Part 2

Mystery Completed 23452

BERGEGAS BILLY PERGI ke hospital bila mengetahui kedua - dua rakannya serta Amelya mengalami kemalangan.

Hanya kelibat Indra kelihatan di luar wad kecemasan. Kelibat Amelya dan Law tidak kelihatan langsung.

"Dra... Kau ok tak? Mana Law dengan Amel?" Tanya Billy setelah sampai di hadapan Indra. Lengan dan dahi Indra berbalut.

"Law ada dekat dalam kecemasan.... Perut dia kena masuk kaca..." Ujar Indra perlahan. Wajahnya murung sekali.

"Amel mana?" Tanya Billy sekali lagi.

Indra hanya mendiamkan diri sahaja. Kepalanya menunduk ke bawah.

"Dra... Kau cakap dengan aku betul - betul... Amel mana?" Desak Billy.

Melihat Indra masih mendiamkan diri, terus di cekau leher baju rakannya.

"Aku tanya Amelya mana?" Jerkah Billy. Wajahnya sudah merah padam menahan marah.

"Billy... Sudah..." Satu suara menegur dari belakang. Bergegas Man meleraikan tangan Billy dari leher baju Indra.

"Jangan emosi macam ni Billy... Kalau ikut sangat emosi tu, satu benda pun tak jalan..." Tegas Encik Zenrith Zen berkata.

"Apa jadi dengan Amelya, Indra?" Tanya Tuan Ismail pula.

"Tadi kereta kami kena rempuh Tuan... Lepas tu terbalik... Saya dengan Law tersepit dekat dalam kereta... Amelya diorang culik Tuan..." Setelah agak lama mendiamkan diri, akhirnya Indra bersuara.

"Ya Tuhan..." Mengucap Tuan Ismail.

Billy yang mendengar itu terus menghentak tangannya pada dinding.

"Sial betul lah...." Rambut diraup kasar.

"Law macam mana?"

"Law ada dekat dalam... Perut dia masuk kaca... Sekejap lagi doktor akan bawak ke bilik bedah..."
Ujar Indra sedikit sebak. Yelah... Siapa tak sebak kawan sendiri sedang bertarung dengan kematian.

"Ini mesti semua kerja Rayyan... Tak puas - puas lagi apa yang dia buat selama ni?" Marah Billy dengan nada kesal. Satu persatu ahli keluarga mahupun sahabat handainya menjadi mangsa Rayyan!

Kau memang tak guna Rayyan! Kau memang dah gila!

Hmm... Kesian si Law

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience