BAB 3

Mystery Completed 23452

SEJAK KELUAR DARI hospital tempoh hari, Amelya hanya berkurung sahaja di bilik. Sekarang dia dibawa pulang ke rumah oleh Puan Meila Dan Encik Zenrith Zen. Pasangan itu membawa pulang gadis itu ke rumah mereka kerana gadis itu masih trauma dengan keadaan rumah banglonya sekarang.

Encik Zenrith Zen dan Puan Meila merupakan ibu bapa kepada Billy Zen. Puan Meila merupakan bekas guru sekolah menengah manakala Encik Zenrith Zen merupakan bekas anggota polis yang berpangkat KP. Mereka berdua merupakan rakan baik keluarga Amelya.

Puan Meila mengetuk pintu bilik gadis itu. Di tangannya ada dulang berisi bubur ayam dan segelas air suam. Terdapat juga ubat untuk gadis itu.

"Amel... Untie nak masuk ni... Untie bukak pintu ya..." Berhati - hati wanita itu berbicara. Dia tidak mahu bicaranya nanti menganggu emosi gadis itu. Bila tiada sahutan dari dalam, Puan Meila membuka pintu bilik tersebut. Dilihat Amelya sedang duduk menghadap tingkap. Jelas di matanya wajah sendu gadis itu. Kasihan dia melihatnya.

"Amel... Untie ada bawa makanan untuk Amel ni... Amel makan ya..." Ujar Puan Meila. Dulang berisi makanan diletakkan atas meja di sisi katil. Kemudian melabuhkan punggung di sebelah gadis itu. Mangkuk berisi bubur ayam di angkat. Sudu diletakkan lalu bubur dicedok. Sudu berisi bubur disuakan ke mulut Amelya.

"Makan ya sayang... Untie suap..." Pujuk Puan Meila. Amelya menurut sahaja. Mulutnya dinganga seperti kanak - kanak kecil. Dia mengunyah perlahan makanan itu. Matanya masih tunak merenung keluar tingkap. Jasadnya sahaja tinggal di situ tapi hatinya tiada. Sedih hati Puan Meila melihat keadaan Amelya. Hanya sedikit sahaja bubur dimakan oleh gadis itu. Gelas berisi air putih disuakan ke mulut Amelya. Tidak lupa ubat untuk gadis itu makan. Selesai semuanya, dia mencapai sikat rambut lalu rambut paras bahu gadis itu disisir perlahan.

"Lepas ni Amel rehat ya... Untie turun bawah dulu..." Kata Puan Meila. Sikat rambut disimpan kembali lau tubuh gadis itu dibaringkan. Gadis itu tidak membantah. Selimut ditarik hingga ke parah dada.

"Untie keluar dulu..." Ujar Puan Meila lalu mencium lembut dahi Amelya yang masih berbalut kain kasa. Dulang berisi bekas makanan dibawa dan meninggalkan Amelya berseorangan di bilik.

PETANG ITU Billy muncul di banglo keluarganya. Betapa gembiranya hati sorang ibu bila melihat anaknya muncul di hadapan mata. Terus tubuh tinggi anaknya dipeluk. Terjingkit sedikit dia saat ingin memeluk tubuh anak lelakinya itu. Maklumlah warisan dari suaminya. Encik Zenrith Zen memang bertubuh tinggi orangnya.

"Kamu dah kurus dah mama tengok..." Ujar Puan Meila sambil menilik tubuh anaknya.

"Mana ada Bill kurus ma..." Tukas Billy. Bahu kesayangannya dipeluk mesra.

"Jom masuk dalam... Mama buat kuih sikit tadi..."
Mereka anak beranak berjalan beriringan masuk ke dalam rumah. Kerusi di ruang makan ditarik lalu melabuhkan punggung di situ.

"Babah mana ma? Tak nampak pun dari tadi?" Soal Billy. Matanya meliar mencari kelibat bapanya.

"Babah keluar sekejap tadi... Hal dengan doktor kejap..."

"Jumpa doktor? Babah sakit ke ma?" Soal Billy dengan rasa sedikit curiga. Jumpa doktor? Setahu aku babah takde sakit apa pun selama ni. Takkan babah nak sembunyikan penyakit dia dari aku pulak!

"Hish mulut kamu ni takde insurans betul!" Marah Puan Meila. Bahu anaknya dicubit perlahan.

"Babah kamu setakat ni syukur pada Tuhan masih diberi kesihatan yang baik... Babah kamu pergi jumpa dengan doktor sebab nak tanya dengan doktor macam mana keadaan Amel sekarang..." Jawab Puan Meila. Tangannya sibuk menuang air teh o ke dalam cawan anaknya.

Tersentak Billy bila mamanya menyebut nama Amelya.

"Budak tu macam mana? Dia dah ok ke?" Tanya Billy perlahan. Kuih di mulut dikunyah perlahan. Seleranya seakan terbantut bila mamanya menyebut nama gadis itu.

"Hish kamu ni... Ada ke panggil Amel macam tu... Tak baik tau..."

"Alah... Bukan salah pun panggil dia macam tu... Dia pun masih budak lagikan... Umur pun baru 18 tahun..." Tingkah Billy semula.

Menggeleng kepala Puan Meila bila dengar ayat anaknya itu. Malas dia mahu melayan. Makin dilayan makin menjadi pulak nanti.

"Erkk... Ma... Bill nak tanya... Perlu ke kita nak susahkan diri jaga budak tu? Family dia yang lain kan ada?" Tanpa bertangguh, dia terus bertanya kepada mamanya.

Terkejut Puan Meila dengan soalan anaknya itu.

"Kenapa Bill tanya macam tu?" Soal Puan Meila dengan nada tidak senang.

"Tak... Bukan macam tu... Kenapa mama dan babah perlu susahkan diri nak jaga dia? Dia dah besarlah ma... Dia boleh jaga diri dia sendiri... Tak perlu nak susahkan family kita..." Tambah Billy.

Dan tanpa dijangka, perkataan yang keluar dari mulutnya itu telah membuatkan perasaan Puan Meila bercampur baur. Antara sedih dan kecewa.

" Kenapa Bill cakap macam tu? Bill tak tengok ke keadaan dia macam mana? Dia hilang semua ahli keluarga dia... Bill tak kesian ke kat dia?" Luah Puan Meila dengan nada kesal.

"Tapi ma..."

"Tapi apa Billy?" Tak jadi Billy mahu menyambung bila satu suara dari belakang menyampuk. Billy menoleh kebelakang.

Encik Zenrith Zen, babahnya melangkah menuju ke arah mereka berdua.

"Babah..."

"Kamu cakap apa tadi? Amel menyusahkan keluarga kita? Kamu tak terfikir ke apa yang kamu cakap ni akan mengguris perasaan Amel?" Tegur Encik Zenrith dengan tegas. Matanya tajam memandang wajah anak tunggalnya. Isterinya hanya mendiamkan diri sahaja. Malas mahu masuk campur.

"Babah tahu kamu masih sedih dengan kehilangan Alana... Tapi dah takdir Tuhan... Dan Tuhan juga beri amanah kepada kita untuk jaga Amelya sampai dia sihat seperti sedia kala..." Nasihat Encik Zenrith Zen.

"Babah tahu kamu masih kesal dengan Amelya selama ni... Sikap dia yang keras kepala, nakal dan melawan cakap tu... Tapi jangan disebabkan sikap dia itu kamu nak benci dia? Babah nak tanya kamu satu perkara... Katakan arwah Alana masih hidup lagi dan kamu dah sah jadi suami dia... Apa yang kamu buat pada masa tu? Lambat laut kamu akan hadapi dia jugak kerana tanggungjawab kamu untuk bantu isteri kamu sama - sama jaga dia sehingga dia mencapai had umur pandai dalam menguruskan diri sendiri... Kamu faham maksud babah?" Nah! Panjang lebar dah bila Encik Zenrith Zen bila dah buka mulut.

Menikus Billy bila babah sudah mula mentauliahkan dia. Tulah... Siapa suruh gatal-gatal bukak isu ni tadi... Kan dah mendapat!

"Sama ada kamu suka atau tidak, keputusan babah dan mama untuk Amelya tinggal di sini adalah muktamad!" Encik Zenrith Zen sudah membuat keputusan. Jadi nak tak nak, keputusan babahnya itu harus diikuti juga.

"Arghhhh!!!"

Tiba-tiba jeritan nyaring kedengaran dari bilik yang di huni Amelya memeranjatkan mereka bertiga. Bergegas ketiga - tiganya menuju menaiki tangga menuju ke bilik gadis itu. Pintu bilik pantas dibuka. Kelihatan susuk tubuh Amelya duduk memeluk tubuh di satu sudut agak gelap. Rambutnya serabai. Wajahnya pucat dan tidak keruan.

