Part 2

Mystery Completed 23452

TERKEJUT BERUK Amelya melihat manusia di hadapannya.

"Sir Lawrence Indy?" Hampir terjerit Amelya menyebut nama penuh lelaki itu.

"Aduh awak ni Amelya... Sakit telinga saya tahu..." Ujar Law sambil menggosok telinganya. Kuat jugak suara budak ni! Badan kecik suara besar!

"Sir buat apa dekat sini?" Tanya Amelya dengan nada suara yang normal kembali. Pelik bila lelaki ini mengenakan pakaian tentera.

" Saya kerja sinilah..."

"Apa??? Kerja dekat sini??" Aduh! Mahu pekak telinga aku dengar suara si budak kecik ni! Awek aku pun taklah macam ni sangat!

Haip! Law ada awek? Sejak bila si mamat Sabah ni ada awek? Senyap - senyap aje ya!

"Habis dekat U tu apa pulak?" Banyak tanya pulak budak tengeng seorang ni!

"Sebenarnya si Law ni menyamar aje dekat U sebab nak jaga Lya..." Nasib baik ada mamat bunga tolong jawabkan. Kalau tak, buat naya aje nanti!

"Ooo... Lya faham..." Ujar Amelya bersama anggukan.

"Dah ready ke semua?" Muncul Billy dari belakang mereka bertiga.

"Sudah..." Jawab Law dengan Indra serentak.

"Ok... Amel pergi naik kereta dengan diorang... Kalau dah sampai... Call abang ok?"

"Cia... Cia... Abang nampak..." Mulalah si Law nak mengacau daun. Dia menyiku lengan rakannya Indra. Billy menjeling geram ke arah kedua - dua rakannya.

"Oklah abang... Sayang pergi dulu... Takut nanti lambat pulak sampai..." Ujar Law dengan mengajuk percakapan Billy. Pantas dia melarikan diri ke arah tempat pemandu sebelum kepalanya kena hempuk dengan botol air yang berada di tangan Billy.

"Kau balik nanti... Siap kena dengan aku..." Gumam Billy. Kurang asam punya Law!

Law hanya menjelirkan lidahnya pada Billy. Macam budak - budak!

"Oklah... Kitorang gerak dulu... Nanti apa - apa hal roger..."

"Amel pergi dulu..." Amelya meminta izin. Billy hanya mengangguk. Indra dan Amelya masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda itu. Law awal-awal lagi sudah masuk ke dalam kereta.

"Dra... Kalau pesan kat mamat Sabah tu jangan nak bawak laju sangat... Dia tu bukan kira apa pun..." Billy mengenakan Law. Nah! Padan muka kau mamat Sabah! Kan dah kena setepek dengan si mamat dingin ni!

Fuh! Ini betul mengundang ni! Panas aje rasa telinga mamat Sabah sekarang ni!

" Kitorang gerak dulu..." Lalu kenderaan pacuan empat roda itu bergerak keluar dari kawasan kem.

Siapa agaknya awek si mamat Sabah ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience