Completed
23452
LELAKI BERTATU CORAK HARIMAU?
Ya.. Dialah orangnya! Orang - orangnya selalu memanggilnya dengan panggilan 'bos' . Tetapi dia ada nama. Dia adalah RAYYAN LEE. Seorang ahli perniagaan termuda di Malaysia. Dalam usia muda, dia sudah mempunyai segala - galanya. Wang, rumah, kereta. Semuanya dia ada.
Tetapi hatinya kosong. Orang luar melihat dia bahagia kerana mempunyai segala-galanya. Tetapi orang tidak tahu akan isi hatinya.
Sepatutnya abangnya bergembira sekali dengan kejayaan yang dia sudah idamkan selama ini tetapi tidak kesampaian.
Abangnya, Stapler Tee terbunuh dalam serbuan pihak polis ke markas mereka 5 tahun lepas. Dan anggota polis yang menembak mati abangnya itu adalah Mr. Steven Yap.
Sebab itu dia berdendam dengan lelaki itu. Malah lelaki itu telah membawa lari barang bukti yang boleh mendakwa orang - orang yang rapat dengan abangnya.
Pintu pejabatnya di ketuk dari luar. Dia memberi isyarat masuk. Masuk setiausahanya, Mary yang berpakaian seksi menuju ke meja kerjanya.
"Mr. Rayyan... You ada meeting pagi ni dengan Mr. Patrick dekat Hotel Sri Kenchana..." Ujar Mary dengan suara yang menggoda. Tetapi sayang, Rayyan langsung tak termakan dengan godaan Marry itu.
"Selepas meeting... Ada apa-apa lagi tak?" Tanya Rayyan tanpa memandang wajah Mary yang bermekap tebal.
"Takde..." Jawab Mary ringkas.
"Ok... Kalau takde apa - apa... You boleh keluar sambung kerja..." Selamba badak aje mamat ni menghalau si biskut Marie!
Mary berdecit geram kerana lelaki ini tidak termakan dengan godaannya. Dia terus berpusing lalu berjalan dengan laju meninggalkan bilik lelaki ini. Rayyan hanya tersenyum sinis sahaja.
Lelaki ni gay agaknya dengan perempuan takde nafsu langsung!
Kesian si biskut Marie
Share this novel