"Ya Tuhan... Amelya..." Puan Meila meluru masuk menuju ke arah Amelya.

"Pergi!!! Jangan ganggu aku!!! Aku tak nak!!!" Jerit Amelya bila tangan Puan Meila mahu menyentuh bahunya. Wajah Puan Meila ditatap dengan bengis.

"Amel sayang... Ini Untie sayang... Ini Untie..." Puan Meila cuba untuk memujuk Amelya yang kelihatan agresif. Perlahan - lahan dia cuba untuk menyentuh bahu gadis itu.

Wajah bengis Amelya beransur hilang bila melihat wajah Puan Meila dihadapannya kini.

"Un... Untie... Mei.. La..." Ujar Amelya dengan suara yang tersekat. Wajah wanita itu diusap kerana ingin memastikan yang wanita itu adalah Puan Meila. Puan Meila mengangguk perlahan. Bila menyedari Puan Meila dihadapannya kini, terus tubuh wanita itu dipeluk erat.

"Untie... Tolong Amel Untie... Tolong Amel... Amel tak nak... Dia paksa Amel... Dia koyak baju Amel Untie... Dia rogol Kak Alana Untie... Di... Dia... Bunuh papa... Dia bunuh Kak Alana Untie..." Amelya meraung dalam dakapan Puan Meila. Pelukan di tubuh wanita itu makin dieratkan.

"Dia jahat Untie... Dia pukul Amel... Dia tampar Kak Alana... Dia sepak papa Untie... Dia ugut Amel... Dia cakap yang dia akan kembali untuk dapatkan Amel... Amel takut Untie... Amel takut..." Tangis Amelya. Masih segar lagi peristiwa itu dalam ingatannya. Kekejaman seorang lelaki yang tiada sifat kemanusiaan.

" Dah Amel... Jangan nangis... Amel jangan takut... Untie, Uncle dan abang Billy sentiasa ada dengan Amel... Amel selamat dekat sini..." Pujuk Puan Meila. Wajah comel gadis itu yang basah dengan air mata dilap lembut.

"Untie janji ya jangan tinggalkan Amel... Amel takut..." Wajah Amelya penuh mengharap.

Encik Zenrith Zen mara ke arah Amelya lalu mencangkung dihadapan gadis itu. Bahu gadis itu ditepuk perlahan.

"Amel jangan takut... Untie dengan Uncle sentiasa ada dengan Amel... Abang Billy pun ada untuk jaga Amel... Jangan takut..." Berhati-hati Encik Zenrith Zen berbicara memandangkan emosi gadis itu masih tak stabil lagi. Amelya memandangkan wajah Puan Meila Dan Encik Zenrith Zen. Meminta kepastian agar dia tidak tertipu. Bila kedua - duanya mengangguk perlahan, Amelya kembali memeluk tubuh Puan Meila dengan perasaan lega. Tetapi wajah Billy langsung tak dipandangnya. Entah mengapa...

Puan Meila menarik nafas lega bila emosi Amelya kembali stabil. Tanpa disedari, gadis itu tertidur di dalam dakapannya akibat keletihan menahan emosi tadi. Puan Meila memandang suaminya. Suaminya memandang anak lelaki mereka pula. Billy memandang dengan pandangan tidak mengerti. Bila Encik Zenrith Zen mengarah pandangan matanya ke arah Amelya, barulah Billy mengerti. Dia mengeluh di dalam hati. Dengan langkah yang agak berat, dia melangkah jua ke arah gadis itu. Tubuh kecil Amelya yang berada dalam dakapan mamanya dibawa ke dalam dakapannya lalu dicempung dengan mudah menuju ke arah katil. Gadis itu langsung tidak sedarkan diri. Perlahan - lahan tubuh gadis itu diletakkan di atas tilam. Puan Meila pantas menyelimuti tubuh gadis itu hingga paras dada.

"Billy, jom kita keluar... Biar mama jaga dia..." Ajak Encik Zenrith Zen kepada anaknya. Billy hanya mengangguk lalu meminta izin mamanya untuk keluar dari bilik itu. Puan Meila hanya mengganguk sahaja. Matanya masih fokus pada Amelya yang sudah terlena itu.

Semoga sinar pagi esok atau pun sinar yang akan datang dapat menyembuh hati gadis malang ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience