Completed
23452
BILLY MENATAP gambar wajah seseorang pada bingkai gambar itu. Seseorang yang telah pergi meninggalkan dirinya. Pergi menuju ke negeri abadi. Satu persatu bayangan silam menjengah di dalam fikirannya.
Sedar tak sedar, hari ini genaplah 3 tahun Alana dan papanya, Mr. Steven pergi. Billy terlalu merindui wajah dan senyuman gadis itu. Banyak kenangan manis yang mereka berdua kongsi dari awal perkenalan hinggalah mereka berdua mengikat tali pertunangan.
Setiap momennya bersama arwah Alana, membuatkan hatinya kembali pilu. Dulu dia ingat, jodohnya bersama arwah Alana akan melangkah sehingga ke jinjang pelamin. Tetapi takdir berkata sebaliknya. Alana pergi buat selamanya.
Amelya di bilik sebelah juga seiring dengan perasaan Billy ketika ini. Bingkai gambar yang mengandungi wajah papa, Alana dan dirinya yang kelihatan tersenyum bahagia itu ditatap dengan tangisan yang ditahan. Sungguh dia terlalu rindu dengan kenangan itu. Dia akui dulu dia amat degil dan keras kepala serta suka melawan cakap papanya. Amelya menjadi anak gadis yang nakal setelah kematian mamanya akibat dari kanser pangkal rahim yang dihidapinya. Mamanya meninggal ketika Amelya berusia 11 tahun.
Setelah itu, papanya kurang memberi perhatian keran sibuk dengan urusan pejabat. Maklumlah mendiang Mr. Steven adalah pegawai polis berpangkat Inspektor. Hanya kepada kakaknya dia dapat menumpang kasih. Mujur kakaknya ketika itu sudah pandai mengurus hal-hal berkaitan penjagaan rumah. Dan mereka dua beradik mampu untuk mengurus diri tanpa mengharapkan tenaga papa mereka sehinggalah malam hitam itu terjadi.
Imbasan bayangan ahli keluarganya dibunuh kembali mengitari fikirannya. Bayangan kakaknya dirogol oleh lelaki yang tidak berperikemanusiaan dan tubuh papanya disepak, dipukul serta ditikam kembali menerjah di kotak fikirannya. Dan dia sendiri pun hampir menjadi mangsa rogol. Bila dia mengingati kembali, tangisan yang ditahan tadi akhirnya pecah juga. Imbasan itu membuatkan dia hilang kawalan. Dia kembali menjadi Amelya yang dulu semula. Memeluk diri dalam kegelapan.
Tangisan Amelya semakin kuat. Billy yang sedang melayan perasaan sedih terkejut bila mendengar tangisan yang kuat dari bilik Amelya. Dia pantas keluar dari biliknya. Malah mama dan babahnya juga terkejut dengan tangisan gadis itu.
"Kenapa dengan Amel?" Tanya Puan Meila sambil membetulkan ikatan rambutnya. Billy dan babahnya hanya menjongket bahu sahaja. Manalah mereka tahu.
"Jom kita tengok dia... Risau pulak hati ni..." Ujar Puan Meila lalu pantas menuju ke arah bilik Amelya diikuti anak dan suaminya.
"Amel... Bukak pintu ni sayang... Untie nak masuk..." Pintu bilik Amelya diketuk. Tiada sahutan melainkan hanya bunyi tangisan sahaja. Semakin lama semakin kuat bunyi tangisan Amelya. Puan Meila sudah merasa cemas.
"Billy... Ambik kunci pendua bilik dekat laci meja bawah..." Arah Encik Zenrith Zen kepada anak lelakinya. Segera Billy berlari menuruni tangga menuju ke arah meja yang disuruh oleh babahnya tadi. Laci meja di tarik. Kunci pendua bilik Amelya ambil lalu bergegas kembali menuju ke atas. Sampai di atas, dia menghulurkan kunci pendua itu pada babahnya. Encik Zenrith Zen mengambil kunci pendua itu lalu dimasukkan pada lubang kunci pintu bilik. Pintu bilik terbuka. Keadaan bilik agak gelap.
Belum sempat dia masuk, isterinya dahulu melulu masuk dan terus menuju ke arah Amelya sedang duduk memeluk lutut di satu sudut yang gelap. Encik Zenrith Zen masuk diikuti anaknya. Billy memetik suis lampu. Serta merta bilik jadi terang benderang.
"Amel... Kenapa ni sayang? Apa dah jadi ni?" Soal Puan Meila. Rambut Amelya yang serabai itu di usap perlahan.
"Kenapa dia bunuh kakak dan papa? Apa salah kami pada dia? Kenapa dia macam tu? Kenapa dia nak rogol Amel? Apa salah kami???" Pekik Amelya. Segala benda yang berada di sekelilingnya dibuang secara rambang. Puan Meila cuba memujuknya tetapi langsung tak di peduli. Itulah kali pertama Puan Meila melihat Amelya seagresif ini sejak peristiwa 3 tahun lepas. Kali lepas dia tidak seagresif sebegini.
Melihat Amelya semakin agresif, nak tak nak Billy datang ke arah Amelya lalu cuba meraih lengan gadis itu.
"Lepaskan akulah... Jangan sentuh aku..." Marah Amelya bila Billy cuba untuk meraih lengannya. Dia cuba untuk memukul Billy tetapi tidak berjaya bila lelaki itu tiba - tiba memeluk tubuhnya dengan erat. Amelya cuba untuk meleraikan tetapi tidak berjaya bila lelaki itu mengeratkan lagi pelukannya.
"Sudah Amel... Jangan macam ni... Kau bukan sendiri... Kau ada aku, mama dan babah... Terutama mama... Dia sangat sayangkan kau..." Nasihat Billy walaupun dadanya terasa senak sedikit akibat dari pukulan tangan kecil gadis itu. Pergerakan Amelya terhenti sedikit demi sedikit. Hanya tangisannya sahaja yang masih bersisa lagi. Basah baju Billy dengan air mata Amelya.
" Aku rindukan diorang... Aku terlalu rindu kak Lana dan papa..." Semakin lama semakin kendur tangisan Amelya dan semakin lama semakin kecil pula suaranya. Dan akhirnya dia terkulai pengsan dalam dakapan Billy.
"Bawa dia atas katil..." Arah Puan Meila bersama tangisan. Billy hanya menurut lalu membawa tubuh kecil Amelya ke atas katil. Tubuh lemah gadis itu dibaringkan. Baru dia perasan yang telapak tangan gadis itu ada kesan luka.
"Kamu pergi ambik fisrt aid... Biar babah tolong mama kamu..." Sekali lagi Encik Zenrith mengarah anaknya. Dia terus berlalu menuju ke bawah.
Manakala Encik Zenrith Zen sibuk membantu isterinya mengurus Amelya. Tanpa sengaja tangan Encik Zenrith Zen menyentuh dahi Amelya dan dia berasa terkejut.
" Meila... Kita bawak dia ke hospital malam ni jugak... Dia demam panas ni..." Ujar Encik Zenrith Zen cemas. Billy yang baru sampai di muka pintu sambil tangannya membawa first aid.
"Kita kena bawak dia ke hospital sekarang... Dia demam panas..." Ujar Encik Zenrith Zen sekilas.
"Kamu angkat Amel masuk dalam kereta... Kereta biar papa yang start enjin dulu..." Tanpa bertangguh, Encik Zenrith Zen berlalu keluar dari bilik itu lalu turun menuju ke bawah.
"Billy... Tolong mama..." Pinta Puan Meila dengan wajah yang merah menahan tangis. Billy mengganguk lalu sekali lagi tubuh kecil gadis itu dicempung lalu dibawa keluar dari bilik itu diikuti mamanya. Malam itu juga Amelya di kejarkan ke hospital akibat mengalami demam panas ynag kuat.
Share this novel