BAB 2

Mystery Completed 23452

SEMINGGU TELAH BERLALU. Keadaan Amelya masih begitu juga. Tidak banyak bercakap dan hanya duduk termenung sahaja. Mujur dia tidak mengalami kecederaan serius dikepala. Hanya mengalami gegaran kecil sahaja. Dalam tempoh itu juga, keluarga Billy sering melawat gadis itu. Hanya Billy sahaja yang tidak melawat gadis itu sejak gadis itu dimasukkan ke dalam hospital tersebut.

Billy masih lagi termenung sambil berbaring mengiring di dalam bilik di rumah yang disewa dengan Indra. Pintu bilik diketuk dari luar. Tanpa menunggu lama, pintu bilik dibuka dan terpacul wajah Indra di balik pintu sambil menatang dulang berisi makanan.

"Bro... Bangun makan... Dari pagi tadi kau tak makan..." Ujar Indra sambil menepuk bahu rakannya.

"Kau makanlah... Aku takde selera..." Balas Billy sambil menarik selimut menutupi wajahnya. Tapi hanya seketika cuma. Selimutnya ditarik kasar oleh sahabatnya.

"Kau ni dah kenapa Dra? Dah gila ke? Bagi balik selimut aku..." Marah Billy. Tangannya cuba untuk merampas selimutnya dari tangan Indra tetapi pantas dilarikan oleh lelaki itu.

"Aku ke atau kau yang gila?" Selamba badak Indra memerli. Tidak menghiraukan wajah Billy yang sudah merah menahan marah.

"Dah dahlah kau meratap orang dah pergi Billy... Family kau terlalu risaukan kau... Lebih - lebih lagi ibu kau... Tiap kali dia datang sini mesti kau berkurung dalam bilik... Apa nak jadi dengan kau ni Billy... Kau bukan Billy yang aku kenal dulu..."
Luah Indra sambil tangannya melipat selimut milik Billy lalu di letakkan di sisi katil lelaki itu.

"Bro... Kau masih ada family yang masih sayang kan kau... Jangan jadi macam aku bro... Aku mana ada family... Aku takde family... Aku dibesarkan di rumah anak yatim... Kau tak kesian ke kat family kau bro?" Ujar Indra dengan penuh mengharap. Bahu rakannya di ditepuk perlahan.

" Orang yang dah pergi jangan dikenang lagi... Mereka dah bahagia di sana... Kita yang masih hidup ni teruskan kehidupan... Cukuplah dengan kau titipkan doa untuk mereka bro... " Mendalam sungguh nasihat Indra ini. Yelah... Dia sejak kecil dibesarkan di rumah anak yatim. Tiada ibu bapa, keluarga serta saudara mara. Hanya hidup sebatang kara.

Hati Billy terasa pedih dan perit bila mendengar nasihat rakannya tadi. Sesungguhnya dia rasa amat bersalah kerana telah mengabaikan perasaan ibu bapanya yang amat mengkhuatirkan dirinya.

"Bro... Terima kasih atas nasihat kau tadi... Aku rasa bersalah sangat dengan mama dan babah aku..." Kata Billy dengan nada sebak. Terus tubuh rakannya dipeluk erat. Perlahan-lahan Indra menepuk bahu Billy.

"Dah jangan sedih... Buruklah orang tua sedih... Lepas ni aku nak kau bangun mandi... Lepas tu makan... Bau kau ya ampun dah macam bau kambing dah aku cium..." Nah! Lepas bagi nasihat, boleh pulak dia perkenakan member! Hampeh punya kawan!

"Woi!! Cakap baik - baik sikit..." Terus kepala Indra di tujal kuat ke arah bantal.

"Woi gila... Sakitlah!" Marah Indra sambil menggosok kepalanya yang terasa sedikit sengal akibat dari tujahan Billy tadi. Habis serabai rambut dia jadinya!

"Baik kau blah sebelum kau kena lagi teruk..." Billy memberi amaran. Tangannya sudah siap sedia untuk memperdajalkan Indra. Bergegas Indra berlalu dari sisi Billy. Billy ni bukan boleh percaya sangat.

"Ok aku blah sekarang... Tapi kau jangan lupa mandi ya Encik Kambing..." Indra ketawa jahat sebelum dia pantas menghilang di sebalik pintu bila melihat Billy sudah melempar bantal ke arahnya. Bantal itu tidak mengenai Indra sebaliknya mengenai pintu bilik.

'Bengong punya Indra! ' Hamun Billy didalam hati. Bergegas dia mencapai tuala di penyidai lalu menuju ke bilik mandi. Dalam hati dia kagum nasihat Indra. Walaupun perangainya agak gila-gila, tapi nasihatnya amat berguna. Itulah yang dinamakan sahabat dikala susah dan senang.

Share this novel

Mona Ho
2021-10-10 10:30:24 

Halo... Terima kasih kerana menyokong karya sis... Terus menikmati karya pertama dari sis... Love u all


NovelPlus Premium

The best ads free experience