BAB 19 Part 1

Mystery Completed 23452

"BERITA SEMASA... MAYAT YANG TIDAK KETAHUI JANTINANYA YANG SUDAH MEREPUT DITEMUI OLEH ORANG AWAM DI BAWAH JAMBATAN. ORANG AWAM YANG KEBETULAN MELALUI KAWASAN TERSEBUT MENCIUM BAU BUSUK DISEKITAR BAWAH JAMBATAN DAN MENEMUI MAYAT ITU TERIKAT DI DALAM SEBUAH GUNI. DAN KES INI TELAH DISERAH PADA PIHAK POLIS. "

Menggeleng kepala Puan Meila bila melihat paparan berita di televisyen itu.

" Apa nak jadi dunia sekarang... Kes bunuh makin berleluasa... " Rungut wanita itu. Amelya hanya tersenyum kecil mendengar rungutan wanita itu. Dah gaya macam polis dah Puan Meila ni! Maklumlah suami kan mantan KP. Anak pulak anggota ATM.

"Apa yang mama bebelkan ni?" Soal Amelya lalu duduk disebelah Puan Meila. Bahu wanita itu diusap perlahan. Sekarang mereka berada di restoran milik Puan Meila. Amelya kalau ada cuti akan membantu Puan Meila mengurus restoran.

"Kes bunuh sekarang makin meningkat... Mama risaulah dengan keselamatan kita..." Wanita itu mengeluh.

"Alah mama ni... Janganlah risau sangatlah... Babah dengan abang Billy kan orang kuat dalam hidup kita..." Amelya memberi kata semangat.

"Hmm... Yelah... Kan bagus kalau Amel dengan Billy..." Tiba - tiba Puan Meila menghentikan ayatnya dan membuatkan Amelya tertanya - tanya.

"Bagus apa ma?" Soal Amelya. Dia merasa pelik bila Puan Meila tiba - tiba menghentikan ayatnya.

"Takde apalah... Mama aje yang terlalu overthinking..."

Aik? Begitu pulak? Pelik betul mama ni!

"Oklah... Mama duduk dulu... Amel nak ke belakang kejap... Nak tolong apa yang patut..." Ujar Amelya lalu terus pergi dari situ. Puan Meila hanya mengganguk sahaja.

Tiba - tiba langkah Amelya terhenti bila menyedari ada seseorang memakai hoodie hitam serta memakai mask hitam sedang merenung dirinya dari luar restoran.

Matanya membulat bila menyedari kelibat lelaki itu seperti pernah dilihat sebelum ini.

Dia?

Adakah dia kembali lagi?

Lututnya terasa lembik. Dia hampir jatuh tetapi pantas berpaut pada kerusi. Puan Meila yang menyedari perubahan tingkah Amelya itu pantas mendekati gadis itu.

"Amel... Kenapa ni sayang?" Soal Puan Meila. Bahu gadis itu dipaut kuat. Wajah pucat Amelya dipandang. Mata gadis itu fokus memandang keluar restoran.

Dia juga turut mengarah matanya ke arah yang dipandang oleh Amelya. Puan Meila melihat seorang lelaki bertubuh tinggi memakai hoodie hitam meninggalkan restoran miliknya.

Siapa lelaki tu? Apa dia buat dekat sini?

Hbis larh kali ni hidup Amelya dah takkan aman...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience