Completed
23452
DISEBABKAN KEJADIAN tempoh hari, operasi khas mereka dihentikan buat sementara waktu dan Billy diberi cuti rehat sehingga keadaannya kembali pulih seperti sedia kala.
Dan kembalinya lelaki itu bercuti di rumah, kehidupan aman Amelya kembali tidak tenteram. Bila lelaki itu berada di rumah, ada saja lelaki itu mahu mencari kesalahannya walaupun berada dalam keadaan sakit. Badan aje sakit tapi mulut tak sakit. Kenapalah hari tu tak kena sekali dekat mulut mamat ni. Untung - untung elok sikit mulut tu dari asyik keluar ayat yang menyakitkan hati aje!
PETANG ITU, Puan Meila dan Encik Zenrith Zen ingin keluar bertemu rakan niaga mereka. Selepas bersara dari dunia polis, Encik Zenrith Zen mengusahakan perniagaan hardware. Manakala isterinya, Puan Meila mengusahakan perniagaan catering. Sesekali apabila tiada kelas, Amelya akan membantu Puan Meila.
"Amelya... Duduk dekat rumah elok - elok ya... Jangan dilayan sangat perangai tak betul abang Billy kamu ni... Sesekali wire dia sot... Macam tulah jadinya..." Dalam memberi nasihat kepada Amelya, sempat lagi Puan Meila mengenakan anaknya.
Bulat mata Billy bila mamanya mengenakan dirinya. Amboi mama! Kaw - kaw dia kenakan aku!
Tak aci betullah!
Meletus ketawa kecil dari gadis itu bila mendengar ayat Puan Meila. Billy disebelah menjeling dengan riak tak puas hati. Sukalah tu mama duk kutuk aku! Siap kau nanti. Aku kenakan kau balik!
"Alah mama ni... Habis jatuh reputasi Billy macam ni..." Jawab Billy. Seakan ada nada merajuk dalam percakapannya.
"Reputasi tak reputasi... Kalau dah perangai mengalahkan budak - budak..." Aduh! Kena lagi sedas! Nasib kaulah Billy!
"Dah mama dan babah pergi dulu... Jaga diri... Jaga rumah... Korang jangan nak bergusti pulak nanti... Kalau babah dengan mama tau... Siap korang kena dengan babah..." Encik Zenrith Zen memberi amaran. Wajah anak - anak sengaja dipandang dengan pandangan garang.
"Baik bos... "Jawab Amelya dan Billy serentak. Gerun juga mereka dengan Encik Zenrith Zen walaupun dah besar panjang.
Setelah kereta milik Encik Zenrith Zen semakin menjauh, pantas Amelya mengorak melangkah mahu masuk ke dalam rumah. Tetapi langkahnya dihalang oleh Billy.
"Amboi... Laju aje nampak nak masuk rumah..."
Amelya sudah menjuling matanya ke atas.
"Abang nak apa lagi?" Tanya Amelya dengan nada malas. Bila mamat dingin ni dah panggil dia, mesti ada kerja yang mahu dia lakukan.
"Aku nak suruh kau buat satu kerja..." Dan tanpa kata, tangan gadis itu di tarik mengikuti langkahnya. Terkedek - kedek gadis itu melangkah kerana mahu menyaingi langkah panjang Billy di hadapan. Dahlah tinggi macam tiang eletrik! Rungut Amelya.
TIDAK BERKELIP mata Amelya melihat bilik lelaki ini seperti tongkah pecah. Ini bilik ke tempat pelupusan sampah?
Nama aje tentera tetapi etika bab mengemas bilik memang fail habis!
"Aku nak kau bersihkan semuanya... Aku bagi masa dalam 2 jam untuk bersihkan semuanya..." Arah Billy. Dia sengih jahat pada Amelya. Dia sengaja menyepahkan biliknya kerana mahu mengenakan gadis itu. Sekarang kau rasakan! Tadi bukan main gelakkan aku!
"2 jam?"
Hampir terjerit Amelya dengan waktu yang diberikan oleh Billy itu. Tak masuk akal langsung! Dahlah bilik semak macam tongkang pecah, dia bagi masa aku 2 jam aje untuk clearkan semuanya! Cis! Hampeh punya Billy!
"Ya... 2 jam... Dah ada apa lagi nak tambah? Atau nak aku bagi kau masa 1 jam untuk clearkan semua?" Ugut Billy.
Amelya cepat - cepat menggeleng tanda tidak mahu. Ceh! Main ugut - ugut pulak!
"Ok... Enjoy your work... Aku pergi dulu..." Ujar Billy lalu terus beredar dari situ. Dia menghentikan langkahnya lalu berpaling ke belakang dan berkata,
"Oh ya... Sebelum aku lupa... Itulah denda kau sebab dah ingkar arahan aku sebelum ni... Berani kau panggil mama dan babah aku dengan panggilan mama dan abah... Hmm... Nak buat macam mana... Dah terlanjur panggilkan... Jadi... Bergembiralah dengan kerja anda..." Ujar Billy dengan ketawa jahatnya. Dia terus berlalu dari situ.
Billy Zen! Kau memang tak guna!
Sis harap karya pertama sis ni dapat menghiburkan anda semua...
Share this novel