Completed
23452
KECURIGAAN BILLY TERHADAP Rayyan berhasil bila dia telah menjumpai sesuatu yang boleh jadikan bukti.
Rakaman video 5 tahun lepas membuktikan bahawa ketua 'The Shark Tiger' Stapler Tee, seolah - olah menyelamatkan seseorang dari ditembak oleh Mr. Steven Yap. Dia mendapat rakaman video itu dari rakannya yang bertugas sebagai polis yang berpangkat Inspektor.
"Kau bekukan rakaman ni Rie... Lepas tu kau zoomkan... Aku nak tengok..." Arah Billy. Inspektor Arie hanya mengangguk sahaja. Tangannya laju melakukan apa yang di pinta Billy tadi.
Imej seseorang yang dibekukan di zoom kan dengan lebih dekat agar boleh dilihat dengan lebih jelas.
Imej seseorang yang dikenalinya terpapar pada skrin komputer.
"Aku dah agak... Memang dia orangnya..." Ujar Billy.
BILIK OPERASI SEKALI lagi diadakan mesyuarat. Kali ini mesyuarat disertakan dengan bukti yang dikumpul oleh mereka.
"Saya ada beberapa bukti untuk tunjukkan kepada Tuan dan rakan - rakan sekalian..." Ujar Billy lalu meletakkan CD berserta fail yang mengandungi bukti.
Slaid hadapan dibuka. Terpapar wajah Rayyan.
"Eh... Ni bukan ke penceramah yang datang ke universiti Amelya tempoh hari?" Soal Law dengan dahi berkerut. Yelah... Dia kan menyamar sebagai pensyarah disitu. Dia tahulah gerak geri lelaki ini.
"Yelah... Dia ni juga CEO syarikat pencetakan yang terkenal dekat Malaysia... Rayyan Lee..." Sahut Man pula. Maklumlah si kaki media sosial. Semua benda tahu!
"Tapi apa kena mengena dia ni dengan kes ynag kita siasat sekarang?" Soal Indra pula.
Giliran Tuan Ismail pula mengambil alih bersuara.
"Kita mendapat bukti yang dia ni dalang di sebalik sindiket ini semua..."
"Hah? Apa?" Semua anggota yang berada di situ bersuara.
CEO tu! Takkan perangai macam setan! Hmm... Jangan menilai orang melalui rupa parasnya. Orang yang tampan dan bergaya tak semestinya baik dan orang tidak memiliki rupa paras yang menawan tak semestinya jahat.
"Dan lebih mengejutkan lagi... Pihak pendaftaran negara telah mengesahkan yang dia ni adalah adik kepada Stapler Tee... Ketua sindiket kokain yang mati 5 tahun lepas.... Dia adalah Rayyan Tee... Bukan Rayyan Lee yang gembar gemburkan..."
Rakaman video dimainkan. Kelihatan beberapa orang penyeludup berbalas tembakan dengan pasukan polis. Tiba - tiba kelibat Stapler seperti melindungi seseorang dari di tembak oleh Mr. Steven Yap yang ketika itu menganggotai pasukannya.
Rakaman itu dibekukan. Imej seseorang di zoom kan lebih dekat agar dapat dilihat oleh semua anggota. Terpapar wajah Rayyan di situ. Semua anggota berbisik sesama sendiri.
Rakaman video dihentikan. Fail di tangan dicapai. Helaian demi helaian dibagi kepada semua anggota.
"Ini bukti yang saya dapat dari pihak polis... Terdapat kecurigaan dalam urusan pencetakan yang dilakukan oleh syarikat ini..."
Tertera nama syarikat itu. SR HOLDINGS.
"SR Holdings? Maksudnya singkatan dari Stapler Rayyan Tee?" Indra menyampuk.
"Ya... Betul..."
"Dan syarikat milik Rayyan ini juga telah dikenalpasti syarikat yang tak di sahkan.... Malah urusan jual belinya juga berkaitan dengan penyeludupan senjata yang diklonkan... Malah... Dadah jenis kokain, syabu, heroin, methamphetamine dan naphyrone turut di klonkan.... " Jelas Tuan Ismail.
" Tak pernah dibuat orang semua benda tu di klonkan... Pelik betul... " Indra bersuara.
" Takde yang peliknya Indra dalam dunia pencetakan ni... Semua benda boleh di klonkan... Dunia dah canggih sekarang... " Balas Tuan Ismail.
" Rayyan adalah graduan dalam jurusan perniagaan di universiti luar negara... Sebelum kembali ke Malaysia, dia pernah menyertai satu kumpulan mafia... Disebabkan kumpulan ini di tangkap oleh polis... Dia berjaya melarikan diri ke Malaysia menggunakan pasport palsu... Dia kemudian menubuhkan kumpulan sindiket di sini... "
Wow! Bukan calang - calang orang rupanya si Rayyan ni! Graduan luar negara tu! Tapi kenapa lah dia pilih jalan yang salah jugak! Bodoh betul!
" Di sini dia dikenali dengan panggilan 'Bos'... Aktiviti penyeludupan dadah, senjata api serta pemerdagangan manusia dilakukan oleh dia melalui syarikat yang ditubuhkannya itu... Dan satu lagi yang kau semua perlu tahu..."
Semua kepala statik ke arah Tuan Ismail.
" Dia juga merupakan pembunuh yang membunuh ahli keluarga Amelya 3 tahun lepas... Dan dia juga orang yang menyerang Amelya dan Billy malam kelmarin... "
Fuh! Banyaknya jenayah yang dilakukan oleh manusia yang bertopengkan syaitan ini! Akibat dari dendam, hati dan akal hilang kewarasan!
Billy sudah panas hati dengan kenyataan itu tetapi dia sabarkan hati kerana lambat laun lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah juga.
Akhirnya, terungkap sudah siapa pembunuh ahli keluarga Amelya! Dan pembelaan ke atas kematian keluarga Amelya akan menyusul nanti!
Akhirnya terungkap juga siapa pembunuh ahli keluarga Amelya...
Share this novel