BAB 33

Mystery Completed 23452

RUMAH MEWAH MILIK RAYYAN telah diserbu oleh pihak berkuasa. Nampaknya Rayyan sudah melarikan diri. Rumah itu sudah kosong tak berpenghuni.

Sekarang pihak tentera dengan bantuan pihak polis giat mencari keberadaan Rayyan. Dan Amelya, saksi dalam kes ini dikhuatiri dilarikan oleh kumpulan yang diketuai Rayyan.

AMELYA MEMBUKA MATANYA PERLAHAN - LAHAN. Kepalanya terasa pening seketika. Setelah keadaannya agak reda, barulah dia melihat sekitarnya. Terkejut dia melihat kawasan sekitarnya.

"Aku kat mana ni?" Otaknya masih tidak berfungsi dengan baik.

"Hye dear... Dah bangun ke?" Tiba - tiba satu suara menyapanya dari sisi katil. Terus Amelya memandang ke arah itu. Tubuh seorang lelaki tidak berbaju terpapar di hadapannya kini. Belakang tubuh lelaki itu penuh dengan tatu bercorak harimau.

Dia?

Lelaki itu memaling tubuhnya ke hadapan bila tiada tindak balas dari Amelya. Terkejut Amelya melihat wajah di hadapannya kini.

Rayyan?

"Rayyan?"

"Yes... I 'm Rayyan... Do you miss me Amelya?" Tanya Rayyan bersama senyuman psikonya.

"Apa kau buat dekat aku ni? Lepaskan akulah..." Ujar Amelya. Dia ingin bangun tetapi tidak dapat kerana kaki dan tangannya diikat.

"Woo... Woo... Calm down darling... Calm down... Jangan marah - marah..." Sengaja Rayyan berkata dengan nada yang menjengkelkan.

Rayyan mendekati Amelya lalu rambut ikal gadis itu disentuh. Mengeliat Amelya ke tepi kerana tidak mahu di sentuh oleh lelaki ini. Bila lelaki itu mahu menyentuh pipinya, pantas dia berpaling ke arah lain. Rayyan hanya menjongket bahu sahaja. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

"Jual mahal nampak... Takpe sikit masa lagi kau jadi milik aku... Masa tu kau akan tau siapa aku sebenarnya..." Bisik Rayyan.

Apa maksud lelaki ni?

"Apa maksud kau?" Tanya Amelya. Hatinya sudah berdegup dengan laju.

"Well... Kita tengoklah nanti..." Lelaki psiko ini sengaja bermain tarik tali.

"Bersiap sedia ya nanti sayang... Aku keluar dulu..." Ujar Rayyan lalu keluar dari bilik itu bersama ketawa yang menyeramkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience