Suara gelak ketawa bayinya mengejutkan Amelya yang sedang ralit menulis sesuatu di atas buku nota.
Dia merasa pelik bila tiba - tiba bayinya yang di beri nama Melyna Zen ketawa mengekek seolah - olah di agah seseorang.
Aik? Dah kenapa anak aku ni dok mengekek sorang - sorang?
Dia dah mula tak sedap hati. Dahlah mama dengan babah takde ni... Staf restoran juga keluar sekejap tadi. Yang ada pun dekat bahagian dapur.
Amelya mula melangkah menuju ke bilik yang dikhaskan untuk Melyna. Pintu bilik dibuka.
"Melyna sayang... Apa yang Lyna suka sangat..." Tak jadi Amelya menghabiskan ayatnya bila satu figura lelaki berseragam tentera terpapar di hadapannya kini.
Lelaki itu sedang mengagah Melyna yang sedang tertawa riang di dalam kereta berodanya.
"Abang...." Hampir terjerit Amelya memanggil suaminya. Lelaki itu berhenti mengagah Melyna dan berpaling ke arah Amelya. Tersungging senyuman di bibirnya.
"Hai sayang..." Ujar Billy.
Serta - merta Amelya berlari menuju ke arah Billy lalu dipeluk erat tubuh itu. Dia menangis teruja di dada suaminya. Pelukan dileraikan.
"Abang jahat... Abang langsung tak bagi tau Amel yang abang nak balik..." Marah Amel. Dadanya suaminya di tampar perlahan. Mulutnya sudah muncung sedepa.
Yelah... Siapa tak marah... Balik langsung tak bagitau. Dah lah kena tinggal bukan sekejap. 6 bulan. Lama tu! Tup-tup dah terpacak dekat restoran.
Billy hampir ketawa melihat muncung Amelya itu. Terus di kemam ketawanya bila melihat jelingan tajam dihadiahkan oleh Amelya buat dirinya.
Huish! Sejak dah jadi mommy ni. Garang bukan main!
"Alah... Jangan lah muncung macam tu sayang.. Dah rupa itik dah abang tengok..." Terus satu cubitan hinggap pada perutnya.
"Adoi! Sakitlah sayang..." Ujar Billy menggosok bekas cubitan di perutnya. Boleh tahan jugak bini aku ni! Macam ketam! Garang pulak tu!
"Tau pun sakit..."
"Alah... Jangan lah marah sayang... Ok... Abang minta maaf sebab tak bagitau sayang yang abang balik hari ni... Saja abang nak suprise kan sayang..." Pujuk Billy lalu memeluk kembali bahu wanita yang telah bertarung nyawa melahirkan zuriatnya, Melyna Zen.
Amelya akhirnya mempamerkan senyuman manisnya. Saja dia buat merajuk tadi. Nak perkena suaminya. Jahat jugak eh Amelya ni! Hahaha...
Rengekan Melyna mematikan tingkah mereka berdua.
"Alololo... Anak daddy ni... Marahkan mommy dan daddy ya..." Tubuh tembam Melyna di angkat dari kereta rodanya lalu dikendong. Wajah si kecil di cium geram. Wajah Melyna sebijik daddynya. Hanya mata dan hidungnya sahaja mengikut mommynya.
"Macam mana daddy dan mommy nak bagi Lyna adik kalau Lyna asyik berkepit dengan daddy saja?" Usik Billy. Dia menjeling miang ke arah Amelya.
Satu tamparan hinggap pada bahunya. Bengong betul lah si Billy ni!
"Kalau tak merepek tak sahkan?" Marah Amelya. Sejak jadi daddy ni, kepala Billy dah jadi tiga suku sikit.
"Apa salahnya, Lyna pun dah setahun lebih..." Billy masih lagi mengusik isterinya.
"Hish... Malas lah layan abang ni... Baik Amel buat kerja dekat luar..." Ujar Amel lalu melangkah keluar dari bilik itu. Belum pun melangkah, dia berpaling kembali kebelakang.
"Lyna sayang... Hari ni daddy akan jaga Lyna ya... Mommy ada kerja... Bye sayang..." Pipi gebu Melyna dicium lalu keluar dari bilik itu.
"Aik? Lyna aje dia cium? Daddy Lyna ni mommy tak cium pulak..." Muka Melyna dipandang. Dan Melyna juga memandang wajah daddynya.
Mesti dalam hati si kecil berkata, hish daddy ni... Dah tua pun nak mintak mommy cium lagi... Tak malu... Hahaha...
"Ok... Lyna... Hari ni daddy akan jaga baby..." Lalu tubuh montel anaknya dibawa keluar dari bilik.
"KALI NI ABANG BALIK BERAPA HARI?" Tanya Amelya kepada suaminya. Sekarang mereka sekeluarga sedang berkelah di pantai. Wajah Billy yang sedang ralit memandang ke arah puteri mereka yang sedang bermain dengan datuk dan neneknya dipandang lembut.
"2 minggu..." Jawab Billy. Wajah Amelya disisi di pandang.
"Maknanya abang akan pergi lamalah kali ni..."Ujar Amelya. Dia tahu kalau suaminya balik bercuti 2 minggu, maknanya dia dan Melyna akan di tinggalkan dalam tempoh 6 bulan. Paling lama 8 bulan atau pun setahun.
" Yup... Kali ni mungkin lebih lama... "Jawab Billy perlahan.
Amelya hanya mendiamkan diri. Itulah risiko yang perlu diambil oleh seorang wanita bila menjadi isteri kepada seorang tentera. Harus mempunyai ketahanan mental yang tinggi. Semua urusan dilakukan sendiri bila suami tiada di sisi kerana menjalani operasi atau misi dalam tempoh yang lama.
"Abang..." Amelya bersuara setelah agak lama mereka mendiamkan diri.
"Ya sayang..."
"Boleh Amel tanya sesuatu?" Pinta Amelya.
"Boleh... Amel nak tanya apa?" Soal Billy bersama senyuman.
"Sejak bila abang jatuh cinta dekat Amel?" Spontan soalan keluar dari bibir Amelya. Mati terus senyuman Billy bila Amelya tanya begitu.
"Kenapa Amel nak tahu?"
"Saja Amel nak tahu... Sebab dulu abang bukan sukakan Amel pun... Sebab dulu kan Amel nakal, degil, tak dengar cakap..."
"Kenapa Amel cakap macam tu?" Tanya Billy dengan nada yang kurang senang. Ya.. Dia kurang senang kerana Amelya mengimbau kembali kenangan lalu. Kalau kenangan yang manis dia boleh terima lagi tapi kalau kenangan yang...
Argh! Susah dia mahu berkata. Dia mendiamkan diri sahaja.
"Abang... Amel minta maaf sebab Amel tanya abang macam tu..." Ujar Amelya serba salah. Wajah murung suaminya diusap lembut.
"Amel tanya bukan nak sakitkan hati abang tapi Amel tanya sebab selama kita hampir 3 tahun kita kahwin ni abang langsung tak bagi tahu sebab apa abang boleh jatuh cinta, jatuh sayang dekat Amel... Itu saja..." Luah Amelya.
Dia bukan sengaja mahu menyakiti hati suaminya tetapi perasaan ingin tahu mengatasi segalanya.
Billy memandang wajah Amelya.
" Betul Amel nak tahu segalanya?" Tanya Billy setelah agak lama mendiamkan diri. Amelya mengangguk kepala tanda ingin tahu.
"Abang ikhlas sukakan Amel bukan sebab simpati atau rasa kasihan... Abang ikhlas sukakan Amel sebab Amel adalah amanah dari seseorang..." Billy menghentikan bicaranya dulu.
"Amanah siapa?" Tanya Amelya kurang sabar.
"Amanah dari papa... Sebelum meninggal... Papa mengamanahkan abang untuk jaga Amel sehingga akhir hayat abang..."
Terharu Amelya dengan pergorbanan suaminya itu. Ya... Ada sesetengah orang mengabaikan amanah yang diberi. Tetapi Billy, orang yang berpegang teguh pada janji.
" Terima kasih abang kerana tidak mengabai amanah yang diberi oleh papa... Abang sanggup berkorban nyawa demi Amel... Amel sayang abang..." Ucap Amelya tulus dari hati. Tubuh suaminya dipeluk erat. Billy turut membalas pelukan itu.
"Apa sayang cakap? Abang kurang dengarlah..." Sengaja Billy mengusik isterinya. Telinga sengaja didekatkan ke arah bibir isterinya.
"I Love You Abang..." Satu persatu ayat keramat itu keluar dari mulut Amelya.
Ya... Akhirnya Amelya sudah mengakui cintanya pada Billy setelah agak lama.
Billy tersenyum lebar dengan pengakuan Amelya itu. Akhirnya penantiannya berakhir. Terus tubuh kecil isterinya dikendong lalu dibawa masuk kedalam air.
Terjerit kecil wanita itu dengan kelakuan suaminya. Mereka bergurau senda dipermukaan gigi air. Puan Meila dan Encik Zenrith Zen yang melihat adegan itu hanya tertawa kecil sahaja. Malah si kecil Melyna juga turut tertawa.
Semoga kebahagiaan menjadi milik Amelya dan Billy buat selamanya.
Tamat
Tamat sudah... Maaf kalau sis lambat update... Harap karya pertama sis menghiburkan...
Share this novel