Completed
23452
MEREKA BERTIGA SEKARANG DALAM PERJALANAN pulang kem setelah selesai urusan temujanji bersama doktor.
"Macam mana temujanji dengan doktor tadi? Ok tak?" Tanya Indra setelah mereka masuk ke dalam kenderaan.
"Ok aje... Lagi 2 bulan doktor suruh datang..." Beritahu Amelya. Sekarang Amelya sedang menjalani rawatan untuk melihat tahap kesihatannya.
"Ooo..." Itu sahaja yang dijawab oleh Indra.
"Sir Law... Saya nak tanya satu sesuatu boleh?" Teragak - agak Amelya mahu bertanya.
"Boleh aje... Nak tanya apa?"
"Kenapa Sir Law menyamar jadi pensyarah dekat U saya?" Tanya Amelya.
"Tak payahlah nak panggil saya sir bagai... Saya bukan sir pun... Panggil saya Law pun dah cukup... Nak panggil abang Law pun boleh..."
Pap!
Laju aje tangan si Indra menghempuk kepala si mamat Sabah!
"Aduh! Sakit lah bengong!" Marah Law sambil menggosok kepalanya yang sakit akibat dihempuk oleh Indra! Ni tangan ke besi? Sakit nak mampus kepala aku dibuatnya!
"Kau jangan nak mengada - ngada bahasakan diri kau abang... Aku report dekat Billy nanti!" Ugut Indra. Ceh! Main ugut - ugut pulak! Tak takut pun!
"Oh ya... Lya cakap pasal apa tadi? Abang Law dah lupa pulak..." Pelupa pulak si mamat Sabah ni! Itulah banyak sangat makan semut! Kan dah jadi pelupa!
"Erk... Pasal tugas abang Law dekat U Lya..."
"Ooo... Tuan Ismail mengamanahkan abang Law untuk menjaga dan melindungi Lya dari serangan musuh... Sebab tulah abang Law ditugaskan untuk menjadi pensyarah di universiti Lya..." Terang Law secara terperinci.
Amelya mengangguk faham. Patutlah selama ni cara pengajaran dan pembelajaran Law pun amat tegas dan caranya dari pensyarah lain amat berbeza. Tentera rupanya.
Belum sempat Indra bersuara, tiba-tiba kenderaan yang mereka naiki dirempuh dari arah belakang. Mereka bertiga menjerit serentak di dalam kenderaan. Law tidak dapat mengawal kenderaan. Kenderaan itu berpusing akibat rempuhan kuat sebelum terbalik beberapa kali.
Bahagian depan kereta remuk teruk. Indra mendesis kesakitan. Manakala Law dan Amelya tidak sedarkan diri. Tubuh badan masing - masing calar balar dengan luka.
"Law.... Lya bangun..." Panggil Indra.
Tiba - tiba pintu kereta bahagian belakang dibuka kasar. Muncul dua orang lelaki berpakaian ninja. Mereka menarik tubuh Amelya keluar dari kenderaan itu.
"Woi! Korang buat apa ni? Lepaskan dia..." Jerit Indra. Dia ingin mencapai tubuh Amelya tetapi tidak berjaya. Dia tersekat di tempatnya.
"Lya!!!" Jerit Indra lagi. Tubuh Amelya dicempung oleh salah seorang lelaki berpakaian ninja masuk ke dalam van berwarna hitam. Lori yang melanggar kenderaan mereka tadi dibiarkan begitu sahaja.
Hidung Indra mencium bau minyak petrol. Dia menoleh ke belakang. Tangki minyak bocor. Law masih tidak sedarkan diri. Indra cuba untuk mengeluarkan badannya dari kereta. Akhirnya dia berjaya meloloskan diri. Pintu sebelah pemandu dibuka tetapi tersekat. Sedaya upaya dia mengerahkan tenaga untuk membuka pintu kereta itu. Pintu kereta terbuka. Bau minyak semakin kuat. Tubuh Law ditarik dengan sekuat tenaga keluar dari kereta itu. Dia menarik tubuh Law menjauhi kereta.
Tidak lama kemudian, letupan berlaku dan mereka berdua terpelanting ke atas jalan tar.
Kesian Amel kne culik...
Share this novel