BAB 4

Mystery Completed 23452

3 Tahun kemudian...

AMELYA SEKARANG menjadi mahasiswi di sebuah universiti tempatan. Dia menolak tawaran universiti luar negara kerana dia ingin menyambung pengajiannya di dalam negara walaupun dia mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) 3 tahun lepas.

Keputusannya disambut baik oleh ahli keluarga barunya iaitu Puan Meila dan Encik Zenrith Zen. Kecuali Billy. Lelaki itu mengatakan Amelya tidak cerdik dengan menolak tawaran itu mentah-mentah. Amelya hanya mendiamkan diri sahaja. Dia malas nak melayan perangai annoying dan dingin lelaki itu. Dia sudah lali dengan perangai lelaki itu sejak dia menjejak kaki ke rumah keluarga lelaki itu 3 tahun lepas.

SELEPAS HABIS KELAS, Amelya keluar dari kawasan universiti dan berjalan menuju ke arah perhentian bas. Dia duduk di situ sambil menunggu ketibaan Puan Meila. Walaupun berkali - kali dia menolak supaya wanita itu tidak menyemputnya di universiti, wanita itu tetap degil dengan alasan dia masih tidak pulih sepenuhnya. Nak tak nak, dia kena ikuti juga walaupun dia boleh pergi ke universiti itu sendiri.

Amelya bukan apa. Dia takut nanti akan jadi isu pulak. Dia takut keprihatinan yang di tunjukkan oleh Puan Meila akan mengguris perasaan anak kandung wanita itu pulak. Sudahlah hubungan mereka sekarang ini pun dah dingin. Dia tidak mahu lelaki itu akan membencinya pula.

Sedang ralit memerhati kenderaan yang lalu lalang, tiba - tiba satu kereta berwarna hitam berhenti di hadapannya. Amelya memerhati kenderaan itu. Macam pernah nampak kereta ni tapi tak tahu dekat mana. Detik hatinya. Tiba - tiba cermin tingkap kereta di tempat penumpang diturunkan. Terus berubah wajah Amelya bila wajah Billy terpacul di sebalik cermin tingkap. Ah sudah... Kenapa pulak lelaki ni jemput dia? Puan Meila mana? Kenapa dia tak jemput dia?

"Kau nak aku jemput macam tuan puteri ke baru nak masuk kereta?" Macam biasa. Ayat yang keluar dari mulut Billy itu membuatkan Amelya menahan rasa. Amelya masih diam tak berkutik di situ.

"Kau tercegat lagi kat situ kenapa? Masuklah aku cakap..." Terus Amelya membuka pintu kereta lalu meloloskan diri masuk ke dalam perut kereta. Dia tidak mahu lelaki itu berkata untuk kali ketiga pulak. Kereta miliknya terus meluncur membelah jalan raya.

"Pakai selt beat... Aku tak nak kena saman sebab kau..." Aduh! Ada lagi tak kena dekat mata mamat ni! Rungut Amelya. Tali pinggang keledar ditarik lalu dipakai. Suasana dalam kereta sunyi mengalahkan tanah perkuburan. Aura dingin meliputi suasana di dalam kereta tersebut. Radio di dalam kereta pun tak dipasang.

"Kuliah kau macam mana?" Tanya Billy setelah agak lama berdiam diri dari tadi.

"Hah? Awak cakap dengan saya ke?" Tanya Amelya blur. Apa dia tanya tadi? Amelya bingung sendiri.

"Tak... Aku cakap dengan dashboard..." Sindir Billy. Terdiam Amelya bila disindir begitu.

"Aku cakap dengan kau lah... Aku tanya kuliah kau macam mana..." Soal Billy kembali. Kali ni dengan lebih jelas.

"Kuliah saya ok aje... Takde masalah..." Jawab Aluna dengan nada perlahan dan sedikit bergetar.

Tiba - tiba handphone Amelya berbunyi. Pantas Amelya mencapai. Ikon hijau diseret.

"Halo Untie..." Jawab Amelya. Billy di sebelah hanya mendiamkan diri sahaja. Matanya fokus pada pemanduan. Padahal telinganya fokus pada percakapan gadis di sebelahnya. Hmm... Penyibuk jugak di Billy ni! Ingatkan bukan kaki penyibuk. Alah dia menyibuk pun bukan menyibuk benda apa pun. Cuma tak mahu si Amelya ni burukkan dia. Yelah tu Billy... Ingat si Amelya tu nak ke burukkan kau!

"Ye Untie... Amel tau... Abang Billy dah ambik Amel dekat U... Untie jangan risau..." Ujar Amelya.

"Untie betul - betul minta maaf sebab tak dapat ambik Amel dekat U tadi... Kawan Untie adakan program pulak hari ni... Kebetulan si Billy ada balik cuti... Jadi Untie minta tolong dia ambik Amel... Amel ok ke?" Tanya Puan Meila semula.

"Eh... Amel ok je Untie..."Jawab Amelya dengan pantas. Matanya sesekali menjeling ke arah Billy di sebelah. Takut mengamuk pulak si mamat dingin ni nanti sebab jawab phone lama - lama dalam kereta dia.

" Oklah... Program pun dah nak start... Untie letak phone dululah... Bye Amel..."

"Ok Untie... Bye..." Talian dimatikan. Telefon pintar masukkan kembali ke dalam galasnya.

"Lama betul kau jawab phone..." Dah agak dah. Mesti mamat dingin ni akan bukak mulut punya.

"Mama awak yang call saya..." Jawab Amelya.

"Mama tanya apa?"

"Untie dia cakap dia minta maaf sebab tak dapat ambik saya dekat U... Dia cakap lagi... Ada awak ambik saya dekat U... Itu saja..." Nah! Satu persatu gadis ini beri penjelasan. Takut ada yang salah faham pulak. Terangguk kepala Billy bila mendengar penjelasan dari mulut Amelya tadi.

"Kau depan mama dengan babah bukan main lagi menggeletis panggil aku abang... Apalah... Belakang diorang... Haram panggilan tu nak keluar dari mulut kau... Kau ni jenis yang tak pandai nak hormat orang yang lebih tua dari kau ke?" Tanpa sebarang amaran, terus Billy menyembur Amelya.

Terkebil-kebil Amelya bila disembur begitu. Apa lagi salah aku ni?

" Apa lagi salah saya? " Soal Amelya dengan nada tak puas hati. Tetiba sembur orang dah kenapa mamat ni?

" Kau boleh tanya aku salah kau apa... Depan mama dan babah pandai pulak kau bahasakan aku abang... Bila belakang diorang... Terus jadi hilang panggilan tu... Jadi mulai sekarang aku nak kau panggil aku abang... Tak kira kau jumpa kat mall ke, tepi jalan ke... Dekat mana-mana... WAJIB kau panggil... Faham tak? " Perkataan 'wajib' ditekan. Kalau dah tentera tu tentera jugak. Semua benda mesti ada perkataan wajib.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi? " Soal Billy. Wajah gadis itu di kerling sekilas.

"Dengar abang..." Jawab Amelya dengan perlahan.

"Apa? Aku tak dengarlah apa kau cakap tadi..." Sengaja dia mendekatkan telinganya ke arah Amelya.

"Ya... Amel dengar abang..." Kali ni Amelya jawab dengan lebih lantang.

"Good girl..." Ujar Billy dengan sengihan sinisnya.

"Bye the way... Aku balik cuti seminggu kali..." Hah! Sengaja larh tu dia buat ayat tergantung.

Habislah Amelya kali ni! Mesti mamat dingin ni akan kerah dia buat itu ini nanti. Dia ingat banglo tu kem tentera agaknya. Hai... Nasib badan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience